my counter

ikut? silakan ^^v

Wednesday, October 17, 2012

Singles Day aka Bachelors Day



SO yesterday is my bachelors day. Ahak. Bachelorrrr lah sangat. The thing is, Emi's husband go outstation for 10 days so she asked me and Siti to stay for a night at her house. Any term can replace the bachelor word? :p We know that staying without do nothing is totally boring so we decided to bake something. I have tried this out for 2 times, now Im praying so hard the lasagna will be succeed!

          We left office at 5.30 pm. Reached Emi's home at 6 kot. Masing-masing bergelimpangan as if we have too much work lepas tu mata layan Asian Food channel. Padanlah muka terus lapar - laju-laju pergi dapur - capai segala bahan dan mula memotong. Semangat memasak tiba-tiba datang.

          The kitchen was abit small and all of us have our own task. Siti handle the onions, tomatoes, Emi and me handle the cooking. Emi opens the back door, so I saw a lady keep eyeing on us from her kitchen in front of Emi's house. Maybe she kinda weird what those girls do sampai memasak pun kemain berjemaah? Haha.

           It was pretty good. I love our togetherness in the making of lasagna. We also altered the meet sauce recepi, sebab tawar kan. Add this and that, then the flavour turns out great!

           When it comes to prepare the lasagna sheets, thats my worry. Emi helped alot since she was a big fan of food channel - maka selalulah watch mat salleh prepare westerns. "Tambah minyak!" Okay. The sheets was cooked just nice and it doesn't stick to each other. I siap-siap potong dengan riangnya mengikut saiz bekas. Lalala dalam dapur. Hehe.

           We're done at 8 something then rushed for Maghrib prayer. We got special guests - Emi's parents! Maka mereka pun merasa lah..... terasa lapar gila jugak! Bantai makan pelan-pelan atas meja bar Emi. Fuuuh. Nasib baik jadi.



ehsan: Ct's intagram pic


          Masak sama-sama baru tahu kegemaran masing-masing. Siti cepat muak maka solusinya adalah kena buat pedas lagi (maybe kena letak capsicum), Emi suka first batch sebab lembik2 panas makan sedap. Me suka rasa yang first, tapi suka texture yang second sebab bila potong masih padat dan tak jatuh.

          The first batch dah selamat pun dalam perut semalam. Me and Siti planned nak sahur, sekali bangun pukul 5.30 pagi, baru nak masuk suap ketiga lasagna second batch dah azan! Tak dapatlah nak menikmati lagi sekali. Tapi xpe. We will return to Emi's house after work and bring the lasagna home. Boleh makan masa berbuka nanti, insyaAllah.


          Thats my day. And it was a great day yesterday.


          Million thanks for the moment, friends! 

Monday, October 15, 2012

Di Minda Saya



KAWAN-kawan kiri kanan depan belakang akan melangsungkan perkahwinan.
        Tumpang gembira.


        Aku sendiri telah di'book' atau ditempah (peliknya translate dalam bahasa) untuk menjadi bridesmaid pada bulan Disember untuk majlis Yon dan sebagai event manager (wah position macam hape je) di majlis pernikahan Intan. Dua-dua sahabat baik dan aku pun tak kisah sebab I will do anything for my dearest buddies on their special day. Thats what friends are for. Sampai aku warning siang-siang, "Pastikan korang ada bila sampai masa aku pulak!" Syoklah bila kahwin pastu masih ramai lagi kawan-kawan yang masih single. Boleh gila-gila bersama. Kalau dah kahwin, peratus kehadiran mungkin menjunam 50% ke bawah. Belum tentu datang. Aku mengharapkan diorang ada time aku punya majlis nanti. Ehhem. Entah bila tu.


        "Takutlah nak kahwin!"
        "Kan?" Dia pandang gelasnya yang berisi Frosty Lime Juice. Suasana Secret Recipe santai dengan alunan muzik 90an. Kadangkala bercampur dengan lagu moden.
        Aku pandang dia. Tak lama lagi akan jadi isteri orang. Dengan gadis ini, kami berkongsi makan, berkongsi bantal di hostel UTM dulu. Sangat rapat. Tak sangka sekarang kami dah meniti kedewasaan. Tak lama lagi nak kahwin!
        Macam mana ya berkongsi hidup dengan lelaki? Dapat lelaki yang baik, alhamdulillah. Dapat yang tidak, nauzubillah. Tapi siapa kita nak tahu kan?
        "Kenal bertahun-tahun pun tak jamin hidup senang. Masalah memang akan datang tak kira masa. Bersedialah. Yang buat kita bertahan, lelaki ni ada pendirian. Jadi kita tahu apa yang dia nak. Dia tahu apa yang dia nak." Rasional. Lelaki yang ada pendirian dan mempunyai rasionalnya sendiri. Akan mempunyai rasa tanggungjawab.  Betul.
        Sebenarnya aku masih mempunyai pilihan. Selagi belum diikat dengan sesiapa, aku masih boleh menyelami hati budi lelaki. Tengok abang yang dua orang tu sudah. Tapi aku masih menjadikan abah sebagai ikon.

        Agak-agak ada abah nombor dua untuk aku tak?
        Itulah lelaki yang sempurna bagi aku.


        Tapi Nis, kalau sempurna tak ada warna. Hidup ni memang begitu. Kita harus terima hakikat bahawa hidup ini tidak adil, ada pasang ada surutnya.


"Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu."


        Aku mempunyai sedikit kerisauan jauh di sudut hati. Sebab aku risau dengan realiti berbanding perkahwinan yang cuma sehari.


"Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamatkan ‘hati’ kita.   


        Bismillahi tawakkaltu 'allah laa haw laa wa la quwwata billah.

        Redha. Setelah berusaha, tawakallah.


Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”

Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.


        Maka aku perlu bersedia untuk menerima bakal suami. Kelebihan kekurangannya. Buat masa sekarang, berusaha mencari kualiti yang ada. Semoga Allah redha.


Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.” - GentaRasa


        Siapa yang nak gagal? Kita semua tiada pilihan tetapi gagal itu tetap dihadapi. Tak sekarang, besok lusa. Tak besok lusa, masa depan nanti. Akan adanya jatuh bangun. Kita tak boleh nak elak. Kadang-kadang aku rasa hidup ni umpama 'try and error'. Kalau tak cuba tak tahu. Nak kata tak mampu, sampai bila-bilapun takkan mampu. Betul tak?

        Satu je aku masih risau.

        "Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
        Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

        Hanya sebuah entri meluah rasa. Terima kasihlah sebab baca.



Thursday, October 11, 2012

#2



"EH!"
        Kerut kening. Rasa sakit disinggung masih berbisa.
        "Sorry......" Mata jatuh pada wajah itu.
        "Awak."
        Pandangan itu dibalas tajam. Kening diangkat umpama, aku kenal kau ke?
        "Ehm. Sorry. Saya minta maaf." Menelan liur.
        Puas dengan ungkapan maaf, dia sudah bersedia untuk berlalu.
        "Awak."
        Toleh.
        "Nama?"
        "Along! Cepatlahhh.. apa yang lambat sangat ni?" Lengannya pantas ditaut dan ditarik pergi.

        Lelaki itu melepas nafas.
        Memang aku terlepas.

Wednesday, October 10, 2012

Wanita



IS currently listening to KRU -Wanita.


"Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah
Setia di dalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus"


Pertama kali dengar lagu ni jiwa terasa tenang je. Terus cakap kat diri sendiri, "Bestnya kalau ada orang yang nyanyikan sambil main gitar." Eh. Tetiba. Kalau aku lelaki rasa macam nak mainkan lagu ni kat awek sendiri. Confirm awek aku senyum2 aje. Tapi confirm ke ade awek kalau aku lelaki?

Ehh. Apahaaal..!

Berangan luar alam. Bersyukurlah anda perempuan ye cik anis!

Takde sape nak nyanyikan, biarlah abang2 Kru yang nyanyikan pada aku. How sweet..! *perasan* Memanglah perempuan itu tulang rusuk lelaki. Lelaki yang hebat, di belakangnya adalah seorang wanita. Bukan nak kata suka lagu ni sebab Kru, suka sebab liriknya sangat bagus. First time dengar pun memang Kru punya lagu lah! Sangat Kru tahu! (bagi peminat Kru mesti tahu genre dan rentak muzik dorang)


Di belakang abah yang hebat ada emak.
Di belakang abang ada kakak ipar yang kuat.
Di belakang abang ipar ada kakak yang setiap masa menyokong.


Aku punya banyak rujukan untuk dicontohi.


Menjadi wanita yang sempurna adalah mustahil.
Belajar menjadi sempurna itu yang tidak mustahil.

Mari menjadi wanita yang hebat!


Semoga diredhaiNya.