my counter

ikut? silakan ^^v

Saturday, February 27, 2010

roommate outing day

OHH ANIS......
anda sangat enjoy hari ni ye? bukan hari ni je, hari-hari sebelum ini, dari khamis lepas lagi. enjoy sangat kamu? kerja xde ke??

-ada.... kerja sentiasa ada. takkan pernah habis. walau dah habis, ada lagi yang perlu disambung dan diteruskan. maka kerja itu sentiasa ada.

untuk beberapa hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan room-mate tersayang - aila. (oh saya memang ada roommate. saya jarang menceritakan tentang roommate saya kan) ok sambung balik. berkenaan masa lapang saya, saya rasa itu satu KEBETULAN kerana saya memang jarang mempunyai masa lapang. kalau adapun, masa-masa itu terisi bersama teman-teman archi kerana mereka sentiasa berada di sekeliling saya.

cuma, kali ini saya lebih senang invisible dan terperap di dalam bilik memandangkan kesemua kerja-kerja berkumpulan telah selesai. jadi, saya tidak perlu ke studio dan pulang lewat pagi.

bermula khamis lepas (setelah submission masterplan ditangguh ke isnin depan), saya mula lepak di bilik. semalam maulud nabi = cuti, juga saya masih berada di bilik. dan KEBETULAN roommate saya tidak pulang ke rumahnya kerana dia mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. oleh itu, kedua-dua kami mempunyai kerja sebenarnya, tapi kami mempunyai lebih masa untuk bersama.

semalam saya mengajak aila makan malam setelah beberapa bulan tidak makan bersama. (rasanya semester ini pertama kali kot) kami berbual dan tiba2 merancang keluar bersama keesokan harinya. kadang-kadang saya berasa tidak adil kerana saya jarang sekali menemani dan meluangkan masa untuk roommate saya. pernah saya berjanji untuk keluar dengannya, tapi tidak berjaya kerana saya mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. sangat serba salah masa tu, tetapi keadaan benar2 tidak mengizinkan. kesian roommate saya. nak keluar dengan saya pun payah. nak buat appointment pun, silap haribulan terpaksa cancel juga kalau saya ada hal lain.

nasiblah sama-sama budak fakulti alam bina. aila town planner, jadi dia pun bz macam saya juga. cuma sekarang ni dia final year, kebanyakan masa di bilik jelah siapkan psm. mungkin sebab saya pun sangat jarang di bilik (melainkan waktu tidur dan mandi), hari minggu jika berkesempatan dia akan balik rumah. jika kena waktu bz saya, memang amat jarang jumpa. kadang2 saya balik pukul 4-5 pagi, kalau dia belum tidur nasiblah kami dapat berbual sekejap. saya bangun tidur dia pun dah ke kelas. nak jumpa dia tunggu awal pagi esoknya. begitulah.

hari sabtu yang ceria. kami sewa kereta daripada budak elektrik. aila drive sampai ke U-mall. kami plan nak tengok movie percy jackson & the lightning thief. dengar banyak feedback filem ni bagus. ala2 mcm harry potter. dan, ia memang tidak mengecewakan. saya dan aila terhibur biarpun seat kami berada di barisan depan.


di luar MBO cinema U-mall, Skudai


::percy jackson hall 5::

selepas movie, kami terus gerak ke danga bay. kami dinner special malam ni: ikan pari bakar n kerang bakar. sangat2 banyak dan kenyang. alhamdulillah. lepas tu rancangnya nak karaoke, tapi penuh. jadi kami hanya jalan2 tengok barang. pukul 11 malam, kami gerak balik.

sebenarnya..
saya tonton 2 movie yang bagus hari ni.
sebelum keluar, saya dan aila tonton filem om shanti om lakonan shah rukh.
saya rasa selepas kuch2 hota hai, dil to pagal hai dan yang sewaktu dengannya, inilah kali pertama saya menonton kembali filem bollywood yang sangat menarik jalan ceritanya.
kemudian layan percy jackson pula di wayang.

hailah.... banyaknya masa saya. lupa sekejap kerja yang ada.
tapi saya tak kisah. asalkan saya dan aila happy dengan masa kami. :)



p/s: tiba2 terasa ayat2 saya sangat skema dalam entri kali ni.. (^.^)v

4 comments:

Anonymous said...

keksemaan ayatmu terserlah untuk entri kali ini. hehe. relieved when u happy =)

areniz^16 said...

tu lah... haha... =)

Mazrin Mhd. said...

Nyah.. Aku rindoo kat ko. Jum la tgk muvee.. Bgthu awl2 so aku blh apply cuti. Hehs. Weekdays better than weekend sbb too crowd la kat mall. =)

areniz^16 said...

hey yin!! rinduu kat ko jugak.. jum2 kte set masa.. girls day out ok jugak~ leh gossip panjang.. ahahaha update u @ fb :)