my counter

ikut? silakan ^^v

Monday, January 23, 2012

Cebisan Pengalaman



SATU BAHAGIAN dari novel itu telah habis dibaca.
           Cerita tentang Fend. Pengertian sebuah kehidupan yang dinamakan sebahagian dari contengan jalanan. Contengan pengalaman untuk lebih tepat. Di situ dia ditemukan dengan makna sebagai hamba Allah di muka bumi. Sungguh diri ini haus dengan ilmu Islam yang tak pernah cukup. Terkena muka sendiri kerana perasan bagus dan berlagak dengan apa yang ada selama ini. Siapa dia untuk mengaku segala yang dimiliki seratus peratus haknya, sedangkan semua itu dikurniakan Dia?
           Tarik aku ke syurga sama.
           I wanna catch the 10th hour.
         
           Bila hati mula nak, dengan sendiri rela hati itu datang.

           Karya kau memang menginsafkan, Hlovate.

Sunday, January 22, 2012

MerekaKeMelaka!

 *7 - 8 Januari 2012*

MEMANG pantang diajak la kalau buat trip ke mana-mana. Lagi-lagi dengan besties, memang aku join aje. Kali ni trip amat bermakna sebab aku akan bersama dengan ex-roommate di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dulu, budak bilik C1-2-14. Lepas habis matrik kami berempat tak jumpa, kecuali Seha sebab aku dan Seha sama-sama masuk UTM.

              Selain aku dan Seha, dua orang lagi roommate kami iaitu Yana dan Seet Yee. Dalam bilik tu Yana kitorang gelar kaklong, sebab sangat kakak dan caring. Haha. Bebel dia yang aku rindu sangat tu. Aku dengan Seha tak banyak beza sebab kami selang sehari je birthday, jadi perangai lebih kurang sama. Aries kan memang selalu coool aje. Hehee. Seet Yee pulak suka gelar diri sendiri adik - paling muda lah konon. Muda bulan aje. Tapi budak ni la yang paling saiko antara semua dalam bilik tu. Dia la top scorer, budak buku 24jam. Tapi baik gila. Lembut je. Aku paling tersaiko dengan dia pasal katil dia depan katil aku je. So bila aku balik kelas, keluar dari bilik air, apepun yang aku buat, mesti masa tu dia tengah study. Tension tak tension wa cakap lu. Yang paling aku teringat sekali, exam UPS iaitu peperiksaan awal semester 1, di mana aku hanya mendapat pointer 0.83 aje. BAYANGKAN! Nak gila rasa. Macam.... apa yang aku belajar kat sini sebenarnya? Bodoh sangat ke? Masa tu la ramai jugak orang keluar dari matrik tu sebab tak yakin boleh buat. Aku takde pilihan lain, terpaksa teruskan je. Akhirnya kami semua berjaya keluar dari matrik dalam masa setahun yang seksa sangat tu. Syukur alhamdulillah. Macam tak caya pun ye jugak.


                Jadi... selepas 5 tahun tak berjumpa.. kali ni reunion di Melaka! Sayangnya Seet Yee tak dapat contact, so kami bertiga jelah. Plan asal nak ke JB jenguk Seha, siap plan nak ke Singapore lagi. Last2 ke Melaka. Aku panggil ni destinasi bajet. Okla untuk masa yang sekejap dan banyak tempat boleh jalan. Aku dan Yana gerak dari KL jam 9 lebih manakala Seha gerak dari JB jam 8 lebih. Lepas ambil Seha kat tol kitorang pun terus gerak ke bandar Melaka. Cuaca panassss sangat. Bleh plak la aku cepat lapar, so kitorang berhenti di area Menara Taming Sari, park kat situ pastu jalan kaki cari tempat makan sedap. Abang beca suggest makan kat Kedai Asam Pedas Selera Kampung. Jummm!


Ambik gambar satu!





Antara yang menarik perhatian... big prawn @ RM20 per piece! Perghhh


Yana dan Seha

              Lauk yang kami ambil tu lauk ikan pari asam pedas (menu wajib), kerabu mangga, gulai daging salai dan ulam-ulaman. Semua ni harganya dalam RM32. Murah tak? Ok kot.. asam pedas tu pada aku bolehlah tahan sedap. Tapi tak wow sangatlah. Kerabu mangga aku suka.. gulai daging salai the boom.. sedap..
              Lepas makan, barulah ade energy nak jalan kan! Kami pun puas la jalan kaki, bergambar, naik panjat tangga.....




......untuk sampai ke tempat ni. =p Dapat port baik, kitorang pun bergambar sakanlah. Saja melepas lelah sambil layan angin kuat tepi bukit. Feeel sangatt..


Suka betul background bangunan Dutch ni. Horror look..


Background pilihan Yana... serius cantik!

                Lepas round area Menara Taming Sari, Muzium Melaka dan Bangunan Stadhuys, kami pun bergerak check in di Hotel Sunflower di Jalan Ujung Pasir. 5-10 minit dari bandar. Sampai je... pengsan semua. Haha. Penat kot. Walaupun tv citer Hindustan yang best. Pukul 6 petang bangun, solat, kitorang pun bersiap untuk jalan-jalan cari makan seafood. Puas la aku cari dan tanya orang mana tempat makan yang sedap. Akhirnya kami memilih untuk makan di gerai seafood di Sekam.


Harga standard seafood
 

Terasa kami masih muda remaja =p macam tak caya je dah 5 tahun keluar matrik..



Pemandangan gerai Sekam... tapi banyak nyamuklah.. maghrib kan..



Lauk kami... sambal ketam, sotong masak tepung, ikan pari bakar.. sedap!

               Semua yang kitorang makan tu.. harganya RM44. Amacam murah? Ketam 3 ekor, ikan pari seekor, sotong 3 ekor.
               Lepas dah kenyang, patah balik ke bandar. Aku teringiiiiiiin sangat nak berjalan di Jonker Street. Pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa. Sedih punya pasal, melepak je tepi sungai tengok orang naik Melaka River Cruise.


Senyum gakla walaupun tengah kecewa =p

                  Jam 10 lebih kitorang pun bertolak balik. Boleh tak on the way tu terjumpa Jonker Street? Rasa macam... tuuuttt. Dah lewat jugak tu. Takut balik lewat nanti jadi macam-macam. So, balik awal boleh layan drama melayu tv3 sambil mengimbau kenangan di matrik. Aktiviti pillow talk la ape lagi kan.. sob sob

                  Esoknya check out hotel jam 11 pagi. Seha duk sebut-sebut nasi lemak.. pusing area hotel tu terjumpa pulak gerai tepi jalan.


Nasi lemak...nampak je biasa tapi sedap! RM1.50 + ayam goreng = RM3.00


Jalan-jalan sambil layan Coconut Milk Shake (tapau kat gerai makan tadi)

Kami yang sangat happy yayy!

Pokok apelah ni... suka betul aku




barulah nampak Melaka.. haa
 


lagi sekali


Bila dah dapat camera, abis laa. Shot ni macam cover album sangatt haha 




Mengukur ketinggian..! hehee

                 Lepas puas jalan dan bergambar, kitorang pun ke Melaka Sentral untuk hantar Seha naik bas balik ke JB (ujung2 ni yang part sedih ni). Dengan itu... maka berakhirnya jejak kasih kami di Melaka. Sangat bersejarah ok!!






              
                   Ingat daku dalam doamu kawan-kawan. HUGS!



                  May ALLAH bless.


Friday, January 20, 2012

On 9 January 2012...



I WAS one week late to post this entry.  Should post it last week. Oh, I was sooo super excited celebrating newborn in the family, welcome to the world Aydin Syamil! The first baby boy in Hamid's family. All this while we were wondering who's gonna have the baby boy. Bet I don't have the opportunity to break the record since I still not married up until now. Haha. Kalau kawin pun belum tentu dapat baby boy. Murah rezeki kakak. Syukur alhamdulillah atas pemberian-Nya, kakak dan baby selamat.


         We never expect the baby will be out in a way that my sister was still active go here and there. She doesn't believe when the doctor asked her to be warded.


          "Awak ambil kunci ni, mandi. Lepas isyak bersalin ni." She gave a room key so my sister can be ready and prepare.

         "Ha? Ye ke doktor?" Berkali-kali la kakak tanya, doktor angguk-angguk. Tapi kakak selamba je balik rumah dan solat Asar sebelum datang balik ke Pusat Perubatan Naluri.


         So aku pun sempat la jumpa kakak bila aku balik kerja. Nampak dia salam-salam dengan mak. Pastu nangis. Aku pelik la dengan drama tu. Yes, aku memang lambat sikit nak analisis apa yang berlaku. =.="

         Dia salam aku. "Kenapa ni? Dah bersalin ke??" Apa punya soalan daa. Aku dapat rasa perut dia macam 'mengecik' bila kami berpeluk. Maksudnya perut 'ke bawah', petanda dah tiba masanya untuk melahirkan.


         "Ape pulak.. nak kene masuk wad lah tu. Nak bersalin dah. Ko ni…" kata mak. Ooo.. aku melopong. "Baik-baiklah. Nanti kitorang datang."


         Kami yang kat rumah pun rilek2 aje. Tengok drama tv3 Gemersik Kalbu, solat maghrib, lepak, makan. Tiba-tiba lepas isyak pukul 8.40 malam mak jerit, "Eh Nis, kak nim dah bersalin!" Ohhh emakku sangat excited sampai paksa aku pegi amek kereta kat surau dan jemput abah kat sana (abahku ni memang suka tinggalkan hp kat umah, so susahla nak contact dia kan). Nasib baik aku sempat tarik Aliah (my first niece) ikut aku pegi surau so senanglah budak tu panggilkan atok die.


          We stayed in Naluri for hours waiting for the baby. Kakak nampak lemah lagi dalam gembira2 tu. Kakak cerita, she only spent 2 hours to deliver the baby. Cuma sakitnya lebih lagi la tak macam lahirkan Ayra dulu. For me its good sebab kakak dipermudahkan kelahiran Aydin. Tak banyak masalah. Alhamdulillah.


          Dengan kelahiran Aydin, aku doakan semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan berguna. Semoga aku menjadi makteh yang berjaya (eh???)

          "Asek anak buah je... bila anak sendiri pulakk?"   
           Zzzzz.

Assalamualaikum... Alhamdulillah mama lahirkan saya 
pukul 8.50pm @ 2.55kg. Saya dan mama sihat.


Yes.. of course you are a boy..


Hai... hari ni saya nak buat IC.. (13 Jan 2012)


Anak Abg G dan kakak dah jadi sepasang.. happy for them..
bahagia rasa. pelengkap keluarga.



           Entah dari mana aku berjangkit selesema, jadi aku perlu stay away 3meter from baby Aydin (sedih!). Dengan batuk teruk lagi. I'm very particular about my food and drinks all this while. Aku suka minum air suam je memanjang. Tapi Tuhan dah bagi sakit.. mungkin aku perlu rehat. And I suffer the bad health for 3 days tanpa MC. Sebab aku ada meeting on the following week. Meeting dengan client and engineer. Nak tak nak terpaksa la tahan. Balik kerja je, makan nasi, makan ubat, pastu tido awal. Tu je la kerja aku demi untuk menyihatkan badan.
           Dan baby Aydin pun kuning. Terpaksa ditahan di wad Pusat Perubatan Naluri untuk 3 hari. Kesian. Sekarang dah ok. Baby Aydin sihat dah.



May ALLAH bless all of us.

Wednesday, January 18, 2012

Please Be Good


I DON'T KNOW if I was wrong to feel this way. As far as I know, the accident was too tragic. A friend of mine was met with an accident at KM 23, Rawang on her way back to Penang. It was a long journey since three of them was actually going home for semester break. From Skudai, Johor you were driving down to KL, meet Rawang, and there it is.

She was only drove a Kancil for the speed you-should-know. According to the police, there are just two cars on the empty highway. From out of nowhere this one sports car trying to make fun of the Kancil. I can bet she was terrified. Somehow the Kancil was hitted, collides and the car overturned on the driver's side. Her friend sat at the back was died. The co-pilot and her as the driver was terribly injured.

ITS NOT FAIR when the sports car ran away from being responsible or at least, help the Kancil. As if you are big and sporty enough, you can bully any car on the road huh? Police now still investigate the case and try to trace the car from highway's cctv.

Sad knowing this. Its sad when you are the victim of others fault. Teruk gila. Kau dah cucuk pastu bila eksiden kau lari camtu je? Senang hidup!

Sorry for my friend. She never know this thing will turn up. I am not close with her actually but I do feel she could be very traumatized for the rest of her life.

Dear tailgaters, you are not safe this time around..

ALLAH's watching you.


May ALLAH bless.