my counter

ikut? silakan ^^v

Tuesday, June 26, 2012

*Wish*



Sangat style kan ada beg begini... 'isi' nye takde lagi... wuwuwu

Sabar Nis, sabar....

Wednesday, June 20, 2012

When Things are Easier to Tweet...





Am busy texting friends, for they are my 'happiness'.

Monday, June 18, 2012

Kehilangan..


*Cerita Dua Minggu Lepas dari tarikh 16 Jun, 2012*


"CEPAT....cepatt... say cheeeeeesee!" Semua orang mengambil posisi dan buat gaya masing-masing.
           1...2....3......click!
           "Ok.. gambar lompat satuuuuu!" Dah kedengaran mak-mak dan bapak-bapak bising kenapa nak lompat-lompat. Dalam huru-hara dan gelak tawa anak buah, masing-masing terus memberikan pose terbaik.
           1.....2.....3........click!

Gambar Dalam Kenangan
Usai Majlis Pertunangan Sepupu, abang Alam di Johor, 26 Mei 2012


***

"MACAM mana dah isi borang?" Paklong duduk memandang kami adik beradik mengisi borang putih untuk masuk ke Singapura.
           "Nah, contoh. Isi macam dalam borang ni." Abang Boy guide kami untuk isi borang putih. Perancangan kami ke Singapura juga telah dirancang awal. Abang Boy dan Kak Iza awal-awal lagi memang bersiap sedia bawak kami jalan-jalan ke Singapura. Memang teruja sangat walaupun dah banyak kali aku masuk Singapura. Kali ni night view.. rasa keterujaan tu lain macam. Paklong ketawa tengok kami yang seronok sangat.
           "Kak iza, Abang Boy... lain kali kita datang dua family! Masuk USS! Bawak paklong n maklong, kitorang bawak paklang n maklang. Mesti best gila!" Kami dah berpakat nak jalan lagi next time. Kak Iza dan Abang Boy mengiakan, dorang pun memang dah lama nak bawak paklong dengan maklong tapi tak berkesempatan lagi.

Menonton 'Laser Show' di sepanjang Marina Bay, Singapura

Dalam lif Esplanade, Singapura

This is called excitement!! Esplanade, Singapore

Terima kasih daun keladi kerana membawa kami merasai Sup Tulang Merah yang sumpah sedap!!
*Kedai Deen Tiga Rasa, Beach Road Garden, Singapore*

***

Cerita Bulan-Bulan Sebelum 16 Jun 2012


"Ehh...makan lagi. Nah, buah jambu air. Ambil kat belakang tadi." Paklong meletakkan sepinggan buah jambu air di atas meja, berserta kuah rojak. Nyums! Paklong memang pandai menarik perhatian kami.
            Paklong memang suka je mempelawa dan menghidangkan kami hidangan yang sedap-sedap. Biarpun dirinya tidak berapa sihat, dia masih meraikan kedatangan kami ke Johor Bahru.


***

Jumaat, 15 Jun 2012

           Aku mendapat berita tidak baik daripada keluargaku selepas pulang dari kerja. Paklong sakit. Masuk Hospital Sultanah Aminah. Teringat dua minggu lepas ketika kami semua berkumpul di Johor Bharu untuk menghadiri Majlis Pertunangan Abang Alam. Aku teringat short trip yang diketuai Abang Boy dan Kak Iza ke Singapura, teringat paklong menyaksikan aku, kakak, Mia dan abang G mengisi borang putih di hadapannya. Aku teringat paklong duduk, aku teringat paklong meletak dulang air. Aku teringat semuanya tentang paklong.
           Sekarang paklong sakit.....
           Aku dan keluargaku mengambil keputusan untuk bertolak ke Johor malam itu juga. Biar jauh, biar sampai tepat pada masanya, biar sempat melawat paklong yang keadaannya 50-50.
           Aku menemui Kak Iza yang matanya lebam. "Abah tak sihat. Abah masuk ICU. Abah dah demam dua hari. Abah tak makan. Abah tak kenal kitorang! Abah agresif sangat. Abah tak pernah macam tu. Abah tak kenal kitorang.... Abah macam merajuk..."
           Kak Iza menceritakan keadaan paklong yang demam bermula hari Rabu, 13 Jun 2012. Kak Iza memandikannya seperti biasa. Hari Khamis, paklong mula mengadu sakit kepala. Kak Iza mengurut. Hari Jumaat, paklong dah tak kenal orang. Matanya bulat memandang setiap yang ada di sekitarnya, memandang maklong, Kak Iza, hatta cucunya yang baru 2 bulan lahir, Adelia, hanya memandang kosong!
           Paklong mula membuang air besar, mula tidak boleh berjalan, langsung menghubungi ambulans bawa paklong ke Hospital Sultanah Aminah.
           Di situ paklong mula meracau-racau, tak boleh cakap, sangat agresif. Hari Jumaat malamnya paklong dipindah masuk ke ICU. Aku sempat melihat keadaannya yang berselirat wayar. Lebam sana-sini akibat rawatan Dialisis. Paklong kurus..... wajah paklong cengkung, macam wajah arwah Uwan sebelum meninggal.. Aku sangat sedih melihatnya. Hanya doa dapat kuiringkan supaya Allah menyelamatkannya dan benar, janji Allah itu pasti. Tepat jam 10.10 pagi hari Sabtu, 16 Jun 2012, Allah menjemputnya pulang. Paklong telah tiada. Alasannya adalah jangkitan kuman di otak. Buah pinggang tidak lagi berfungsi.

            Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita dikembalikan.

            Semalam kita boleh bergelak tawa bersama. Kita boleh bergurau. Kita boleh berbual. Kita boleh bergaduh. Hari ini kelibatnya hilang, takkan lagi kita temui sampai bila-bila.
            Aku kehilangan 3 orang ahli keluarga awal tahun 2012 sehingga bulan Jun 2012. Arwah Cik Man (adik ipar mak; suami mak itam) - Januari 2012, arwah Along (sepupuku, keluarga belah abah, sebaya adikku Mia) - Mac 2012, dan arwah pak long (abang mak) - Jun 2012. Ketiga-tiga insan ini begitu dekat denganku. Arwah Cik Man menghidap kanser darah putih. Arwah selalu datang rumah dengan Mak Itam di hari-hari terakhirnya. Satu gurauan yang aku amat rindui adalah, "Mana kek tiramisu? Nak rasa ni!" Kebetulan masa arwah datang, aku sedang memukul bahan-bahan tiramisu dalam mixer. Tiramisu bukan boleh dimakan terus, perlu disejukkan dulu sekurang-kurangnya 6-8 jam. Baru rasanya mesra dan sekata.
              "Ala Cik Man, besok datang ehh. Boleh makan." Aku menjawab guraunya. Boleh aje aku bagi separuh dan suruh Mak Itam sejukkan sendiri. Entah kenapa tak terlintas idea di fikiran saat itu.
              Dan beberapa hari kemudian Cik Man masuk hospital Ampang, dan meninggal dunia selepas itu.


Arwah Along, terlibat dengan kemalangan jalan raya di depan Carefour Wangsa Maju. Motornya bergesel dengan kereta, terjatuh dan mengalami pendarahan teruk dalam badan. Beberapa minggu sebelum tu arwah datang ke rumahku dengan wajah yang begitu bersih, segak dan sempat bergurau-gurau denganku.
               "Eh Long. Lama tak jumpa." tegurku sambil menghulur tangan untuk bersalam. Along sengih. Handsome jugak sepupuku ni. Bukan takde rupa, ada. Along merupakan sepupu yang suka memberontak, berkawan dengan mat-mat rempit, bermasalah dengan pelajaran. Kali terakhir itu arwah datang dengan wajah dan peribadi yang sungguh bersih.
                "Ha'ah, dah lama tak jumpa kak Nis jugak." Sopannya masih ada. Sempat aku berbual-bual tentang pengajiannya di kolej, kursus yang diambil. Masa itu juga kakakku baru saja melahirkan anak keduanya, Aydin Syamil. Arwah Along lekas mencium baby Aydin yang baru beberapa hari.
                "Ehh. Muka Aydin macam Paklong lah. Handsome!" kata kakakku sambil meletakkan gelaran Paklong untuk Along. Aku pun mengiakan.
                "Hehe... yeke? Mana ada lah Aydin macam Paklong....." Arwah tergelak. Kacak sungguh beliau ketika itu. Memang Aydin ada irasnya.

                Dan tak sangka, beliau pergi dua hari sebelum hari lahirnya. Aku melihat sepupuku itu membesar dengan adikku. Arwah baik. Arwah pandai. Aku seperti tidak percaya dia terbaring kaku di hadapanku. Wajahnya yang bersih. Macam senyum dalam tidur. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh........


"Nis, kau ingat tak masa kecik dulu.... paklong suka kendong kau kat belakang dia." kata abah.
                Abah selalu je menceritakan kenangan itu kepadaku berkali-kali. Tentang paklong yang berkenan sangat denganku.
                "Yeke? Anis tak ingat..." Dan itulah selalunya yang aku jawab. Memang tak ingat.
                "Masa kau umur setahun lebih. Paklong suka sangat kendong kau kat belakang dia." Abah ulang lagi.
                "Apa tak ingat... asyik kutip nasi je..." Abang Amir menambah dan mengutukku. Hrmm.. semua itu hanya tinggal kenangan. Yang pergi tetap pergi.


***

"ABANG Boy...." Aku mendekatkan diri kepada abang Boy yang leka memegang iPad. Majlis tahlil baru saja selesai. Kami sekeluarga berkumpul di rumah arwah.
                  "Wahh... ipad!" Aku sengaja berlakon teruja. Aku ingin menarik senyum Abang Boy. Tapi Abang Boy masih berlaku kaku.
                   "Bila Abang Boy beli ipad ni?" Aku ingin mengajaknya berbual. Ingin menemaninya di saat kesedihan begini.
                    "Ari Rabu lepas."
                    "Baru ni?"
                    "Ha'ah, beli kat KL. Kebetulan ada conference. Pastu singgah Sunway beli iPad ni. Untuk abah tapi tak sempat....." Ayat terakhirnya buat aku mati kata.
                    Untuk paklong... untuk arwah paklong...
                    Dan aku pasti iPad itu sebagai hadiah sempena Hari Bapa.

                    Airmata menitis. Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan.




                    AL-FATIHAH..

Thursday, June 14, 2012

Chocolate and Me


SEDANG menghadap Autocad drawing sambil mengunyah Snickers.

         I'm having too much chocolate these days.

         Stress kot. Yeke? Takde mende nak stress.
         Bahagia?


         Mmm lantak lah. Asalkan aku rasa nikmat sangat.
         Sesi menggemukkan badan mungkin.

Monday, June 11, 2012

Lelakiku.. Abah




MEMANDANG sinar matanya, dapat dirasai kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Matanya redup. Pandangannya sayup, tampak manis biarpun tidak senyum. Kedut di mata dan sekitar wajah ditutupi dengan nur yang bercahaya. Wajahnya kelihatan muda tanpa perlu memakai set rawatan muka. Rambutnya yang nipis ditutupi dengan ketayap kesayangan. Itulah lelakiku. Lelaki yang menawan hati ini, yang menjadi idola aku sejak dulu. Pelindung dan tempat aku bermanja. Yang tidak pernah mengasari tubuh ini. Yang memimpin dan memelukku ketika aku bersedih. Yang meniupkan kata-kata semangat ketika aku hampir berputus asa menghadapi dugaan hidup. Yang tidak jemu menghubungi apabila jarak memisahkan kami. Dia seperti tahu bahawa aku menghadapi saat-saat getir.


Dialah lelaki itu.
Abah.

Masih segar lagi di ingatan sekitar tahun 1995 aku yang masih kecil berlari-lari mendapatkannya di luar sekolah. Gembira aku mendapatkan Motor Honda warna maroon hakmilik IPD Bukit Aman. Bukan motor itu yang aku gembirakan, orang yang menunggangnya yang lebih menarik minatku. Biasanya aku akan naik bas, tapi untuk petang itu, abah mengambilku. Rasa gembira yang teramat sangat.

      Aku gembira kerana aku nampak sesuatu atas bakul motor.
      Abah memberikan bungkusan tersebut. Buku cerita Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia!
      Aku melompat kegembiraan. Hadiah sempena dapat nombor dua dalam kelas. Abah memang amat memahami hobiku yang satu itu!
      "Tahniah ya.. belajar elok-elok..."
      Aku bersalam dengan abah dan mengucup kedua pipinya. Best ever moment in my life, dan aku takkan lupa senyuman abah yang gelihati melihat aku yang terlompat-lompat kegembiraan.





       Masih adakah buku tersebut sekarang? Pada waktu itu, buku cerita ini bersaiz A4, berkulit tebal dan hard cover juga tebal. Memang sangat seronok dibuat bahan bacaan. Harganya mahal, RM86 di bawah RM100. Harga kini cuma RM39.90, berpatutan dengan kulit buku yang nipis dan cerita yang diringkaskan, mungkin.
       Apabila diri ini melihat kembali masa lalu, dapat aku simpulkan bahawa kasih sayang seorang bapa adalah meraikan kegembiraan anaknya dan memberikan 'hadiah' yang bersesuaian dengan minatnya. Hidupku tidak mewah tapi mewah dengan kasih sayang mak dan abah. Makan cukup, baju ada, kasut bertukar, biarpun kehidupan serba sederhana. Biarpun abah cuma kerja polis yang bukan berpangkat. Tapi aku bahagia. Kami sekeluarga bahagia.


        Saat aku bergandingan dengan abah ke mana-mana, hatta menemaninya ke kedai jahit atau kedai bunga, ramai orang menegur.
        "Amoi you bertuah. I takut dengan bapa I. Bagus bapa you sayangkan you." Aku cuma tersenyum. Apakah semua orang tidak merasai apa yang kurasa? Adakah mereka tidak bahagia dengan apa yang mereka ada?
         "Bapa I garang. I takut. Sampai sekarang I takut. You bertuah." kata auntie Cina itu lagi apabila aku meminta pendapat abah tentang bunga yang kuinginkan.
          Aku beransur faham. Tak semua orang 'bertuah' seperti yang mereka lihat kepada orang lain. Fitrah manusia, semua inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan itu datang dari kasih sayang. Apabila kita memberi kasih, orang lain akan memberi bahagia. Bukankah begitu?


          Ya, aku bertuah kerana lahir berbintikan nama abah. Lelaki ini amat besar jasanya. Sekiranya orang  membandingkan kami di masa sekarang, anda harus melihat di masa lalu. Gembiranya kami kerana dengan apa yang kami ada. Bermula dengan mak dan abah yang merasai kesusahan, kami balas dengan kesenangan, insyaAllah. Ketika ini aku amat kagum dengan mak dan abah yang cukup sempurna di mataku. They complete each other. 


Aku punya seorang emak.
Aku punya seorang abah.
Aku perlu 'ada' kelembutan seorang emak dan kekuatan seorang abah.


          Sehingga kini, aku tidak pernah membayangkan hidup tanpa mereka. Tapi masa itu akan tiba. Ya Tuhan... bagaimana aku boleh menjadi seperti abah yang kehilangan kedua ibu bapanya? Bagaimana menjadi seorang emak yang boleh berdikari dan kuat tanpa sokongan kedua ibu bapanya?


Abah, terima kasih atas segalanya.
Perlindunganmu.
Sikap prihatinmu.
Ketika aku sakit, kau yang 'lebih sakit'.


          Melihat redup mata itu, airmata ini hampir tumpah. Sesungguhnya aku amat menyayangi kedua-dua insan ini. Sejauh manakah kasih sayangku pada mereka? Bukan pada duit yang dihulur tiap-tiap bulan. Bukan pada keseronokan berjalan.
          Sayangnya aku pada mereka sehingga aku ingin berterusan berlaku baik pada keduanya, menyenangkan hati keduanya, menggembirakan hati keduanya.



          Ingat asal usulmu Nis. Sedar diri. Kita bukan orang senang. Itu pesan emak.
          Tak perlu mendabik dada. Kerana semuanya milik Dia. Bukan kita yang punya.




Semoga ALLAH limpahkan keredhaan dan keberkatan kepada kita sekeluarga.
Amin Ya Rabbal'Alamin.

Kes Kunci Tertinggal



INI yang paling benci dengan diri sendiri. Kes kunci tertinggal dalam opis pulak. Di saat aku sarat bawak bekalan cinta dari mak, masa ni la kunci tertinggal lah. Saje je nak bagi aku tunggu macam patung depan pintu kat tangga ni. <---- Tengok tu tak nak salahkan diri sendiri sebab careless. Ketuk kepala sekali! Maka terpaksa la manis muka ringankan mulut say hai pada orang ASBA yang naik tangga untuk ke tingkat atas. Aduhai. Nasib baik takde yang handsome. (Sempat!)

         Tangan keluarkan handset. Handset bawak pulak kan Nis? Kau ni memang adeee je yang tinggal. Tak kunci, handset tinggal. Haih. Kalau ada anak, mau anak tertinggal ni. Errk!  Hampir aje nak message si Siti. Padahal aku tahu dia biasanya datang lagi lewat, orang ke-3 takpun ke-4 yang masuk opis. Penat berdiri, aku duduk kat tangga. Sungguhlah kalau orang ASBA ada cctv boleh tengok betapa boringnya aku menunggu 'kunci' sampai. Nak tunggu dalam kereta, jauh pulak. Kalau tak, boleh dengar lagu sikit. Kenapa tak tunggu kat bawah Nis? Ha'ah eh.. kenapa ek? Ohh.. tadi kat bawah ada pakcik opis sebelah. Malas la nak borak. Pakcik tu baik, kadang-kadang rajin dia naik ketuk pintu opis semata-mata nak tanya aku da bayar parking belum sebab DBKL datang. Baik kan? Rajin jugak tegur hai-hai bye-bye assalamualaikum, waalaikumussalam kalau jawab, sayang. Ehh. Macam bukan tagline aku je. Memang bukan!

          Tengah menongkat muka, elok pulak kelibat Siti muncul. Bagus! Penyelamat gua!
          "Weh... apesal kau?" Dia gelak-gelak tengok aku buat muka comel.
          "Ha. Nak tanya jugak apesal kau datang awal." Dengan Siti memang aku selamba sound. Dia bukan boleh 'diharap sangat' untuk datang awal, melainkan kalau pesan awal-awal ajak sarap sama-sama.
          "Aku memang nak masuk awal arini." Dia punya kunci, dia yang bukakan pintu. Tapi bab buka padlock, aku yang ambil alih.
          "Mana kak Fathin?" soalnya.
          "Entah. Semalam tak datang jugak." Kitorang masuk, laju je Siti buka suis lampu, tapi suis kat tempat aku tak dibukanya pulak. Hampeh minah ni.
          "Weh.. biar gelap je tempat aku. Buka ah sekali!"
           Siti gelak je sambil masuk dalam. "Lupa pulak kau ada." Workstation dia duduk dekat dengan bos. Aku dengan kak Fathin duduk kat luar ni je.

           Hari Selasa.
           Second day after Monday blues.
           Should be no more blues okay Nis? Let's working!


           "Begin with the end in mind."
           Bismillah.


           May ALLAH bless.

Janjiku




"Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu." -PDH

Sunday, June 10, 2012

10 Lessons for Young Designers


Tuesday, June 5, 2012

DBKL and Handsome Guy



IT'S 10.40 am when I reached office. Phew! Just got back from DBKL doing some follow up regarding the house renovation status for Pn. Azizah. She's the one who told me to come over today and we supposedly meet Pn. Sabariah, unfortunately she's not around so we managed to meet this guy, Izad. Do I supposed to call him Mr. Izad? Hehe. Professionally, yes, I should. Suka-suka kau je Nis. So, hi Mr. Izad. Nice meeting you here. A good looking guy tapi nampak sikit rambut putih sehelai dua. Alaa. Macam abg ipar aku la nama aje banyak rambut putih, tapi muda lagi tau! <---- nak jugak!



"Err.. sorry ya, Pn. Sabariah takde hari ni." He's so polite! Aku suka. Haha.
"Oh, nevermind. Do you remember me? Sabariah asked me to come today." Pn. Azizah seperti biasanya memulakan perbincangan.
"Saya ingat.. takpe. Dengan saya, boleh." Encik Izad menarik kerusi dan duduk menghadap komputer.
"Boleh bagi saya nombor fail?" soalnya pada Pn. Azizah.
"Yes, yes." Pn. Azizah mengeluarkan sekeping kertas.
"I don't know which number you want. You tengoklah." Dia memberikan kertas itu dan En. Izad menyambut.
"Sekejap ya."

"Er.. sorry ya, sebenarnya kita tak buat meeting lagi." He came with unexpected statement.
"She told me the meeting supposedly held on last friday?"
"Ya, sepatutnya last friday. Tapi batal." Oh, jawapan cliche! But no, its not their fault. It is our fault jugak coz we didn't call first before come to DBKL.
"Ooh..ok." What else we can say. "We came because Sabariah asked to. Then you said you wanna deal with the architect, so I bring the architect here."
En. Izad tergelak. "Ya, I said so. Kalau Puan tak datang pun takpe. I can deal with them. Who's the architect by the way?" Dia memandang En. Azmi dan aku bersilih ganti.
Aku senyum.
"Ok." Dia mengalih badannya menghadap aku. "Lepas meeting, DBKL akan keluar surat, so I akan call you. You biasa deal dengan DBKL kan?" Dia meneka.
"No, this is my first time."
"Ohh ok, takpe. Nanti I call. This is my direct line." He gave me a sticky note written; Izad Abas. I look at it for awhile.
"And yours?"
"Ohh!" Aku tarik sedikit kad yang memang aku simpan dalam notebook. Extra card incase kad dalam purse habis.
"Thank you." He smiled.
"Ermm... you cakap takde problem dengan drawing. Macam mana tau takde problem?" I still need some explaination. Sengaja nak tengok dia ni bercakap lagi. Eheh.
"I check balik drawing, tengok takde apa masalah sangat. Minor je."
"Kena reprint and resubmit tak?" En. Azmi asked.
"Tak kot. Next time datang kita betulkan atas drawing je."
"Oklah. So next time I wont come. You just deal dengan diorang ni je ehh." said Pn. Azizah.
"Ok, sure.." En. Izad ketawa sedikit. Alah handsome..
We dismissed there.



And you Anis, what's on the earth are you doing? Nakal ehh main mata?? Ketuk kepala sekali!

Sunday, June 3, 2012

Teknologi dan Kehidupan


Kereta diparkir dan kami semua bersiap sedia untuk keluar. Suasana persekitaran stesyen LRT Sri Rampai seperti biasanya lengang. Sejak tempat itu dibuka, jarang sekali aku nampak orang ramai. Adapun seorang dua yang keluar masuk.

"Makteh!" Aliah menggamit dan cepat saja tangan kecilnya bersatu dalam genggamanku. Kejap pegangannya. Kadangkala aku kasihan dengan anak ini. Ibunya jauh di Tanah Arab. Abahnya (abangku) pulak agak sibuk bekerja, lalu dia dan adiknya Amni sering menghabiskan masa di rumah kami.

"Kakak nak kahwin dengan maktehlah." Selamba dia menuturkan.
"Hahh??"
"Kakak nak kahwin dengan maktehlah!" Dia menguatkan suaranya dan ucap satu persatu.
"Hahh??" Sengaja aku bergurau. Aku masih mengekalkan wajah yang tidak faham dengan ayatnya. Aliah semakin geram nampaknya.
"Makteh ni!! Tak dengar pulak..." Dia menarik muka. Amboii... muncung. Sejak ibunya kembali di KL dahulu, dah pandai dia main merajuk-merajuk ni.
"Boleh ke...?" Aku masih berada di topik yang sama.
Aliah yang menarik muka pada awalnya kembali senyum senang.
"Mana bolehlah, makteh. Mana boleh perempuan kahwin dengan perempuan." Dia meletakkan logik dan rasionalnya. Pada usia 6 tahun begitu, dia kelihatan sangat matang! Oh anak-anak sekarang...... cerdik sungguh!
"Kenapa pulak?" Aku uji lagi.
"Perempuan.... kena kahwin dengan lelaki." Kenyataan yang tiada siapa pun boleh pertikaikan. Lumrah alam. Setiap ciptaan-Nya punya pasangan yang telah ditentukan. Aku senang mendengarkan. Anak-anak pada usia sebegini, tak boleh ditipu sesuka hati. Sebagai orang dewasa, kita harus memberitahu perkara yang nyata kerana mereka sudah pandai berfikir dan akan menerimanya sebagai fakta.

Mengimbas usiaku 6 tahun dahulu, aku tak rasa aku seperti mereka. Aku tak banyak mendengar orang-orang tua berbual. Aku hanya melayan fitrahku pada usia begitu, bermain dan bermain. Adapun pasal kahwin ni.... main kahwin-kahwin je kot?

Teringat main pondok-pondok. Batu seremban. Tutup botol. Tarik upih tidak pernah. Anak-anak sekarang? Ipad.. laptop... xbox.... betapa bijaknya mereka meng'hadam' semua itu dengan begitu cepat sekali. Refleks membayangkan bagaimana budaya hidup bakal anakku nanti.


Semakin melalui arus permodenan, semakin harus berhati-hati. Jangan berlebih, jangan sampai menjadi hamba kepada teknologi. Kualiti hidup diabaikan.






Pada aku, teknologi, teknologi jugak. Kadang kelakar tengok pe'el orang sekarang yang hidup bergaya dengan gadget. Slide sana sini, tak kira tempat. Dalam satu meja, masing-masing ada Ipad, Tab dan smartphone sendiri, lebih seronok melayan gadget tanpa perlu bercakap sepatahpun dengan orang keliling; paling tidakpun mereka adalah satu keluarga.

Sungguh suasana itu sedih.

Friday, June 1, 2012

Hey Ho its June!






Salam.

Hectic May was gone. Beautiful June is coming!

Sangatlah relax setelah saat-saat kritikal telah berlalu. 24 hours working di hari submission PAM Centre Design Competition, tanpa mandi  tetapi kebajikan pekerja masih dijaga. Bos-bos belanja makan, di malam submission makan Dominos n KFC, pagi esoknya sarapan nasi lemak ayam dara. Kalau masa belajar dulu, aku selalu abaikan makan. Makan ke mana, mandi lagilah. Tak sedar langsung siang atau malam sebab terperap siapkan design dalam bilik aje. Punyala teruk dan selekeh tahap gaban. And now I experience it thru working. Masa competition camni la baru nampak perangai dan semangat teamwork masing-masing. Tapi aku salute jugak bos-bos sebab dorang umpama bapa-bapa yang pantau dan guide ktorang buat kerja. Walaupun bila aku fikir balik, tak banyak pun aku sumbangkan. Well, no mistakes no learn aite? Mana yang tak cukup, tambah-tambahkan. Macam yang aku expect, ktorang buat design dari zero dan habiskan sehingga titik noktah. Design sendiri, 3D model sendiri, report (type2) sehinggalah bab print pun print sendiri. Office kecil camnila baru dapat experience suma ni. =)

On top of that I really enjoyed every single moment. Akan menjadi benchmark untuk aku buat lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

May ALLAH bless!