my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon ampun maaf

2 syawal.

mood raya yang spoil semalam sudah terubat.
hari ini, kami pulang ke negeri sembilan dengan perancangan seperti tahun2 sudah. kebiasaan beraya. meninggalkan kuala lumpur yang lengang, negeri sembilan pula menyambut dengan kesesakan. raya kali ini bukan lagi memanjat bukit putus; malah sudah menggunakan highway Lekas. rindu pula nak pusing-pusing bukit putus seperti kebiasaan. itulah laluan biasa sebelum highway Lekas wujud.

tiba di kampung. singgah kampung arwah uwan; kampung sebelah mak. hanya 2-3 biji kereta yang ada. rupa-rupanya saudara yang lain - orang perak, orang kl sudah pulang ke destinasi masing2. tak dapat lagilah merasa kemeriahan berkumpul. kampung saya ni dah berbeza wajahnya. ada perabot baru dan tikar baru. yang amat saya rindukan, pemandangan kampung - rumah Minangkabau berusia lebih 50 tahun, halaman luasnya dan kawasan hijaunya, pokok2. cuma satu je yang bukan lagi menjadi kerinduan saya; sungai di belakang rumah. sungai itu sudah cetek, penuh sampah sarap dan entah apa-apa lagi bendasing. kalau tidak, ketika saya masih kanak-kanak, adalah rutin saya dan sepupu-sepupu berlari keliling rumah, berjalan dalam sungai dan bermain air. mendengar bunyi air sungai, unggas dan makhluk hutan bersahut-sahutan amat mendamaikan.

selesai beraya di kampung mak, kami ke kampung sebelah abah di galau. acik esah (adik abah) tiada di rumah. lalu kami beraya di rumah uwan alang. dalam perjalanan pulang acik esah sudah ada di rumahnya, kami pun singgah sekejap bertemunya. tahun ini saya bertemu dengan sepupu yang sudah bertahun tidak berjumpa. umi, kak ngah, along firman, alif. anak2 acik esah. saya tidak menyangka pertemuan ini merungkaikan sebuah kisah. bertemu umi dalam keadaan memegang barang-barang bayi, dengan dirinya yang cukup vogue bergaya. bayinya nasyriq sangat tembam dan sihat; kini berusia 6 bulan.

ada hikmah di sebalik semua ini. sungguhpun anak itu tidak dijangka, saya masih bersyukur kerana umi sayangkan bayinya dan mahu membelanya. umi mengharapkan aidilfitri kali ini akan merapatkan jurangnya dengan pakcik. insyaALLAH. ALLAH Maha Mengetahui. saya cuma mampu mendoakan kehidupan sepupu saya ini diberkati dan dirahmati-Nya. kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. kepada ALLAH jua disandarkan taubat.

dalam suka ada duka.
yang bahagia belum tentu lagi bahagia.
ya Tuhan. limpahkan rahmat-Mu buat saudaraku.

kami pulang setelah jalan ke kuala pilah masih sesak. tidak jadi ke rumah atuk acik.


motif gambar ni: ku menunggu kemaafanmu di hari raya..

Saturday, September 11, 2010

RaYa rAyA!


gambar ini diambil dari album Drama Sebabak [RaYa] di fb saya. sekadar iklan untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yg mengenali saya. Ramadhan sudah meninggalkan kita, kini Syawal pula berlabuh memberikan sinar dan harapan yang tidak berbelah bahagi. semoga bertemu lagi ya Ramadhan.

bercerita tentang Ramadhan. ini adalah Ramadhan terakhir saya di UTM insyaAllah; jika pengajian saya berjalan lancar dan tidak sangkut. selama 5 tahun menyambut Ramadhan jauh dari keluarga, saya menganggap ia adalah sebahagian daripada kehidupan belajar yang menggembirakan dan membahagiakan. walaupun sebenarnya saat-saat bersama keluarga itu sentiasa membahagiakan.

tahun ini, pertama kali seumur hidup, jujur saya katakan, raya kali ini tidak semeriah tahun-tahun sudah. kebiasaan Syawal pertama; pagi mandi sunat hari raya, kemudian solat sunat hari raya berjemaah di surau, pulang ke rumah, bermaafan bersama keluarga, pulang ke kampung di negeri sembilan dan beraya di rumah atuk saudara (atuk dan uwan saya sudah lama meninggal dunia), dan beraya di rumah2 saudara mak abah yang lain. tetapi tahun ini; sudahlah keluarga saya tak cukup korum (abang dan kakak ipar beraya di kuantan, kakak dan abg ipar pula beraya di selayang), kami yang tinggal ni hanya duduk di rumah menonton tv. menanti kakak dan abg ipar saya pulang dari selayang. tunggu punya tunggu, diorang balik malam. saya rasa kecewa tunggu bukan main lama. pula tu, mak saudara saya (andah) sms, "kat mana tu? bila nk sampai? tak nak main bunga api ke?" aduhh.. saya dapat rasakan meriahnya kampung kami saat ini. semua saudara berkumpul tapi kami tiada di situ.

saya terlepas cakap pada mak, "boringlah. macam bukan raya. kenapa kita duduk kat rumah ni.." saya betul2 jauh hati.
kemudian adik saya bawa turun gitar.
"haaa tengok mia pandai je main gitar. kau bosan2 tu mainlah." mak cuba berseloroh. saya diam. sedih.
"ni tunggu diorang tak balik-balik. kita duduk sini. diorang seronok jalan, kita tunggu macam apa." saya mula bising. tak puas hati.
"kau cakap camtu. nanti kau dah kawin, tahulah." saya serba salah dengan mak. mak terasa ke? iskkk saya ni pun satu!
"mak ngan abah ni, nanti bila kau orang semua kahwin, tinggallah berdua. anak2 pergi beraya rumah mertua. sekarang ni kau dengan miah ada, seronoklah jugak ada depan mata." aduhh... saya betul2 menyesal bising pada mak. baru je bermaafan dengan mak, saya dah melukakan hatinya. itulah padahnya. ikutkan perasaan sangat. nak mak je faham saya, sedangkan saya tak tahu apa yang bergalau di hati mak.

kata-kata mak buat saya terfikir. lama. bila saya dah kahwin, apa yang tinggal pada mak dan abah. menanti menyambut kepulangan kami di aidilfitri. apabila masa itu tiba kelak, saya tidak boleh mengelak. apa yang kakak saya buat akan saya lakukan juga nanti.

sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

nikmati dan hargai masa yang ada.
berbahagialah dengan apa yang ada.