my counter

ikut? silakan ^^v

Thursday, December 1, 2011

#2 : serai dan kelapa

SAAT aku menunduk menekan off pada suis soket, kedengaran bunyi menandakan satu message masuk.

         "Singgah kedai beli serai 2 batang, 1 biji kelapa." Kalau bab mengirim bahan masakan tak lain tak bukan memang maklah orangnya. Mak memang arif waktu aku pulang kerja. Dia macam tahu tepat pukul 5.30 petang aku sudahpun tercegat tepi pintu, tersengih pada kakak admin meminta izin pulang.

           Pejabat ini bukannya ada ramai pekerja. Boleh sangat dihitung dengan jari. Maka dengan itu kami tidak perlu bersesak-sesak, berebut siapa mahu turun dahulu. Malah sistem punch card pun takde, sebab kakak admin boleh tahu siapa datang cepat atau lambat. Untunglah semua staf dalam pejabat ni saling berkomunikasi dan saling memberitahu kalau-kalau ada sebab perlu cuti dan sebagainya. Untung juga pejabat kecil, perhubungan sebagai teman pejabat agak rapat. Sampai bos pun boleh kenal keluarga staf.

            Turun sahaja tangga single itu, mata dahpun melirik pada kereta yang sedia menunggu untuk berkhidmat. Untuk mendapatkan lot parking ni aku perlu datang seawal 8.30 pagi sebab waktu tu orang pejabat atas pulang (ada antara mereka yang shift malam). Agak berebut jugakla. Tapi kalau takde parking tu nasiblah, carilah mana-mana. Andai nasib tak baik, DBKL rush memang kena samanlah jawabnya. Buat masa ni aku tak pernah terkena saman lagi. Masuk lot dan bayar parking pada waktunya, insyaAllah selamat.

            Hailah.... sape pulak yang block kereta ni? Aku buka pintu kereta dan duduk sebentar. Usai menghidupkan enjin, aku menekan hon 2-3 kali. Ada orang yang lalu-lalang melihat kereta aku. Memang aku sedang mencari tuan punya kereta ni. Sila alihkan kereta anda boleh tak?

            Seorang lelaki berbaju kemeja bergegas keluar dari satu premis, cepat-cepat mendapatkan kereta Rextonnya. Kala itu kelibat cik Siti pun kelihatan, dia menegur aku yang masih memanaskan enjin.

"Amboi kuatnya hon!"
"Yeke?" Aku angkat kening. "Boleh slow-slow ke?" Sengih.
Siti buat muka. "Malu aje aku duk situ ko hon kuat-kuat. Dahlah handsome orang tu."
"Yang ko diri situ buat ape. Mane kereta ko?"
"Situ ha. Hujan ni." Kala itu hujan baru rintik-rintik.
"Mehlah aku hantar ko ke kereta." pelawaku.
Siti pun masuk.
"Handsomelah weh.." katanya lagi.
"Aku perasan gak tadi. Heh, dah tu kalau handsome tak bole hon ke? Tunggu tahun depan baru aku boleh balik?" Aku membebel sambil menukar gear.
"Ko ni...." Siti malas layan.
"Orang mana tu? Tak pernah nampak pun." Aku masih di topik yang sama.
"Entah... office sebelah kot."
Sekejap saja aku menurunkan Siti berhampiran keretanya. Sambil meneruskan perjalanan aku masih memikirkan orang handsome tadi. Amboi aku ni pun!

            Aku memandu dengan rasa kosong. Berkali juga fikiran terganggu, ada saja yang menerap masuk buat aku berfikir lain. Boleh menyebabkan pemanduan terganggu. Cepat-cepat aku kembali fokus di atas jalan. Lagu Yuna bermain melalui USB yang aku pasang. Aku suka slow music. Buat rasa relaks. Kadang-kadang waktu perjalanan yang selama 15 minit aku genapkan jadi 20. Banyak juga traffic light.

            Sampai di kawasan letak kereta di surau, aku memakirkan kereta dengan berhati-hati. Satu kemajuan lagi hari ini ye. Aku berjaya parking dengan baik. Heh. Sempat aku capai botol air yang wajib aku bawa tiap-tiap hari ke tempat kerja. Pergi berisi, balik jadi kosong. Jangan tertinggal dalam kereta sudah. Perlahan aku jalan menyusuri laluan pejalan kaki di tepi surau. Saat aku memasukkan kunci dalam beg, aku memandang semula ke jalanan. Pandangan jatuh pada seorang lelaki yang baru keluar dari keretanya. Dia turut memerhati aku. Pandangan itu tidak bermaksud apa-apa. Bukan untuk menegur pun.


            Aku seluk poket beg tangan lalu  mencapai handphone. Saat aku melangkah lagi, aku tepuk dahi. Serai dan kelapa mak!


Aku cuma membawa pulang cerita bertemu lelaki-lelaki handsome.




"Kau tak kelip mata?"
"Tak sempat mak."