my counter

ikut? silakan ^^v

Thursday, March 3, 2011

cherita tentang tesis

ketika saya post entry ini saya berada di McD tampoi. ya, saya masih berada di JB. baru minggu lepas saya pulang ke rumah, bercuti selama 4 hari sejurus selepas thesis 3rd crit (architectural presentation critique session).

saja mengulas apa yang saya present pada 3rd crit yang lalu.
buat pertama kalinya, saya berpuas hati dengan komen panel-panel. untuk 3rd crit ini kami dikehendaki menjemput panel luar dan Ar. Veronica dari Taylors College menjadi panel luar kami. walaupun ketua panel, Prof Tajuddin tiada ketika itu, saya masih mendapat komen yang membina daripada panel lain seperti En. Halim, Dr. Tareef dan Ar. Veronica sendiri.

saya telah banyak menangis.
membuat design sambil berair mata.
tahun kelima ini saya rasakan amat susah dan kerapkali saya mengadu kepada keluarga dan teman-teman.
tesis bukan perkara main-main.
dan saya amat risaukan prestasi dan performance saya.
Prof Tajuddin meletakkan harapan yang sangat tinggi. saya terlalu stress kerana kerapkali tidak memenuhi kehendaknya.
itu yang paling susah dan menyebabkan saya tidak puas hati dengan diri saya.

ditambah dengan tekanan daripada En. Halim, "saya sebenarnya tak suka awak buat masterplan," membuatkan saya lebih stress sehingga berasa menyesal kerana memilih tajuk ini sebagai tesis.
hampir sahaja saya mengalah, emak menyedarkan saya, "ingat muka mak, ingat muka abah. kita bukan orang senang." kata-kata itu adalah semangat untuk saya teruskan perjuangan dalam saat-saat terakhir saya di universiti.
alhamdulillah....... 3rd crit menjawab segala persoalan 'penyesalan' saya dan akhirnya saya kembali konfiden apabila berjaya meyakinkan panel dengan apa yg saya ingin lakukan untuk tesis saya.

basically this is what i have presented on the previous 3rd crit:


untuk pengetahuan, layout masterplan ini adalah hasil keempat setelah banyak pengubahsuaian dilakukan dari segi color coding, susunan, dan graphic rendering. untuk mencapai masterplan yg sebegini saya mengambil masa yg sangat lama. alhamdulillah, saya telah melepasi tahap kesukaran itu.



board kedua memerlukan saya tunjukkan design masterplan dalam pandangan isometrik. ia adalah sebagai image character yang saya ingin tampilkan sebagai konsep masterplan. terdapat lebih 500 unit rumah kedai yang perlu saya susun. seperti biasa, untuk 3D modelling, saya gunakan sketchUp. pokok-pokok saya tambah dalam Adobe Photoshop bagi mengelakkan file SketchUp menjadi lebih berat. hrmmm.. tak cukup dengan itu, saya juga perlu membuat perbandingan data antara existing layout dengan proposal layout. pening kepala jugalah nak kira.........


3rd board pulak saya masukkan perspectives action plan. board saya ni pun nampak kosong, so saya masukkan exploration atau exploitation shophouse daripada existing kepada proposal layout.

tiga2 board ni la yg saya tunjukkan utk personal crit dengan Prof. Taj. beliau agak berpuas hati dengan kerja2 saya. untuk 4th crit yg akan datang (12 mac), saya sudah mula sediakan boards yang proper utk final presentation, dan strategi saya utk tesis telah diubah sedikit. shophouse saya akan menjadi tipikal memandangkan en halim berpendapat bahawa saya perlu sedikit fokus. kalau tidak terlalu banyak yg saya ingin capai dalam tesis saya.

saya cuma mengharapkan..... saya lebih bersemangat untuk teruskan dan enjoy dengan tesis saya.