my counter

ikut? silakan ^^v

Thursday, October 17, 2013

Ragam Salesman Nepal Jual Tudung


"Hai..." Matanya melirik lain macam.
     "Awak cikgu ke?" Sayup-sayup je dengar soalan itu. Hampir nak tergelak tapi maintain senyap.
     Geleng. Ada rupa cikgu ke? Oh... sebab baju kurung kot. Amboi, asal baju kurung je cikgu eh.
     "Masih belajar?" Errrr.. nak geleng ke tak. Angguk jelah.
     "Belajar katne?"
     Eh awak ni.. sibuknya nak tau!
     "Uitm??" Soalnya. Beria-ia betul ni. Ah, layan je ah uitm pun.
     "Ada bawal kosong tau... cantik.. bla bla-"
     "Syria cotton?" soalku. Seorang perempuan Melayu di sebelahnya menjeling-jeling. "Hah? Apa? Syria cotton?" Ekspresi terkejut macam tak pernah wujud je tudung tu. Sinis sungguh.
     Lelaki Nepal itu terus bawa aku ke belakang. Dia tunjukkan tudung-tudung syria cotton. Takdelah cantik sangat.
     "Yang ni confirm cantik," katanya sambil tunjuk tudung ropol-ropol. Oh tidak. Not my taste.
     "Berapa ni?"
     "RM39.." Bila dia tengok aku tak berminat, dia cepat-cepat sambung, "Boleh kurang lagi... untuk awak." Wah taktik dia.
     "Takpelah. Takde yang berkenan."
     "Ok.. nanti datang lagi ye. Saya bagi harga special... untuk awak." Dia berbisik, cukup untuk aku dengar seorang. Rupanya dah bersandar pun peluk tubuh menghadap aku. Takutnya nak pandang mata dia. Mesti geli gila.
     Alahai.. tak perlu kot taktik macam tu.

Jumaat dan Kahfi

Salam Jumaat.
Al-Kahfi jum. (18:1 - 18:110)

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan semoga urusanku berakhir dengan baik hari ini."

Allahu musta'an.

p/s: entry meluang masa sementara kerja tak banyak.