my counter

ikut? silakan ^^v

Tuesday, September 25, 2012

Kahwin itu sehari, rumahtangga itu realiti - Hilal's





Bukanlah rumahtangga itu semuanya wangi. Isteri ada mood swingnya, masa mengandung dia muntah-muntah, masa ada anak nanti anak bising, duit kena banyak keluar, kesabaran kita saban hari akan dicabar. Maka kebenaran cinta itu bukan pada bicara I love you tetapi pada pembuktian kesabaran, kematangan kita dalam mengharungi rumahtangga. Kerana itu, dari menyibukkan diri kala usia muda dengan persoalan 'jodohku adalah siapa?' lebih baik menyibukkan diri dengan soalan 'aku sekarang bagaimana?'

May ALLAH bless.

Panggilan Sahabat


"BABE."
"Yo."
"Ko free tak jumaat ni?"
"Rasenye tak. Nape?"
"Aku nak try wat laksa. Ko kan hantu laksa. Nak soh ko makan. Pastu komen." 
"Oyeke. Hahaha. Bole lak camtu. Pastu kalau sedap? Bukak kedai? Ekekeke."
"Aku ingat nak wat open house raya haji. Like before. Biar takde mak aku pun aku leh handle kot. So aku ingat nak try dulu sebelum open kat orang ramai. Hahaha."
"Bagusla Pisha..... ok gak tu... so kira test makan la jumaat ni? Haha. Ok2.. try la ajak Ayin sekali.. kalau dapat join aku join.."
"Ok aku wasup dia.."


-Biar takde mak aku pun leh handle kot.-


Sayu kejap bila membacanya.
Last aku jumpa dia masa tahlil arwah ibunya pada awal Ramadhan yang lalu. Masa raya tak sempat aku nak beraya rumah dia, dia pun takde nak beraya kat rumah aku. Aku takut berhadapan dengannya. Sengaja membiarkan dia stabil sendiri. Rumah dia dengan aku takdelah jauh sangat, cuma dipisahkan dengan jalan besar dan surau. Lagipun, boleh je bila-bila aku nak singgah alang-alang parking kat surau. Boleh jalan kaki.


Kalau diletakkan diri ini di tempatnya, sedih itu tetap akan ada. Emak kot. Bila hilang seorang ibu tempat bergantung dan bermanja, serasa semuanya hilang. Dunia rasa gelap. Ada hikmah di sebaliknya. Dia bukan ditinggalkan seorang, masih ada lagi seorang ayah dan dua orang abang. Lebih baik menjaga dan kekalkan hubungan dengan mereka, selagi mereka masih ada. Kan?


Al-Fatihah.

Thursday, September 20, 2012

The Proposal .. not a wedding proposal yeaw



"THIS is not an interesting proposal." En. Shafian melepas tawa.
            "I know.. but we have to try our best to show how much we got."
            En. Amzar melirik pada aku.
            "Come out with two alternatives. You know what to do kan Nis?"
            Angguk.

            Next meeting on Friday, 21 Sept. 2012 at 3 pm.  Therefore I'm stuck in the office at the moment.



             The clock turns to 9.05 pm.
             The design keep changing for God knows how many times already. T_T Continue for one more hour to finish it up.

             May ALLAH bless, and may this thing ends well.

Thursday, September 13, 2012

Sedih.



BILA rasa tak puas hati, serabut, aku pilih untuk berdiam.
      Sebab diam je mengelak aku daripada 'sembur' orang dan melempiaskan segala rasa yang entah apa-apa itu.

      Jawab bila ditanya.
      Senyum apabila tidak mampu menyapa.
      Mereka tidak terlibat dalam masalah ini.


      Bersedih hati. Ya. Aku sedang bersedih.
      Kenapa tiada yang memahami?

      Hanya inginkan kepercayaan.
      Bukan restu atas keterpaksaaan.
      Balik ni mohon ampun pada mak abah.

Tuesday, September 11, 2012

Tahniah Yonnie..


AKU suka tengok dia.
Pertama kali bersua ketika Minggu Haluan Siswa atau lebih dikenali sebagai MHS.

"Eh, apa ni?"
"Mm.. mp3."

"Banyak ke lagu?"
"Banyak jugak."
"Haa... bolehlah nanti pinjam!" Selamba dia menutur. Aku tarik muka. Baru kenal dah nak pinjam? Kena hati-hati ni. Sayup-sayur dengar pesan mak dan kakak supaya pandai bawak diri di universiti.

Oleh sebab kami ditempatkan dalam satu studio workbase atau unit, aku lebih senang bersamanya ke mana-mana. Orangnya sempoi macam aku. Lasaknya sama macam aku, cuma berdikarinya lebih sedikit berbanding aku. Sebagai anak sulung, dia lebih bijak mengurus hidup. Background pun bagus, ex budak Sains Muar. Memang bijak orangnya. Tiap-tiap sem pun selalu je dapat dekan.

Dek kerana selalu saja bersamanya ke mana-mana, orang mula cap kami seperti adik beradik. Berkaca mata, ketinggian hampir sama, dress up pun lebih kurang; lebih menggemari jeans dan tshirt. Di mana ada Yon di situ ada Anish. Aku bukanlah kaki sosial. Dengan Yon, aku lebih mudah bergaul dengan orang lain sebab Yon lebih mesra dan kecoh.

Satu sahaja yang aku rasakan dia unik, bab hal perasaan. Seramai-ramai kawan lelaki tiada seorang pun yang 'melekat' dengannya. Ada la satu dua, tapi sekadar main-main mungkin. Sebab dia jenis yang setia, punya sejarah silam yang pada aku sangat boleh dimaafkan dan dilupakan. Tapi dia masih ingin setia dengan orang yang belum tentu kembali padanya.





Now you are taken sayang. Alhamdulillah, one step further.
Sandarkan kasih pada yang berhak.
Oleh itu, hubungan bukan terletak pada betapa lamanya kenal hati budi. Cinta selepas kahwin lebih indah. Bersangka baiklah.

Jodoh umpama satu perjalanan.
Ada yang lancar, ada yang tersangkut, lampu merah, jalan rosak, berliku-liku.
Semuanya adalah ujian.


Barakallah. =')

Friday, September 7, 2012

Weh, dia balas! :3



Was recently gila kat Tengku Adil. Have heard Babak Cinta song? You should! Best kot!
            Sangat gila sampai follow him on twitter. And he replied my twt. Suka of course! =p




Dengan gigihnya I made an effort to strum the song. You know the feeling when you listen to a song for the first time... and you likes it! That means the song was really good.


           Watch this. =)

Wednesday, September 5, 2012

Request Cerpen?


PAGI-pagi dah buat aku tersenyum.




Masih ada lagi yang berminat nak baca cerpen aku meh?
        Berangan lebih. Sesungguhnya sangat banyak cerpen dan jalan cerita, tapi belum ada satu pun yang selesai dan disempurnakan dalam tempoh waktu meniti keremajaan. Semua tergantung.
        Malas. Komitmen belajar, lagipun. Time constraint.
        Satu cita-cita yang langsung lari daripada bidang senibina, tetapi masih terpahat di hati. Ingin menjadi seorang novelis sebenarnya.
        Sebab tu aku sangat suka berblog. Monolog diri bersama plot hidup sendiri yang amat berharga. Ia lebih sempurna dari segala-galanya.
        Ia adalah kepuasan.


        Terima kasihlah kerana masih mengenang seorang Anis bersama Rindu Bayangan. Aku sendiri rindu dengan bayangan watak-watak bersama kisah yang bermacam ragam.



Jika diizinkan-Nya, insyaAllah. Akan berusaha menghasilkan satu cerpen, sekurang-kurangnya. *azam*



May Allah bless.

Tuesday, September 4, 2012

Architect Post @ ArAH


IT was once filled up and somebody was here before. This picture was taken 2 weeks ago for no reason.





and now...



It was left empty. Now I know why I have to take this picture again.



One job now is available at ArAH for Architect post. If interested please email to arahdesign@gmail.com