my counter

ikut? silakan ^^v

Saturday, December 25, 2010

ini post semalam

faham ke? ala, maksudnya patutnya post ni post semalam. tapi sayangnya sd card ni buat hal semalam.. (tetiba pc tak boleh detect), so dengan kecewanya tak dapat meraikan kegembiraan aku. hurmm.. cam pelik2 je ayat tadi tu. urghh~ okay. sebenarnya nak cakap, aku sangat-sangat sayangkan cammy Ricoh - ia adalah harta kesayangan sejak 5 tahun dulu~ selepas mewarisinya daripada kak anim. jujurlah, memang cammy kak anim pun. dia pass kat aku lepas grad dan kebetulan aku mula masuk Uni.

cite sikit, sepanjang aku guna cammy ni, memang xde masalah. aku ni jenis lasak - family aku kata 'tangan second hand' (maksud = pegang benda apepun cepat rosak/spoil) dan cammy ni semacam sesuai dgn aku. so far kerosakan minor je.. lcd die dah berkabus - aku xtau camne nak betulkan. pastu button zoom in/out pun dah loose. dan disebabkan kecuaian dan kekasaran aku gakla body cammy aku ni dah TER-senget sket.. so bila aku nak tukar function video record, scene, atau review pics, button dia jadi ketat.

walaupun dah senget, cammy ni dah banyak sangat berjasa.
dengan sengetnya tu dah merata aku bawak. almaklum dalam kos aku skarang kitorang banyak pegi site - so far cammy ni dah jejak penang, terengganu, perak, kelantan (ni bukan aku bawak, member aku pinjam cammy aku - aku sendiri x penah sampai kelantan) dan banyak lagi la.
sebelum sengetnya pun cammy aku ni dah jejak jugak Mekah dan Madinah - abah dan mak buat haji pada tahun 2008. dengan kepakaran dan kemahiran yang abah ada - aku x nafikan cammy ni mampu memberikan shot terbaik dan gambar yang membanggakan.
dan, seiring dengan masa, di kala semua orang menggilakan dan menggantung dslr di leher, aku masih membawa cammyku berjalan-jalan sejauh Yogyakarta di Indonesia pada tahun 2009.

kegilaan pada fotografi membuat ramai orang bertanya, "kau photographer ke?"
ada yang tak berpuas hati "banyaknya orang tag anis kat fb. kenapa eh?"
ada tu yang melihat aku membawa cammy Ricoh, terus mengambilnya dan membelek cammy kecil itu. sempat shoot 1-2 gambar dan lihat hasilnya sendiri lalu berkata, "oh, ini ke camera anis..."
pada yang review hasil gambarku, terima kasih kerana bertanya, "nak job lebih? ada wedding di Tapah 10-10-10." itu membuat aku terasa bersemangat kerana ada yang menghargai shots yang aku ambil dan berani ingin menggunakan khidmatku.
ada juga yang yakin seraya berkata, "bolehlah anis shoot. MESTI anis ada dslr kan!"

ohhhhh tidak.. 'tuduhan' mesti-ada-dslr itu tidak benar. mereka melihat hasil gambarku lalu berkata ia mesti keluar dari body 1k-3k. hrmm.. aku tidak semampu itu. selama ini aku melayan kegilaanku hanya dengan cammy Ricoh Caplio G4. keluaran tahun 2003 yang jelas sekali 7 tahun ditinggalkan masa, dan tentunya dengan function yang amat terhad.

namun aku tetap gembira memilikinya.

meskipun telah lama memburu shot terbaik menggunakan function yang sedia ada, aku masih explore. dengan itu aku mengisytiharkan bahawa, semalam aku baru discover yang Ricoh ini mempunyai multi shot sehingga 16 pics. ohkay, aku agak sengal di sini.

ini bermakna aku masih tidak bersedia memiliki sebuah dslr, kerana aku tidak habis menerokai kehebatan sebuah compact camera.

Thursday, December 16, 2010

harus sihat

pejam celik pejam celik, oh rupanya dah 2 minggu duduk rumah. should i or should not, mengisytiharkan bahawa aku telahpun sihat sepenuhnya? demam bermula rabu minggu lepas, aku pening2 bangun dari tidur. tekak terasa lain, aku telan panadol, sempat upload pic puteri yasmin di fb, mandi, lalu aku tidur di tengahari. lena yg bukan betul2. bangun blk, aku terasa badan lain macam. aku naik tidur kat bilik, dengan kipas yang tak berpusing. hujan lebat yg memberi angin sejuknya, belum cukup mampu membuat aku berpeluh secara total. dan aku terus demam sehingga ke esoknya. abah makin risau, dia membawaku ke klinik. dari kecik hingga ke besar. memang abah yg paling risau klu anak2nya sakit.

bertemu lg dgn doc nadir. doc aku sejak kecil lagi. "anis hafinas?"
"saya."
"sekolah ke belajar ni?" dia masih belum berjaya mengingatiku.
"belajar."
"okey.." tangannya pantas mencapai stetoskop, meletaknya di dadaku, menyuruh aku batuk.
"tekak ok, tapi something kat paru2 awak. ada kuman." dia mencapai pula termometer, menggoncangkannya dan menyuruh aku letakkan di bawah lidah selama beberapa minit.
"ada asthma?" soalnya. persoalan yg cuba aku elakkan.
geleng.
"ok. nk kata denggi tak. xde merah2, maknanya bukan denggi." dia mengeluarkan termometer td.
"uihh, 100 lebih. demam panas ni." yeke? kenapa aku rasa dah sihat je?
"macam biasa, sedut wap 15 minit, tepuk dada, bagi batuk. paru2 ada kuman ni, walaupun demam dah baik tapi kalau kahak x habis keluar, mungkin demam tu datang balik nnt. okey, itu saja. ada apa2 lagi?"
geleng. walaupun sakit di pinggang kiriku mencucuk2.
aku pandang ubat2 demam, kahak, selesema, antibiotik. haih. x suka betul makan ubat.
dalam demam2 tu sempat aku ikut kaknim g skechers warehouse sale di shamelin. sempat rembat women wear. kaknim nak belanja so aku ambik je mane yg tercapai. pening sangat. balik je aku terus tidur x ingat.
dan begitulah sehingga ke hari ini.
cuma sekarang ni aku rasa lebih sihat. kahak n hidung dah x berdarah. aku harap2 sgt kesihatan beransur pulih. lagi 2 minggu je nak berangkat ke china. aku perlu bersedia mental n fizikal. walaupun sebenarnya dah x seronok nak berjalan. entah ke mana mood aku pun xtau.

Sunday, December 5, 2010

.the end.

fikir2 balik, memang itu je yg aku mampu.
walaupun terpaksa mengecewakan pensyarah, memang itu je yg aku mampu.
alhamdulillah, semuanya dah berakhir.
tesis 1st stage memang sangat2 mencabar.
aku hanya mampu berdoa dengan apa yg aku ada aku akan terus berjuang.
hidup?
segalanya baik kini.
cinta?
cinta aku dah buang jauh. biar dia pergi dgn hidupnya.
aku?
aku okey dgn keadaan itu.

Monday, November 8, 2010

View topic - Honeycomb housing: an alternative to terrace or row houses - ArchitectureWeek DesignCommunity

View topic - Honeycomb housing: an alternative to terrace or row houses - ArchitectureWeek DesignCommunity

Friday, October 15, 2010

jatuh dan bangun semula.






saya terjatuh, lalu mendongak.
sama ada menunggu seseorang menyambut,
atau bangun dan teruskan.


saya pilih untuk bangun dan teruskan.

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon ampun maaf

2 syawal.

mood raya yang spoil semalam sudah terubat.
hari ini, kami pulang ke negeri sembilan dengan perancangan seperti tahun2 sudah. kebiasaan beraya. meninggalkan kuala lumpur yang lengang, negeri sembilan pula menyambut dengan kesesakan. raya kali ini bukan lagi memanjat bukit putus; malah sudah menggunakan highway Lekas. rindu pula nak pusing-pusing bukit putus seperti kebiasaan. itulah laluan biasa sebelum highway Lekas wujud.

tiba di kampung. singgah kampung arwah uwan; kampung sebelah mak. hanya 2-3 biji kereta yang ada. rupa-rupanya saudara yang lain - orang perak, orang kl sudah pulang ke destinasi masing2. tak dapat lagilah merasa kemeriahan berkumpul. kampung saya ni dah berbeza wajahnya. ada perabot baru dan tikar baru. yang amat saya rindukan, pemandangan kampung - rumah Minangkabau berusia lebih 50 tahun, halaman luasnya dan kawasan hijaunya, pokok2. cuma satu je yang bukan lagi menjadi kerinduan saya; sungai di belakang rumah. sungai itu sudah cetek, penuh sampah sarap dan entah apa-apa lagi bendasing. kalau tidak, ketika saya masih kanak-kanak, adalah rutin saya dan sepupu-sepupu berlari keliling rumah, berjalan dalam sungai dan bermain air. mendengar bunyi air sungai, unggas dan makhluk hutan bersahut-sahutan amat mendamaikan.

selesai beraya di kampung mak, kami ke kampung sebelah abah di galau. acik esah (adik abah) tiada di rumah. lalu kami beraya di rumah uwan alang. dalam perjalanan pulang acik esah sudah ada di rumahnya, kami pun singgah sekejap bertemunya. tahun ini saya bertemu dengan sepupu yang sudah bertahun tidak berjumpa. umi, kak ngah, along firman, alif. anak2 acik esah. saya tidak menyangka pertemuan ini merungkaikan sebuah kisah. bertemu umi dalam keadaan memegang barang-barang bayi, dengan dirinya yang cukup vogue bergaya. bayinya nasyriq sangat tembam dan sihat; kini berusia 6 bulan.

ada hikmah di sebalik semua ini. sungguhpun anak itu tidak dijangka, saya masih bersyukur kerana umi sayangkan bayinya dan mahu membelanya. umi mengharapkan aidilfitri kali ini akan merapatkan jurangnya dengan pakcik. insyaALLAH. ALLAH Maha Mengetahui. saya cuma mampu mendoakan kehidupan sepupu saya ini diberkati dan dirahmati-Nya. kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. kepada ALLAH jua disandarkan taubat.

dalam suka ada duka.
yang bahagia belum tentu lagi bahagia.
ya Tuhan. limpahkan rahmat-Mu buat saudaraku.

kami pulang setelah jalan ke kuala pilah masih sesak. tidak jadi ke rumah atuk acik.


motif gambar ni: ku menunggu kemaafanmu di hari raya..

Saturday, September 11, 2010

RaYa rAyA!


gambar ini diambil dari album Drama Sebabak [RaYa] di fb saya. sekadar iklan untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yg mengenali saya. Ramadhan sudah meninggalkan kita, kini Syawal pula berlabuh memberikan sinar dan harapan yang tidak berbelah bahagi. semoga bertemu lagi ya Ramadhan.

bercerita tentang Ramadhan. ini adalah Ramadhan terakhir saya di UTM insyaAllah; jika pengajian saya berjalan lancar dan tidak sangkut. selama 5 tahun menyambut Ramadhan jauh dari keluarga, saya menganggap ia adalah sebahagian daripada kehidupan belajar yang menggembirakan dan membahagiakan. walaupun sebenarnya saat-saat bersama keluarga itu sentiasa membahagiakan.

tahun ini, pertama kali seumur hidup, jujur saya katakan, raya kali ini tidak semeriah tahun-tahun sudah. kebiasaan Syawal pertama; pagi mandi sunat hari raya, kemudian solat sunat hari raya berjemaah di surau, pulang ke rumah, bermaafan bersama keluarga, pulang ke kampung di negeri sembilan dan beraya di rumah atuk saudara (atuk dan uwan saya sudah lama meninggal dunia), dan beraya di rumah2 saudara mak abah yang lain. tetapi tahun ini; sudahlah keluarga saya tak cukup korum (abang dan kakak ipar beraya di kuantan, kakak dan abg ipar pula beraya di selayang), kami yang tinggal ni hanya duduk di rumah menonton tv. menanti kakak dan abg ipar saya pulang dari selayang. tunggu punya tunggu, diorang balik malam. saya rasa kecewa tunggu bukan main lama. pula tu, mak saudara saya (andah) sms, "kat mana tu? bila nk sampai? tak nak main bunga api ke?" aduhh.. saya dapat rasakan meriahnya kampung kami saat ini. semua saudara berkumpul tapi kami tiada di situ.

saya terlepas cakap pada mak, "boringlah. macam bukan raya. kenapa kita duduk kat rumah ni.." saya betul2 jauh hati.
kemudian adik saya bawa turun gitar.
"haaa tengok mia pandai je main gitar. kau bosan2 tu mainlah." mak cuba berseloroh. saya diam. sedih.
"ni tunggu diorang tak balik-balik. kita duduk sini. diorang seronok jalan, kita tunggu macam apa." saya mula bising. tak puas hati.
"kau cakap camtu. nanti kau dah kawin, tahulah." saya serba salah dengan mak. mak terasa ke? iskkk saya ni pun satu!
"mak ngan abah ni, nanti bila kau orang semua kahwin, tinggallah berdua. anak2 pergi beraya rumah mertua. sekarang ni kau dengan miah ada, seronoklah jugak ada depan mata." aduhh... saya betul2 menyesal bising pada mak. baru je bermaafan dengan mak, saya dah melukakan hatinya. itulah padahnya. ikutkan perasaan sangat. nak mak je faham saya, sedangkan saya tak tahu apa yang bergalau di hati mak.

kata-kata mak buat saya terfikir. lama. bila saya dah kahwin, apa yang tinggal pada mak dan abah. menanti menyambut kepulangan kami di aidilfitri. apabila masa itu tiba kelak, saya tidak boleh mengelak. apa yang kakak saya buat akan saya lakukan juga nanti.

sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

nikmati dan hargai masa yang ada.
berbahagialah dengan apa yang ada.

Monday, July 12, 2010

welcome semester 9!

sedar tak sedar... diam tak diam....
FINAL YEAR sudah...
dan gelaran up lagi menjadi super senior.. huhu.. org len sume dah grad2.. kitorang je yg 'suka sangat lama2' d sini..
tapi lama2 itu mempunyai kenangan y amat sukar diungkapkan
pahit manis, jatuh bangun
stress, sakit dan semuanya dikongsi
sikap ambil berat y walaupun kadangkala selalu busybody tapi cukup untuk menunjukkan 'teman y sentiasa d sisi bila2 diperlukan'
student life ini akan berpenghujung tak lama lagi
dan design thesis baru je bermula..
baru je...
dan waktu itu sesungguhnya cepat berlalu, dan takkan pernah menoleh.

ALL THE BEST!
may ALLAH bless

Friday, May 28, 2010

lazy. mode.

malas. malas. ape mau jadi.
cuti salah. x cuti salah.
aku masih belum mendapat momentum untuk meneruskan kerja. YA, KERJA. sesungguhnya ada kerja walaupun hari ni bukan hari bekerja.

aku ni suka nak berjalan je. alahai nis. ada masa ni rajin2la sikit.

1) proposal tesis - ni memang amek masa nak mengarang. biarpun x panjang berjela n beratus-ratus mukasurat macam kajian topikal tu, tapi masih mengarang. sedap mengarang kalau ada point.

2) report - isnin ni MESTI mintak kat Pn. Aziah company profile. sudah kena start sebab dah masuk bulan 6.

3) logbook - ini pun MESTI lengkapkan n mintak Ar. Hanaz sign. awal2 dulu Pn. Aziah dah pesan logbook jangan biar lama2, nanti banyak pulak bos kena sign. dulu2 tu aku takmo kasi sebab projek baru satu je. dua minggu pertama projek canseleri UM sahaja. pastu barula campur sikit dengan projek dewan besar UM, yang terbaru ni Ar. Amzar mintak aku join projek TV Al-Hijrah kat Kompleks Pusat Islam. so diam x diam adela 3 projek. ha! tu pun macam dah banyak dah tu. jadi jangan lupa2 mintak Ar. Hanaz sign nnt tau nis.

aku aware dengan benda2 penting ni tapi masih~ masih~ tiada momentum. hm. perlu motivasi sikit ni biar ada kesedaran n baru nk start.

kesedarannya?
mudah.

hoi, result dah dapat. ingat bagus sangat ke result ko? impian nak menggapai 1st class dah tinggal jauh beb. memang. jatuh sikit keputusan semester 8. studio urban yang menggila n disaster. memang payah score tapi aku cukup bersyukur sebab lulus. apelagi. ha, kajian topikal. subjek yang ngeri jugak. entah apa yang aku karang, berjaya juga dijilidkan dan diluluskan. lagi? binaan kompleks. huu. kelas Ar. Hong yang sempoi. pun syukur. dalam kepayahan aku berjaya mengatasi kesukaran.

segala kesukaran itu telah dibayar.
apa lagi yang kau nak?

hadap yang sekarang.
yang sekarang ni.. teruskan dan sempurnakan!

Tuesday, April 20, 2010

the end of semester 8

salam.

wah~ looking at the previous entry date : 27 march! its almost a month i havent updated my blog. surprisingly there r new followers here.. thanks alot n welcome! :)

im currently at home. after all the hard months in utm.. now its time for me to rest. ALHAMDULILLAH.. this semester is same like before, very tough and challenging. just imagine 2 days before the portfolio review, my design was rejected! portfolio is an exhibition day of architecture works - from 1st year until 5th year. this is where all lecturers are coming and accessing our work. if you are lucky, your grade will be upgraded but if it doesnt, you'll be downgraded. i was frustrated with my design.. im totally down and nearly give up.. i keep asking why all this happen when portfolio is just around the corner. why it dont happen long weeks ago? at the early stage of designing?? i hate myself for my weakness.

*be good at ppl and you'll get something good in return* I always say this before.

syukur... when I was down and hv trouble, there still got ppl to help me. this ppl r called 'friends'. this fella has tried her best to support me. she asked me to re-design which I know its all started from zero - and its in only two days!! we sketch together, get the idea, the concept, how this thing being implement into design, until I get the overall 3D views. these two days are totally suffering.. I dont sleep.. we eat less, the energy becoming worst.. but she's there beside me eventhough she got work to do. at the end of the day, the two days are really worth, when the lecturers satisfied with my upgraded work. ALHAMDULILLAH.. million of thanks to yon.. i love you so much!

those hardtimes are so meaningful to me. even the grade wasnt good, at least i learn something. talk about the grade, it helps me to proceed to the thesis year next semester. thesis buddies!! its a climax of my 5 years study. let bygones be bygones. i wanna be better than before. this thesis or so-called individual journey will shows my ability to work independently. the keyword here is simple - rajin. kalau rajin semua pun jadi. at least, i dont regret later.

for a start, i've met Prof. Tajuddin and discuss with him about my thesis project. im thinking of to use my topical study work for the thesis. we just chit-chatting and for me its great to meet up with him since he have so many ideas in discussing the current issues of social interaction in housing estates. finally, yup, i got the ideas. i hope my decision was right.

may Allah bless.

Saturday, March 27, 2010

blog pertama selepas 3 minggu

3 minggu yang banyak pancaroba. dugaan datang mencurah-curah. dan aku hampir lemas, tidak tahu berbuat apa. jatuh semangat, putus asa, marah, kecewa, kesudahannya menangisi apa yang berlaku~ semua ini bukanlah penyelesaian.

aku tak tau dari mana kekuatan ini datang. setelah 3 minggu aku cuba bangun walaupun payah, hari ini aku mendapat semangat baru.

orang yang aku paling sayang seolah2 cuba 'melihat' aku jatuh!

dan aku takkan biarkan!

Sunday, March 7, 2010

my week 12

salam...
first of all hv a great weekend guys.
for me i'll make use the 'great' words by completing all assignments, mini thesis n projects. i love to be alone in my room. sometimes we need time for ourselves after having too much time on others.

OK.. lets just rewind what i hv done this week.
monday~ final assessment for masterplan project. no studio at night. we all enjoy after the submission. :p
tuesday~ no class. had a long rest before start the individual project
wednesday~ preparing certs for the college application
thursday~ send the application. working for studio project
friday~ studio time. hv a crit with Ar. Normal. my community college now hv become agro R&D centre (part of the community college). i know designing a college its a big project. lets make it more specific and manageable. its a 3 WEEKS project. need more research n justification. in fact, now hv to start design the ground floor plan.. fuh! speed up anis!

somehow a good friend of mine called me asking to do a freelance job at landscape firm in taman universiti outside utm. weehoo~ so lets working!

saturday~ i start work at 3 pm. kak ija give me a folder with 3 pics ~ roughly i know their project was for sultan johor at the taman istana. the bos need to present it to sultan this monday. they hv to prepare design proposals n video. so me and fie doing all editing works in photoshop. it has been so long i dont render using photoshop. all this while im just doing a simple editing. most of my projects are rendered using artlantis n sketchup. well no worries. the staffs r very kind n helpful. u can simply ask n they will tell u how to do it.

act this is my 1st experience doing freelance job. i dont demand the payment coz i know my works got alot of weakness. ive tried my best btw. i hv new good friends, good environment, the bos r very kind too.. he even treat us for the dinner at wakaf singgora taman universiti. rm63.00 for 5 persons~ siakap 3 rasa, telur bungkus, kailan ikan masin, tomyam, otak2. i really love it (especially when it comes to eat matters) :p

we hv dinner at 9.30pm.. then back to office continue our work. stay up until 2 am n finally ive complete my job. :)

just share some working experience~

the project requires upgrade or restore the old thing in istana park.


now does it look upgraded? *wink


looks simple but it may takes up to 2 hours to complete.
got other 3 pics but no need to show. im not an expert. but rendering need u to be patient until u get what u want.
work for 15 hours for rm90.
its ok than never. :)

Saturday, February 27, 2010

roommate outing day

OHH ANIS......
anda sangat enjoy hari ni ye? bukan hari ni je, hari-hari sebelum ini, dari khamis lepas lagi. enjoy sangat kamu? kerja xde ke??

-ada.... kerja sentiasa ada. takkan pernah habis. walau dah habis, ada lagi yang perlu disambung dan diteruskan. maka kerja itu sentiasa ada.

untuk beberapa hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan room-mate tersayang - aila. (oh saya memang ada roommate. saya jarang menceritakan tentang roommate saya kan) ok sambung balik. berkenaan masa lapang saya, saya rasa itu satu KEBETULAN kerana saya memang jarang mempunyai masa lapang. kalau adapun, masa-masa itu terisi bersama teman-teman archi kerana mereka sentiasa berada di sekeliling saya.

cuma, kali ini saya lebih senang invisible dan terperap di dalam bilik memandangkan kesemua kerja-kerja berkumpulan telah selesai. jadi, saya tidak perlu ke studio dan pulang lewat pagi.

bermula khamis lepas (setelah submission masterplan ditangguh ke isnin depan), saya mula lepak di bilik. semalam maulud nabi = cuti, juga saya masih berada di bilik. dan KEBETULAN roommate saya tidak pulang ke rumahnya kerana dia mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. oleh itu, kedua-dua kami mempunyai kerja sebenarnya, tapi kami mempunyai lebih masa untuk bersama.

semalam saya mengajak aila makan malam setelah beberapa bulan tidak makan bersama. (rasanya semester ini pertama kali kot) kami berbual dan tiba2 merancang keluar bersama keesokan harinya. kadang-kadang saya berasa tidak adil kerana saya jarang sekali menemani dan meluangkan masa untuk roommate saya. pernah saya berjanji untuk keluar dengannya, tapi tidak berjaya kerana saya mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. sangat serba salah masa tu, tetapi keadaan benar2 tidak mengizinkan. kesian roommate saya. nak keluar dengan saya pun payah. nak buat appointment pun, silap haribulan terpaksa cancel juga kalau saya ada hal lain.

nasiblah sama-sama budak fakulti alam bina. aila town planner, jadi dia pun bz macam saya juga. cuma sekarang ni dia final year, kebanyakan masa di bilik jelah siapkan psm. mungkin sebab saya pun sangat jarang di bilik (melainkan waktu tidur dan mandi), hari minggu jika berkesempatan dia akan balik rumah. jika kena waktu bz saya, memang amat jarang jumpa. kadang2 saya balik pukul 4-5 pagi, kalau dia belum tidur nasiblah kami dapat berbual sekejap. saya bangun tidur dia pun dah ke kelas. nak jumpa dia tunggu awal pagi esoknya. begitulah.

hari sabtu yang ceria. kami sewa kereta daripada budak elektrik. aila drive sampai ke U-mall. kami plan nak tengok movie percy jackson & the lightning thief. dengar banyak feedback filem ni bagus. ala2 mcm harry potter. dan, ia memang tidak mengecewakan. saya dan aila terhibur biarpun seat kami berada di barisan depan.


di luar MBO cinema U-mall, Skudai


::percy jackson hall 5::

selepas movie, kami terus gerak ke danga bay. kami dinner special malam ni: ikan pari bakar n kerang bakar. sangat2 banyak dan kenyang. alhamdulillah. lepas tu rancangnya nak karaoke, tapi penuh. jadi kami hanya jalan2 tengok barang. pukul 11 malam, kami gerak balik.

sebenarnya..
saya tonton 2 movie yang bagus hari ni.
sebelum keluar, saya dan aila tonton filem om shanti om lakonan shah rukh.
saya rasa selepas kuch2 hota hai, dil to pagal hai dan yang sewaktu dengannya, inilah kali pertama saya menonton kembali filem bollywood yang sangat menarik jalan ceritanya.
kemudian layan percy jackson pula di wayang.

hailah.... banyaknya masa saya. lupa sekejap kerja yang ada.
tapi saya tak kisah. asalkan saya dan aila happy dengan masa kami. :)



p/s: tiba2 terasa ayat2 saya sangat skema dalam entri kali ni.. (^.^)v

Thursday, February 25, 2010

what a bored day

ITS really hard to wake up. sleeping is the best hobby i ever had. i know its not good for a girl to wake up late in the afternoon.. but then you wont care the 'not good' thing once you want it. for an archi student like me, our schedule is totally different. we work at night and sleep during the daytime. most of our class started at 9 or in the afternoon as the lecturers understand their students culture of work. we only got problems with lecturers from other faculty. they have known that archi student got dicipline problem since its hard to see us to be on time in class. hmm. dicipline or whatever the problem is, its actually up to us to manage our time wisely. you may got sleeping problem or what, but make sure you have a good time management. its people impression btw. and it shows your overall personality. should not be an excuse.

i just hv a nap since i know there will be submission at 12 noon. act im waiting for my groupmates to call me. none. i sms safraa and no reply. at last i called and asked vanessa how's our progress of report. she told me that the masterplan submission had already postponed to next monday together with the final assessment.

suppose to be a good news aite? yeah.
somehow i blur and dont know what to do eventhough got so many things to do.
haiz..

Tuesday, February 23, 2010

endless work

NON-STOP working from 8 am yesterday until 3 am today was really make my body n mind hurts. i hv a very great sleep until 10.57 am without a dream. feel so fresh but im frustrated because :-

1) i've planned to start work at 8 am like yesterday.
2) start with doing some research for side job because i know it will take too much time.

but now i wake up late. all the plan already gone. looking at the bright side, maybe its good for me since i never take a rest. hv a long rest at the end.

for a start, i need to take a borang kuota in KRP's office before tapau in sabina and heading to studio.

"saya nak lima keping. untuk kawan." i said.
"mana kawan awak??" the male staff asked me.
"ada kelas." and he give me the forms.

what the heck! borang fotostat je pun, kedekut nak kasi! just be patient since this is the last application for my final year. i need to be good or, im not getting the kuota! minta dijauhkan! kolej ni je yang paling dekat dengan fakulti. n i didnt hv my own transportation! utm bus?? ohh cannot be trusted!

im continue doing my work. scan some book and send email to my friend lydia. she's hv a problem in searching a book and lucky her, the book was available in utm library. be good at people and we'll get something good in return. i trust that.

our masterplan board has 60% completed. need to hv meeting tonight to see everyone progress. for now, im editing wei chin's board since his color scheme doesnt match with others. and tonight, i will get vanessa's board. i bet her board also need to be edited.

work and work.
its endless.

Monday, February 22, 2010

individual ok, masterplan ok.

FEEL like my body was throwing away. im off to bed near 4 am and wake up for subuh prayer at 7. supposedly i wake up at 6 but as usual, i close my eyes n suddenly rush when i see its 7 already! haiz. me and the sleeping problem. *sigh*

kak aida sms me asking to go to studio early. lucky me coz i already completing the individual project proposal. need to submit it at 9 am today (thats y i sleep late) First day and beautiful monday. wish to wear baju kurung after it has been kept so long in my wardrobe. last i wear kurung... hmmm,, two or three weeks back. for assessment i think. @_*


somehow when we arrived at studio, i saw a box of limau on my table. this gonna be wei chin's treat. the fruit was so tasty and sweet. thanks pal!

as usual, Dr. Wan Zack meet us at 9 am sharp. this is a damn crucial time coz he take attendance and everyone need to be on time or marks will be deducted. no woes, i manage to make the first call today. there are only 1/3 of 88 of us. maybe some still not coming back from the cny holiday. after take attendance, Dr. Wan will see us at our own studio group in order to collect the proposals which had been assigned before the holiday. and me, go back to my place. there's nothing to do... so.. facebooking, ym checking email!

veelai see me in my cubicle. glad to see her after having her cny holiday in bangkok. so happy face, and got some kind of 'stress'. yea, its hard to hv a holiday when you have alot of work. i know it coz i had felt it once - in previous sem. for the expedition subject, we need to hv a trip to jogjakarta, indonesia for a week! it suppose to be a wonderful journey, yes, but cant help to worries on work.

guess what? veelai gave me a souvenir which i've ordered. fridge magnet! thanks dearie!


this one i dont order, just that veelai wants to give me for additional souvenirs! a bunch of thanks!
it has been my hobby whenever i go traveling, i'd love to buy fridge magnet. love to see the fridge was full with different colors and magnet designs from different country and place. oh ya, hv to make reminder as some of my friends will travel to cambodia this friday until 3 march. need to order cambodia's magnet. :D

hmmmm..... now, its time to work. focus.
i've crit my individual proposal with studio master - RJ. i've decided to do community college for Ringlet youngsters. i choose it because never design a college before. my proposal is totally different with my masterplan groupmates. from 7 of us : me with community college, mat with his info centre, while others choose to design market. got competition there. well eventhough its individual, still need to link with groupmates since we're design to make the masterplan work.

got some comments from RJ. i need to search more about the building function. even i can modify the programme to be more interesting and could attract the youngsters to study there. looks like a simple building. only got 5 weeks for individual project. hope i can make it.

hv submitted my proposal to Dr. Wan Zack and hv been approved.
now, its my time to focus back on masterplan.
submission this thursday.

Saturday, February 20, 2010

gulai siput sedut~ slrpppppp!!!!!

menjelang hari keberangkatan aku, kebanyakan menu adalah mengikut pilihan aku. semalam, aku mintak mak tolong masak lauk gulai ikan dengan petai... fuhh!! mengancam abis! berapa kali ulang makan. hailah... duk umah memang selera aku bertambah. kalau kat sana, makan sekadar cukup syarat je. buat tenaga utk bekerja. tapi nak kata aku jimat, xdelah pun. bab makan aku memang x berjimat - makan selagi ada selera. ade satu je benda yg buat aku jimat ---> shopping. sebab tu aku xde sangat keluar berjalan ke shopping complex. makin upper year ni aku pandang sebelah mata je shopping complex tu. kalau pegi pun, aku cari hiburan lain seperti wayang, karaoke or tempat lepak dan makan. see..... makan memang sentiasa ada dalam kamus hidup aku. *wink*

hari ni, mak xde. mak pegi lawatan nilai-melaka dgn geng wanitanya. tinggal kami adik beradik dengan abah. hari ni permintaan aku - gulai siput sedut. abah menggunakan segala kepakarannya dalam menyediakan hidangan untuk hari ni. guess what?? sebijik cam mak masak raso eh. cuma x pedas je. kalau abg mir masak memang lagi umphh ni. abg aku tuh keje arini. jadi, abah la yg masak.

"asal x masak sendiri???" aku tau, mesti ada yang tanya camtu.
"sebab x sedap. balik umah, dah tentu nak rasa air tangan mak." senyum.

Wednesday, February 17, 2010

roti sardin, laksa penang, sup tulang!

sehari selepas pulang dari PD.
letih x ilang lagi.
tapi ada perkara paling penting yang memerlukan perhatian dariku : lappy!

abah ajak terus bawak lappy ke damansara tanpa telefon dulu. kebetulan aku chatting dengan amy, die suggest hantar ke hp centre di low yat. mane tahu boleh service kat situ je. jadi aku dengan abah naik motor pergilah ke low yat. sampai2 je kami disambut oleh staf di situ, bertanya apa yg boleh dibantu. aku ckp nk hantar service laptop. then dia tanya kalau beli kat situ, baru boleh service. hmmmm.....

kemudian, kami terus ke hp tower di bukit damansara. disambut mesra oleh staf di situ, yg meminta aku mengisi borang tentang masalah yg berkaitan dgn produk hp. agak lama jugak tunggu. seorang lelaki cina yg duduk di depan kami mula berbual dan bercerita - sehinggalah gilirannya tiba dan dipanggil. dan yg paling x sangka, dia mengajak aku dan abah mengikutnya ke kaunter, bermakna dia mengajak kami menumpang gilirannya. thanks bro!! kamu sungguh baik hati!

selepas dia selesaikan urusannya, dia pun pergi. dan staf di kaunter itu pula yang melayan aku.
"u pun dealer ke?" soalnya.
"oh tak... personal." aku senyum.
"oh,,, turn lain2 eh? dia nak tolong u lah tuh,," staf cina itu pun senyum. terus dia menyoal masalah lappyku.
"u dah check power adapter dgn agent test kita?"
"belum.." geleng.
"u pegi check dlu. pastu datang sini balik." dia memberikan aku power adapter untuk diperiksa di bahagian test area.

lepas check, baru aku tau power tu yg x boleh berfungsi. staf cina tu pun meminta aku membawa laptop untuk diperiksa sementara dia mengeluarkan power adapter baru bagi menggantikan yg rosak.

dan... lappyku itu boleh berfungsi rupanya. hailah...... mati2 aku ingat motherboard rosak. bermakna power adapter je yg rosak. hmm........

aku dan abah keluar dari bangunan hp tower dgn senyuman. dah selesai! lappyku x perlu anta service!

otw balik umah, hujan mula turun lebat. abah berhenti kat hospital tawakal dan mengajak aku minum di restoran yusof haslam sementara tunggu hujan reda. aku pesan teh o ais n roti sardin, abah pesan air suam n roti canai. dah habis makan, hujan makin lebat. x tunjuk langsung tanda untuk berhenti. aku pandang makanan yg dihidang di dalam. macam menarik. macam ternampak paru goreng.

"nak paru x?" aku tanya abah.
"ambik la.." abah membenarkan. aku bangun dan mengambil paru goreng. sempat aku melihat hidangan yg tersedia di situ. ada mee jawa, nasi lemak, lauk pauk... dan, laksa!! fuhh laksa tu! macam best je!

"abah, ade laksa....."
"ambik la..." abah senyum je sambil ngunyah paru yg aku ambil tadi.
kakak tadi yg ambil order datang balik untuk tulis dalam resit makanan yg aku baru ambil.
"nak tak..? laksa?" abah tanya aku.
aku senyum2....
"laksa 1 ye."

huwaaaaa..... hailah abahku. semua yg aku mintak, abah kasi. xtahu ke anak abah ni kuat makan. kenapa abah kasi makan. kan dah x boleh stop.

laksa tersedia depan mata. fuh, ade nenas lagi! sedapnyeee!!! memang rapat ke mulut aku makan. sambil berborak dgn abah, abes laksa aku. sampai abah yang mintak nak rasa laksa sebelum habis aku kerjakan.

dan hujan, masih x berhenti.

abah bangun, berjalan ke tempat hidangan. x lama kemudian kakak tu menghantar sup tulang!!

fuhh.... sedap sedap!! penuh dengan isi sup tulang tuh. abah mkn sikit je, aku jugak yg perabiskan.

akhirnya.... secara keseluruhan, aku yg paling banyak makan! hailah nis.... ni bukan minum petang namanya. ni mencekik!

seperti yg aku harapkan, hujan mula berhenti.
alhamdulillah, kami pun berhenti makan. kalau x, makin banyak yg kami order. :p

terima kasih abah!!

family holiday @ tiara beach resort, PD!!

14 Feb - 16 Feb 2010


credit to my brother in law a.k.a brader mancis for taking beautiful pics.
so many talent here. my niece: aliah, amni, ayra = three little cute kids.
a very unforgettable moment getting unforgettable memory to keep. :)

Saturday, February 6, 2010

lagi serabut!!!

macam x betul dah aku ni.
waras? ya... masih waras. alhamdulillah.

hari ni aku bangun dengan harapan, lappyku akan kembali ok. aku gerak ke studio pukul 10.30 pagi, dengan dua buah beg; 1 beg galas lappy, 1 lagi beg tangan. sempat aku bungkus makanan tengahari kat sabina, buat makan kat studio. sampai2 studio je farouq perhatikan aku.

"banyak beg kau?" aku sekadar angguk.
"kau nak keluar ke arini?" soalnya lagi.
angguk.

aku makan selepas menjemputnya sekali. haiz... perlahan aku makan. susah hati mengingatkan lappy yg merajuk. anep datang meminta senarai sketch yg untuk diberikan pada mizi. tahulah aku mizi ade kat studio sebelah. tiba2 hp aku berbunyi menandakan sms masuk. dari mizi.

"kau nk ckp psl tugas aku je ke? anep dh gtau? ade benda len ke ko nk ckp?" ayatnya itu tiba2 buat aku geram. langsung tersangkut selera aku.

kami berbalas msg sedangkan kami berada studio yg sebelah menyebelah je. eloklah die xde depan mata aku - klu x aku takut aku melenting n tengking die je dan buat dia malu depan sume orang. hailah groupmate yg sorg ni..... liat betul nk mengajak die join buat model masterplan. dalam groupwork, perlu ada perbincangan dan kata sepakat - kalau x cukup korum, macam mana perbincangan nk selesai?? dari mula sampai akhir buat projek masterplan dlm groupwork ni, aku rasakan dia selalu je tertinggal. aku x nafikan dia ade juga sumbangkan terutamanya sketches2 yg mantap tapi - takkan takat tu je die boleh kasi? groupwork lebih dari itu... kena duduk bincang bersama, buat bersama, klu nk buat sorang2, bukanlah groupwork namanye kan?

aku xtahu ape definisi groupwork yang dia bayangkan. tapi, sungguh, aku benar2 teruji bila ade ahli kumpulan yg sebegini. menyoal ape yg sudah dirancang sedangkan di awal perbincangan x nak pula meluahkan ape yg dirasa. sekarang dah separuh jalan mula nak menyoal. memang sengaja buat aku naik darah.

aku tarik nafas. dengan masalah lappy, sekarang die pula yg buat aku serabut. dlm msg macam tu pun, aku cuba berbahasa dengan dia supaya dia faham ape yg sedang kumpulan kami lakukan dan rancangkan. mungkin aku terkasar - tapi harapnya dia faham. sebelum2 ni pun dia x pernah lagi datang tiapkali kami semua buat model.. hari ni dah datang, tapi nk persoal pula. pastu nak balik awal. apelah salahnya duduk buat sekali. semua orang pun ada kerja lain. bukan nak menghadap ni je. sebab tu la fungsi groupwork. buat sama-sama, kerja jadi kurang. kalau buat kat bilik, orang lain x nampak hasilnya, kalau betul xpe, kalau salah camne? nak redo? selama ni kami cuba memudahkan dia - dah puas ikut masa dia - tapi sekarang ni makin susah pulak nampak dia. meeting pun x penah datang. apa maksudnya? boikot ke ape? x suka dgn group sampai macam tu skali? jadi, nak aku buat apa? hantar nama kat Dr. Wan gtau kamu x buat kerja? nak camtu ke?

aku bagi lagi kelonggaran. aku mengalah. oklah, dia nak buat model kat bilik. ambiklah. ambik bahan2 sume. sekurang2nya aku dah make clear dgn dia, x guna dia persoalkan sedangkan x banyak pun yg die buat. hailah.... sesak nafas aku. sudahlah aku bad mood, lagi mau buat aku marah.

pukul 1 tengahari.
farouq ajak aku keluar g taman u hantar lappy. pegi cytech.
sampai2 je aku gtau ape masalah, terus dia ckp, "seminggu ye. u ambil lepas seminggu. kita mau cuti, baru repair." ni lagi sorang. x check masalah ape, terus decide nak amik repair lappy aku - SEMINGGU plak tu. dahlah nak cny. aku pun nak balik umah. nk wat keje cmne xde lappy??

kami keluar, pegi kedai komputer luar Umall pula.
that guy ok sikit. aku suh check power adapter sume, bateri.. pastu die ckp, "ade kene kilat ke?" aku pandang farouq. power trip kat studio!!

jadi, mengikut kata org tu, motherboard rosak sbb tu xleh on. siap die bukak check hard disk aku. alhamdulillah, ok. sempat aku transfer data2 penting masuk dlm pendrive. nanti lah balik kl aku anta kilang - ade warranty lagi.

hmmmm.........
"gile masam muka kau. macam la masalah besar. rilek la....." rupenye farouq perhatikan aku dari tadi.
"susah kot xde laptop ni. nak wat keje camne??" tu jela nyawa aku.. huuuuu....
"aku ade desktop - tapi kena pasang la.."
"xpelah..." tadi safraa dah offer pakai lappy die dalam masa seminggu sebelum cuti ni. syukur, ade orang yang nak membantu.

balik semula ke studio. kali ni, aku rasa lega sikit dah tau ape kerosakan lappyku. aku cuba fokus buat model. sehinggalah kami berhenti pada pukul 7 malam. inilah hasilnya.



the process..

80% completed

touch up.

try to be detail as much as we can.

visual axis from the uphill.

proposed bypass highway.
(credit to wei chin yg susah payah dirikan jalan ni)


Urban Masterplan Proposal:
Agrotourism Town of Ringlet, Cameron Highlands.

kan, dah siap.
sikit lagi je nak touch up. apelah susah sangat nak ajak duduk buat sama-sama. benda banyak, bila buat ramai2, jadi sikit.

in my previous entry, i've said about this groupwork thingy.
still, it happens in my own group.
what else i could say?
everyone wants the best this time. make sure u give full commitment or, u'll be punished.

Friday, February 5, 2010

lappy oh lappy....

PENING. pening.
rasa serabut kepala. semalam, lappy aku buat hal. aku dah rasa x sedap petang semalam lagi - masa tu aku kemas2 nk balik. macam biasa, aku tinggalkan lappy kat studio. sempat aku jenguk - power adapter x berfungsi, bermakna lappy aku on menggunakan bateri. aku tau studio sedang mengalami power trip - sebab tu sume orang xde sebab x bleh wat keje langsung - dan separuhnya join event tradisi archi: bazareevo kat linangan jernih FAB. malamnya pukul 8 aku datang studio awal. cadangnya nak wat research sket sebab chong sing li mintak aku tolong dapatkn jurnal2 utm berkaitan sustainability of steel and glass as building materials. tapi? aku sampai2 je lappy aku sudah off. aku on, die off juga. aku bawak cik lappy ke tempat farouq (cubicmate aku) plak. aku tau soket kat situ boleh pakai sebab desktopnya menyala. aku cucuk power adapter, xmo jugak die on. haishhhh... ni x boleh jadi. aku bawak pula ke cubic sebelah - tempat farkhi n yon. same jugak. xmo on! HUWAAAAAAAA....... lappyku kenapa?? aku bukak bateri guna power je, pun XMO ON juga. aku sedapkan hati, mungkin sebab bateri sudah zero, jadi aku tinggalkan lappyku dicharge sementara aku buat model masterplan bersama group.

6 jam berlalu.

jam 2 pagi. sume dah ngantuk2. kami bersurai dan janji esok wat model pukul 11 pagi. lepas kemas2, aku teringat lappy yg sedang dicharge. dgn harapan tinggi, aku tekan on. dan dia TETAP OFF SEMULA. aku hampir menangis. apehal la ni??
mengadu kat farouq, die tengok2, die x dapat selesaikan. aku teringat ujang kat studio sebelah. bawakla lappy tuh bertemu ujang. ujang tukar fius power adapter tuh... dan masih, xmo on juga. huhuhuhuhu..... cik lappy... kenapa kamu merajuk??? sy sgt susah hati.... kerja banyak ni!!!

Friday, January 29, 2010

after PRELIMINARY ASSESSMENT

collapse.
from 2.00 pm until 7.30 pm.
terlajak asar!! shit!!!
got 1 msg from intan: "sorry,, ada hal malam ni.. x dpt makan sama..." *frustrated*
but 1 msg from farouq: "jom baboos!!" YEYY!!! senyum panjang sampai ke telinga....

9.00 pm. get ready waiting for farouq.
just 3 of us including rosyam too.
unfortunately..... BABOOS FULL HOUSE!
hmmm... ok,, lets go to OLD TOWN yeahhh! i like~ :D

order OLD TOWN Asam Laksa ~ memang my favourite!
plus OLD TOWN Kaya Butter Toast Single
plus OLD TOWN Hazelnut Cold
nearly plus OLD TOWN Nasi Lemak Special.... nasib bek dah kekenyangan.. klu x memang -ve duit aku! huhu~

dah kenyang, ape lagi?
senang hati lor....
the kopitiam environment of Old Town sangat2 mendamaikan.
lepak camni pun best jugak.
bercerita berbual tentang macam2 hal...
almost 11 pm baru gerak balik UTM
kalau terlewat sikit, free2 je kene scan kad matrik lah, kene interview lah,, hish....

tdo awal malam ni! YEAYY!
setelah berminggu2 x cukup rehat dan tido.

Tuesday, January 5, 2010

completed!

dengan bangganya.... the board has completed!!
lepas 3 kali tukar layout,, inilah hasilnya. :D






ini hanya board...
nak lagi detail kena baca report..
but report pun still under progress of compiling..
esok (rabu) we'll set up our gallery of Ringlet for the friday presentation
aku akan update lagi cite.
c ya! :D

Monday, January 4, 2010

blurbbs 2

balik dari cameron ni mcm2 kene wat.
from the rough infos, make it proper, put it into report and board.
not to mention the drawings: plan, 3d, elevation, sections

edison sudah buat kami pening kepala!
semua orang pun pening + stress + restless!! (aku pun,, lagi plak extend cuti - dari cameron singgah balik umah - sampai2 utm je keje aku sudah menunggu!)

nasib baik sangat dr. wan z kasi dateline for final presentation on this coming friday.
he didnt show up this morning - biasanya we got assembly and he will take attendance. tunggukan pulak RJ coz patutnya pagi ni our group ade presentation dengan external panel Ar. Shamsudin. tapi nasib baik, dia tak dapat datang. so we got some talk with RJ for 2 hours.
sebelah petang baru free. masing2 proceed wat keje sendiri.

aku kena wat 2 board; intro n chronology. aku balik awal pagi tadi dalam kul 3 lebih, tido dua jam, bangun subuh n sambung siapkan board. seronok sgt dah siap. dengan happynya aku kasi kat edison tadi n dia sambung buat board morphology.

senang jugak bekerja dengan edison ni. well-organized. dari sekecil2 benda sampai sebesar2 benda, semua diambil kira. he's a good leader. senang dibawa berbincang jugak. x pernah pun terbayang bekerja ngan die ni. yelah, beza langit ngan bumi kot. dia best student, best designer plak tuh. ni la yg dikatakan peluang n rezeki. peluang belajar dari org yg bagus.



skrg ni keje yg tinggal adalah sketches. aku baru wat 1 sketch. dah lama x sketch ni rasa kekok gakla. aku baru dpt cara terbaru utk sketch dengan senang. yela utk org mcm aku yg x pandai sgt sketch, ada la cara senang sket. untuk setiap gamba yg nk disketch, adjust sket brightness n contrast die supaya gamba dia jadi kabur2 but still can see the outline of the pic. pastu print out and ikut balik outline tuh.. dan akhirnya... jadilah sketch handmade yg sudah tentu betul dari segi proportion n shadow.



yehaa.. dah siap! hanya ambil masa kurang sejam utk amatur sketcher cam aku. :D

Friday, January 1, 2010

Ringlet: working mode

im back.
be 'invisible' from internet n blogging for a quite long time, its not a big problem for me. the 9 days in Ringlet was more important yet taught me to be a better person. a small subdistrict in Cameron Highlands with medium facilities - they do not bother other things except togetherness. the people are nice. eventhough there're majorities of Chinese, the '1 Malaysia' can be seen. the Indian knows the Malay, the Chinese knows the Indian, well yeah, easy to say they know each other. from the very low land until up to the hill where the farmers lived, they know each other. and definitely they noticed the strangers coming to the town.

there are so many things to tell about the 9 days trip.

make it short, most of time we're focusing on our work: site analysis and synthesis. 28 of us had been separated into small groups of 4/5 person each that gives a total of 6 groups. the 6 groups has different tasks;
  1. History & Morphology (trace the history of Ringlet from the beginning until present)
  2. Environment (including the climate study, landscape, vegetation)
  3. Socio-culture & human behaviour (human activities, culture, place to gather)
  4. Building Appraisal (the study of each building in Ringlet - the building age, urban design)
  5. Infrastructure (water supply, road, street furnitures, sewerage, signage)
  6. Townscape Appraisal (the observation and feelings towards the town and its environment)
mine got to deal with history. along the way to meet the truth and trace the past years stories, we met different local people with different feelings and hopes, which actually gv us pros n cons n some guides to make it a better town. its sad to say Ringlet wasnt being cared and been noticed by the visitors as the town were not decorated like others, even a single gateway to tell people that this is Ringlet. yeah, maybe i should say Ringlet doesnt hv any identity unless the Tudor style building which we know that it is Cameron Highlands.

as the first point or main entrance of Cameron Highlands, Ringlet supposed to not have the dusty yet dead look. the facilities also hv to cater the visitors, as it functioned as a rest stop before the visitors continue riding up to the Habu, Brinchang n so on. these negative things actually gvg us some ideas how to preserve Ringlet and see it as a potential site.

thats how we conduct a study of a town.

at stage 2, we'll propose something based on the findings and issues of the town. it will produce in a bigger scale called masterplan which actually has solved problems on the site, such as the traffic problems.

next stage, goes to individual proposal which got to be designing a building for the people of the town. it can be anything - a community centre, a foodcourt, a mosque, shophouses etc. this is how we tackle the issues and bring it to real.

i've thinking to design a R&R at Ringlet. the existing foodcourt look dull for me. i'd love to bring the surau, the foodcourt and shophouses under one roof. or maybe its good to design a building at the main entrance and to make the landmark of Ringlet.

who knows.
we just propose. planning was complicated but we try to make it to the maximum.

other than 'working experience', we had joy such as shopping at Brinchang and Tanah Rata. also we had given opportunity by the farmers of Ringlet to ride a landrover up to the hill - we went to the salad n flowers farm - also had to own them for free. :')

there're two event we celebrate here; Farouq's birthday n new year. for the new yr, we had celebrate together at starbucks, hv a taste of hot Caramel Macchiato.. yummy2! then hv a walk at Tanah Rata, before going back to hostel @ SK Convent at 2 am.


us @ starbucks coffee during the new yr countdown

on the last day in Cameron, we went to Sg. Palas BOH Tea Plantation, Kea Farm and Time Tunnel before heading back to JB and hv a stop at Tapah and Ulu Benam.

At Ulu Benam, me and yon transferred to Edi's car since we want to go home. abah fetched me at Universiti putra station and we arrived home at 9 pm yesterday.

damn tired. today i got bad flu. is it because of weather change?