my counter

ikut? silakan ^^v

Saturday, December 25, 2010

ini post semalam

faham ke? ala, maksudnya patutnya post ni post semalam. tapi sayangnya sd card ni buat hal semalam.. (tetiba pc tak boleh detect), so dengan kecewanya tak dapat meraikan kegembiraan aku. hurmm.. cam pelik2 je ayat tadi tu. urghh~ okay. sebenarnya nak cakap, aku sangat-sangat sayangkan cammy Ricoh - ia adalah harta kesayangan sejak 5 tahun dulu~ selepas mewarisinya daripada kak anim. jujurlah, memang cammy kak anim pun. dia pass kat aku lepas grad dan kebetulan aku mula masuk Uni.

cite sikit, sepanjang aku guna cammy ni, memang xde masalah. aku ni jenis lasak - family aku kata 'tangan second hand' (maksud = pegang benda apepun cepat rosak/spoil) dan cammy ni semacam sesuai dgn aku. so far kerosakan minor je.. lcd die dah berkabus - aku xtau camne nak betulkan. pastu button zoom in/out pun dah loose. dan disebabkan kecuaian dan kekasaran aku gakla body cammy aku ni dah TER-senget sket.. so bila aku nak tukar function video record, scene, atau review pics, button dia jadi ketat.

walaupun dah senget, cammy ni dah banyak sangat berjasa.
dengan sengetnya tu dah merata aku bawak. almaklum dalam kos aku skarang kitorang banyak pegi site - so far cammy ni dah jejak penang, terengganu, perak, kelantan (ni bukan aku bawak, member aku pinjam cammy aku - aku sendiri x penah sampai kelantan) dan banyak lagi la.
sebelum sengetnya pun cammy aku ni dah jejak jugak Mekah dan Madinah - abah dan mak buat haji pada tahun 2008. dengan kepakaran dan kemahiran yang abah ada - aku x nafikan cammy ni mampu memberikan shot terbaik dan gambar yang membanggakan.
dan, seiring dengan masa, di kala semua orang menggilakan dan menggantung dslr di leher, aku masih membawa cammyku berjalan-jalan sejauh Yogyakarta di Indonesia pada tahun 2009.

kegilaan pada fotografi membuat ramai orang bertanya, "kau photographer ke?"
ada yang tak berpuas hati "banyaknya orang tag anis kat fb. kenapa eh?"
ada tu yang melihat aku membawa cammy Ricoh, terus mengambilnya dan membelek cammy kecil itu. sempat shoot 1-2 gambar dan lihat hasilnya sendiri lalu berkata, "oh, ini ke camera anis..."
pada yang review hasil gambarku, terima kasih kerana bertanya, "nak job lebih? ada wedding di Tapah 10-10-10." itu membuat aku terasa bersemangat kerana ada yang menghargai shots yang aku ambil dan berani ingin menggunakan khidmatku.
ada juga yang yakin seraya berkata, "bolehlah anis shoot. MESTI anis ada dslr kan!"

ohhhhh tidak.. 'tuduhan' mesti-ada-dslr itu tidak benar. mereka melihat hasil gambarku lalu berkata ia mesti keluar dari body 1k-3k. hrmm.. aku tidak semampu itu. selama ini aku melayan kegilaanku hanya dengan cammy Ricoh Caplio G4. keluaran tahun 2003 yang jelas sekali 7 tahun ditinggalkan masa, dan tentunya dengan function yang amat terhad.

namun aku tetap gembira memilikinya.

meskipun telah lama memburu shot terbaik menggunakan function yang sedia ada, aku masih explore. dengan itu aku mengisytiharkan bahawa, semalam aku baru discover yang Ricoh ini mempunyai multi shot sehingga 16 pics. ohkay, aku agak sengal di sini.

ini bermakna aku masih tidak bersedia memiliki sebuah dslr, kerana aku tidak habis menerokai kehebatan sebuah compact camera.

No comments: