my counter

ikut? silakan ^^v

Saturday, May 28, 2011

mari bersosial!

Setelah hampir 2 minggu terperap kat umah (kononnya), aku menyambut jemputan majlis perkahwinan anak En. Azmi dengan gembira. Sebabnya 1 je... kalau pegi wedding tu maknanya dapatla jumpa balik geng aku kat aRahDESIGN dulu >>> siti ngan emy! Sayangnya emy tak dapat join kali ni sebab pegi wedding kat terengganu.

Maka dengan itu aku pun ikut Siti. Siti amek aku kat umah. Arini aku x main lilit2, pakai bawal biasa. Baju pun baju recycle. Baju matrik dulu (haaaaaaaaa matrik! baju 5 tahun lepas!) So banyak ceritalah. Cerita kat ArAH, cerita bos aku En. Amzar pakai kereta barulah, macam-macam. Kami keluar pukul 11 lebih, pukul 12 lebih Pn. Aziah call ajak konvoi. Maka Siti pun parkinglah kat depan Raintree club, Ampang. Kami berdua naik kereta baru En. Amzar, kereta Hyundai Tuckson. wahhhh..

"Hai... anis! Apa kabar?" Aku salam Pn. Aziah. En. Amzar hanya sebut namaku.
"Hehe. sihat."
"Bila habis?"
"Baru je ni.. dah 2 minggu kat umah." Sungguh aku malu ter-jumpa dorang dalam keadaan camni. X ready kot!!!!!
"Tak apply keje ke?"
"aaa... tak lagi."
"Taknak masuk ArAH?"
"Boleh lagi ke?"
"Boleh........" Dua-dua jawab serentak. Uiii terharu aku. Dorang masih welcome aku lagi rupanya.
"Camne tu? email? Nak tunjuk portfolio?" soalku lagi.
"No.. u just come on Monday ke.. we discuss about it. Any keje yang u boleh buat.. then after u habis, we'll talk about other things la.." jawab En. Amzar. Aku suka dengan cara dia. Rilek je.
"So what's your thesis?"
"Thesis? Em.. converting shop office into shophouse." jawabku.
"I told you... you will never score in housing development." Dia memberi amaran. GULP!! Alamak! Dia pernah cakap ke ek? Macam tak pernah. Entah? Eh kau ni anis!
"You will score in museum design, gallery...." Sambil cekap mengawal stering kereta. Aku cuma mengangguk-angguk.
Aii... rindu pulak dengar term-term archi ni. Dan dikelilingi dengan warga archi.


Mendengarkan itu, buat aku rasa lega. Nasib baik tak mintak mana2. Cuma aku x ready untuk bekerja lagi sekarang ni. En. Amzar tau aku nak balik JB, so dia bagi pilihan untuk kerja sementara sebelum aku betul-betul grad.

Sepanjang perjalanan ke Hulu Langat banyak bercerita tentang ArAH dan situasi fresh grad sekarang. Aku dan Siti pun menjawab bila ditanya. Aku bukan banyak cakap pun. Segan kot. Depan bos kan. Tapi Pn. Aziah la yang macam biasa banyak cakap. Ada je cerita.

Sampai je kat dewan wedding anak En. Azmi, kitorang kua. Aku dan Siti tunggu kak Fatin. kak Fatin tu arkitek kat ArAH. Lepas aku abis praktikal tahun lepas, dia masuk pulak. So ni kira first time la jumpa dia. Ok je orangnya. Bole buat gurau jugaklah. =)

Masa jumpa En. Azmi, dia macam ingat-ingat lupa aku. Bila aku perkenalkan diri, dia gelak. Hehe. En. Azmi ni draughtman yang sangat berpengalaman tau! Orang kepercayaan En. Amzar dan En. Hanaz.

Sedap gak lauk-lauk kenduri. Boleh tak kenduri ade lauk masak lomak ayam cili padi? Osahla... tapi tak bape nak cili padi sangatla. hehe. Aku pun bukan main..... konon selesema sakit tekak, berteguk-teguk aku minum air sirap sejuk. Bukan main kau yeee anis! Masa makan-makan tu En. Amzar sempat gak korek pasal office kat kak Fatin. Dia tanya pasal site discussion. Aku pasang telinga jelah dengar. Hoho.

Disebabkan pengantin lambat datang dan hari pun gelap, maka kami pun gerak pulang. Sempat Pn. Aziah n En. Amzar pesan, "Korang ni kalau kawin, datang cepat sikit. Ni lambat, orang dah habis makan." Haha... yang kawin tu tentulah bukan aku. Siti terrr-sipu-sipu malu. Hailah. Orang yang dah kojo yolah buleh kawen kan. Boleh tak statement tu? Ahaks.

Otw balik ni x banyak sangat cakap. Hujan melimpah turun. Sume orang ngantuk kot sebab kenyang sangat. Bila sampai kat Raintree Club, Siti dah mula kuarkan kunci kereta, En. Amzar pulak masuk parking. Haikkk???

"Kita masuk dulu lah. Pergi washroom ke. Minum-minum dulu." Waaaa.... aku pandang Siti, Siti pandang aku. Kenyanggg kot!

Ni kali kedua aku masuk Clubhouse. Dulu first time Abg G bawak. Masuk-masuk je jumpa bowling area. Macam sunyi je. Takde orang. Ohhh lupa. Private kan!

Aku ngan Siti gi washroom, Pn. Aziah tunggu kat kafe.

Lepas kitorang kuar, kitorang pun terus ke kafe. Nampak tak nampakla aku dengan Pn. Aziah tu sebab kerusi kafe pun tenggelam! (kerusi lembut) Nasib baik dia lambai tangan. Tempat kami tu dekat dengan swimming pool. Saat aku duduk... fuuuu... gile cool tempat ni. Agak jakun la aku sebenarnya. Tapi control2 je. Hehs.

Di meja empat segi kecil tu, Pn. Aziah di sebelah kiri aku, Siti kat sebelah kanan aku, En. Amzar depan aku. Posisi aku ngan En. Amzar pulak boleh tengok tv kat depan. Siti je yang membelakangi tv. Sebelah tempat kami ade meja lain pulak. Ade la dua orang kat situ. Aku tengok perempuan tu sedap je makan. Mesti makanan kat sini sedap-sedap!

"Orderlah. Nak roti ke, ape ke.." Pn. Aziah suruh kami order. Fuhh! Aku dengan Siti dah sama menjeling. Sengih.

"Kenyanglah puan..."

"Ohh kenyang? Pilih la dessert." Pulak. Aduh. Pn. Aziah beria tunjuk bahagian dessert di menu yang aku pegang. So aku amek la ice lemon tea (amboiiii nisss bukan main kau yeee!) Siti pulak amek aiskrim.

"Aikk.. aiskrim pun nak share??" tegur En. Amzar. Haha... kitorang gelak je.

"Bagi sudu dua ye, untuk aiskrim." Pn. Aziah pesan. Waa baik gile! Terima kasih puan!

Aku pun tengok2la tv tu. Pertandingan badminton. Masa aku tengok tv tergantung tu mamat kat depan aku toleh belakang. Maka aku tertengok muka dia. Emmm.. macam kenal la.

"Eh Lin.... makan tu je??" En. Amzar tegur mamat ngan perempuan tadi. Lin? Bila dia toleh lagi, laaaa... Adlin Aman Ramli!

"Puan.. tu Adlin Aman Ramli kan?"

"Haah.. dorang member jugaklah tu.." Dengan rileknye Pn. Aziah menjawab. Pehh... rilek je dorang ni. Ohhh lupa. Ni kan private club. Haruslah member!! Hailahh aku ni pun.....!

Dan rupanya di sebelahnya Emilia Rosnaida. Ohh sangat santai. Emilia toleh gak pastu senyum kat aku. Cantik! Aku senyum balik la. Nampak ramah. Mungkin sebab dorang memang kenal En. Amzar dan isteri.

"Bila dorang nak datang Lin? Kau contact budak2 ni.." Dari nada aku dengar En. Amzar cakap dengan Adlin tu memang macam ngam gile.

Bila makanan kitorang dah sampai, separuh makan dahpun, En. Amzar tegur dorang lagi. "Eh Lin.. kau order apa?"

"Nasi putih.."
"Baik ko tanye dorang. Entah-entah buat nasi goreng. Bukan betul tu."
Emilia cepat-cepat lambai. Waiter pun datang, barula nak amek order. Tapi aku tengok dorang dua pun tak marah.

"Lambatnya Lin. betul ke nasi putih?" En. Amzar tegur lagi.
"Beli beras kot?"
"Hahaha...." Dua-dua gelak. Hoho. Memang makanan Adlin sampai lambat la. Tapi dia cool je.

Habis makan je, Pn. Aziah mintak tolong Siti hantar balik. Alang-alang tuh Siti hantar terus ke rumah. Maka dapatla aku tengok rumah Pn. Aziah dan En. Amzar buat pertama kali. Besar gak. Kat area Taman Melawati, area umah pak jang aku.

Siti hantar aku dalam pukul 4.30 petang. Disebabkan kami sama-sama belum Zuhur, maka aku ajak dia singgah solat di rumah aku dulu.

Aku rindukan ArAH rupanya....

Friday, May 27, 2011

Noktah.

Salam.

Kemaskini blog dengan entri terbaru selepas beberapa bulan bukan semudah yang disangkakan. Lagi-lagi plak dengan stail aku yang suka sangat bebel banyak. Memang sangat banyak cerita..... dari happy moment hingga ke sedih. Banyak event..... dari event akademik hingga ke family event.

Ni la ala-ala summary yang boleh aku kongsikan:
Event akademik
  1. Pre-final thesis assessment (P-FTA). Lepas melalui saat-saat genting dari Thesis Crit 1 - Crit 4, kami harus menghadapi PFTA. Sepatutnya masa pre ni lebih ramai panel dijemput. Untuk group aku, sebanyak 5 panel ditetapkan: 3 org panel wajib, seorang panel profesional, seorang panel pensyarah group lain. Nak dijadikan cerita, di saat hostel blackout, dan kami terpaksa menumpang rumah orang untuk buat kerja, elok je esoknya pre-final, boleh tak aku pitam? padahal dah print (aku berhabis rm40+ untuk drawing printing), malah dah siap2pun untuk ke studio dan present. sekali pitam.......... aku dapat MC dan yang bestnya pre-final aku TERGANTUNG. orang lain ade marks aku je xde marks.
  2. Final thesis assessment (FTA). Setelah banyak kali aku soal En. Aza bila nak buat pre, akhirnya dia dan lecturer bersepakat untuk bawak marks aku pre-final dan final sekaligus (50%-50%). Maknanya aku dinilai 100%. Masa ni aku sangat salute sebab family aku sanggup datang JB untuk bagi semangat. Ikutkan setiap hari aku call mak, call abah, mengadu kesusahan yang dihadapi. Sungguh aku berterima kasih pada mereka, dengan semangat itulah, aku berjaya siapkan thesis dan hantar tepat pada masanya, dan present dengan baik. Sebenarnya seorang lecturer failkan aku, tapi disebabkan 4 orang panel lagi bagi marks yang ok, maka result overall ok.
  3. CAAEM. CAAEM stands for Council of Architecture Accreditation Education Malaysia. CAAEM akan datang 5 tahun sekali untuk menilai semula program architecture 5 tahun di UTM. Oleh itu kami warga2 architecture bertungkus lumus menghasilkan yang terbaik kerana untuk melayakkan kami mendapat akreditasi tersebut, kami perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dari para pelajar, pensyarah, staf akademik dan sehinggalah ke kemudahan fakulti. Semua diambil kira.
  4. STRANO farewell. Ini event sedih. Strano berkumpul buat kali terakhir di KFC Jusco, Taman Universiti.
  5. Move out. Packing up. Abah datang dengan aliah je. Nasib baik jugak. Dalam sikit-sikit tu banyak sebenarnya barang aku. Hrmm... sedih nak meninggalkan bilik 210, G10 ni. Aku duduk sini 2 tahun berturut-turut. Sebelum ni dengan Aila, budak town planner, lepas dia grad aku roommate pulak dengan kak aida. Budak kos aku. Dan kak aida takkan duduk lagi bilik ni sebab dia pindah blok lain. Lepas serah kunci, hanya keychain yang jadi kenangan G10.
Family events...
  1. Family gath- JB. Belum lagi balik. Walaupun aku, abah, mia dengan aliah je yang ade, acik suruh kitorang tido JB semalam. Maka dengan itu kami keluar dinner sama-sama. Acik bawak makan steak kat Hutan Bandar. Family pak long pun join. Merasa gakla walaupun tak best sangat bila family aku x cukup korum. Haa... masa ni banyak gak racun suruh aku apply keje di JB.
  2. Family gath- KL Sesampainya di KL, x sempat panas duduk, abg kakak aku ajak makan di Flaming Steambot, Danau Kota. Sungguh penat sebenarnya. Layan jelah. Selalu aku tengok gambar dorang makan kat fb je, kali ni aku melantak bukan main. Ketam dan udang, steambot last. Balik tu aku kuarkan barang2 dari kete. Mak geleng kepala bila barang2 aku susun bertingkat kat bawah. Mak memang x suka ruang tamu semak.
  3. "Ye.. anis tau semak." Musim percutian bermula dengan sesi KEMAS BILIK. x cukup sehari, makan seminggu gak untuk selesai. Setiap hari ade je kemas. Tak aku, mia. Banyak tempat dikosongkan semata-mata untuk letak barang2 belajar aku. Buku-buku, baju. Sampaikan terpaksa pejam mata buang baju-baju sekolah, baju kurung... "Buat apa simpan. Bagi orang." kata abah. Aduhh... baru lagi tu... baju pengawas, baju pengakap... huuuu...... baju taekwondo aku simpan. *abah tak tau* syhhhh!
  4. Tak habis penat kemas, kak anim ajak jalan pulak. Kalau jalan dengan dia n abg G, memang merata. Pegi Harvey Norman kat Ikano beli HOME THEATRE, pegi IKEA beli barang, pastu g putrajaya hantar barang, pastu balik rumah di setapak.
  5. Gerak pegi Putrajaya sebab orang Harvey Norman nak datang pasang HOME theatre kat umah kaknim. Mak pulak datang nanti. So memandangkan cuti Wesak, haaaa... kami sekeluarga berkumpul di Putrajaya.... inila waktu yang sangat syok. Yes, I'm a FAMILY-TYPE person.
  6. saya jadik BIBIK. jaga budak dua orang tu (aliah dan amni) memang mak suruh aku. suap makan, buat susu, tidokan, hah... dorang makan saman bila aku jaga. kalau dengan atuk wan, memang mengada-ngada. tapi kejap je... sebab----
  7. kak dila balik dari arab!!!! dah lama kak dila tak balik. kakak ipar aku ni keje di riyadh dah 2 tahun. taun lepas raya je dia balik. kali ni, dia balik lama. taun depan start balik. so, aku tak perlu lagi jaga aliah dan amni. maka lagi rilek lah aku...

Yeap.. itulah event-event yang membuatkan aku sangat busy untuk mengupdate entri. Tapi, event-event tu semua sebelum aku tamat belajar. Lepas ni, dah xde event sangat. Aku akan rindukan uni life. Life dengan kawan-kawan. Kebersamaan yang ada buat aku sangat sukakan uni life. Bukan setakat belajar. Ia lebih daripada itu.

Alhamdulillah. Tahniah anis. Dalam kepayahan kau berjaya melalui 5 tahun pengajian. Kalau aku singkap balik masa-masa lalu, ya, aku banyak menangis dek kerana kesusahan dalam pelajaran. Aku tahu inilah berkat doa mak abah. Berkat doa semua, alhamdulillah, dalam kepayahan Tuhan melapangkan jalan untukku.

Aku rasa lega bila melihat mak abah gembira melihat tesisku dijilid. Sebuah ijazah untuk mereka..

Terima kasih mak, abah. Kalian adalah kekuatanku.

Kali ini betul-betul the end. Titik. Noktah.