my counter

ikut? silakan ^^v

Thursday, December 16, 2010

harus sihat

pejam celik pejam celik, oh rupanya dah 2 minggu duduk rumah. should i or should not, mengisytiharkan bahawa aku telahpun sihat sepenuhnya? demam bermula rabu minggu lepas, aku pening2 bangun dari tidur. tekak terasa lain, aku telan panadol, sempat upload pic puteri yasmin di fb, mandi, lalu aku tidur di tengahari. lena yg bukan betul2. bangun blk, aku terasa badan lain macam. aku naik tidur kat bilik, dengan kipas yang tak berpusing. hujan lebat yg memberi angin sejuknya, belum cukup mampu membuat aku berpeluh secara total. dan aku terus demam sehingga ke esoknya. abah makin risau, dia membawaku ke klinik. dari kecik hingga ke besar. memang abah yg paling risau klu anak2nya sakit.

bertemu lg dgn doc nadir. doc aku sejak kecil lagi. "anis hafinas?"
"saya."
"sekolah ke belajar ni?" dia masih belum berjaya mengingatiku.
"belajar."
"okey.." tangannya pantas mencapai stetoskop, meletaknya di dadaku, menyuruh aku batuk.
"tekak ok, tapi something kat paru2 awak. ada kuman." dia mencapai pula termometer, menggoncangkannya dan menyuruh aku letakkan di bawah lidah selama beberapa minit.
"ada asthma?" soalnya. persoalan yg cuba aku elakkan.
geleng.
"ok. nk kata denggi tak. xde merah2, maknanya bukan denggi." dia mengeluarkan termometer td.
"uihh, 100 lebih. demam panas ni." yeke? kenapa aku rasa dah sihat je?
"macam biasa, sedut wap 15 minit, tepuk dada, bagi batuk. paru2 ada kuman ni, walaupun demam dah baik tapi kalau kahak x habis keluar, mungkin demam tu datang balik nnt. okey, itu saja. ada apa2 lagi?"
geleng. walaupun sakit di pinggang kiriku mencucuk2.
aku pandang ubat2 demam, kahak, selesema, antibiotik. haih. x suka betul makan ubat.
dalam demam2 tu sempat aku ikut kaknim g skechers warehouse sale di shamelin. sempat rembat women wear. kaknim nak belanja so aku ambik je mane yg tercapai. pening sangat. balik je aku terus tidur x ingat.
dan begitulah sehingga ke hari ini.
cuma sekarang ni aku rasa lebih sihat. kahak n hidung dah x berdarah. aku harap2 sgt kesihatan beransur pulih. lagi 2 minggu je nak berangkat ke china. aku perlu bersedia mental n fizikal. walaupun sebenarnya dah x seronok nak berjalan. entah ke mana mood aku pun xtau.

No comments: