my counter

ikut? silakan ^^v

Wednesday, February 17, 2010

roti sardin, laksa penang, sup tulang!

sehari selepas pulang dari PD.
letih x ilang lagi.
tapi ada perkara paling penting yang memerlukan perhatian dariku : lappy!

abah ajak terus bawak lappy ke damansara tanpa telefon dulu. kebetulan aku chatting dengan amy, die suggest hantar ke hp centre di low yat. mane tahu boleh service kat situ je. jadi aku dengan abah naik motor pergilah ke low yat. sampai2 je kami disambut oleh staf di situ, bertanya apa yg boleh dibantu. aku ckp nk hantar service laptop. then dia tanya kalau beli kat situ, baru boleh service. hmmmm.....

kemudian, kami terus ke hp tower di bukit damansara. disambut mesra oleh staf di situ, yg meminta aku mengisi borang tentang masalah yg berkaitan dgn produk hp. agak lama jugak tunggu. seorang lelaki cina yg duduk di depan kami mula berbual dan bercerita - sehinggalah gilirannya tiba dan dipanggil. dan yg paling x sangka, dia mengajak aku dan abah mengikutnya ke kaunter, bermakna dia mengajak kami menumpang gilirannya. thanks bro!! kamu sungguh baik hati!

selepas dia selesaikan urusannya, dia pun pergi. dan staf di kaunter itu pula yang melayan aku.
"u pun dealer ke?" soalnya.
"oh tak... personal." aku senyum.
"oh,,, turn lain2 eh? dia nak tolong u lah tuh,," staf cina itu pun senyum. terus dia menyoal masalah lappyku.
"u dah check power adapter dgn agent test kita?"
"belum.." geleng.
"u pegi check dlu. pastu datang sini balik." dia memberikan aku power adapter untuk diperiksa di bahagian test area.

lepas check, baru aku tau power tu yg x boleh berfungsi. staf cina tu pun meminta aku membawa laptop untuk diperiksa sementara dia mengeluarkan power adapter baru bagi menggantikan yg rosak.

dan... lappyku itu boleh berfungsi rupanya. hailah...... mati2 aku ingat motherboard rosak. bermakna power adapter je yg rosak. hmm........

aku dan abah keluar dari bangunan hp tower dgn senyuman. dah selesai! lappyku x perlu anta service!

otw balik umah, hujan mula turun lebat. abah berhenti kat hospital tawakal dan mengajak aku minum di restoran yusof haslam sementara tunggu hujan reda. aku pesan teh o ais n roti sardin, abah pesan air suam n roti canai. dah habis makan, hujan makin lebat. x tunjuk langsung tanda untuk berhenti. aku pandang makanan yg dihidang di dalam. macam menarik. macam ternampak paru goreng.

"nak paru x?" aku tanya abah.
"ambik la.." abah membenarkan. aku bangun dan mengambil paru goreng. sempat aku melihat hidangan yg tersedia di situ. ada mee jawa, nasi lemak, lauk pauk... dan, laksa!! fuhh laksa tu! macam best je!

"abah, ade laksa....."
"ambik la..." abah senyum je sambil ngunyah paru yg aku ambil tadi.
kakak tadi yg ambil order datang balik untuk tulis dalam resit makanan yg aku baru ambil.
"nak tak..? laksa?" abah tanya aku.
aku senyum2....
"laksa 1 ye."

huwaaaaa..... hailah abahku. semua yg aku mintak, abah kasi. xtahu ke anak abah ni kuat makan. kenapa abah kasi makan. kan dah x boleh stop.

laksa tersedia depan mata. fuh, ade nenas lagi! sedapnyeee!!! memang rapat ke mulut aku makan. sambil berborak dgn abah, abes laksa aku. sampai abah yang mintak nak rasa laksa sebelum habis aku kerjakan.

dan hujan, masih x berhenti.

abah bangun, berjalan ke tempat hidangan. x lama kemudian kakak tu menghantar sup tulang!!

fuhh.... sedap sedap!! penuh dengan isi sup tulang tuh. abah mkn sikit je, aku jugak yg perabiskan.

akhirnya.... secara keseluruhan, aku yg paling banyak makan! hailah nis.... ni bukan minum petang namanya. ni mencekik!

seperti yg aku harapkan, hujan mula berhenti.
alhamdulillah, kami pun berhenti makan. kalau x, makin banyak yg kami order. :p

terima kasih abah!!

No comments: