my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon ampun maaf

2 syawal.

mood raya yang spoil semalam sudah terubat.
hari ini, kami pulang ke negeri sembilan dengan perancangan seperti tahun2 sudah. kebiasaan beraya. meninggalkan kuala lumpur yang lengang, negeri sembilan pula menyambut dengan kesesakan. raya kali ini bukan lagi memanjat bukit putus; malah sudah menggunakan highway Lekas. rindu pula nak pusing-pusing bukit putus seperti kebiasaan. itulah laluan biasa sebelum highway Lekas wujud.

tiba di kampung. singgah kampung arwah uwan; kampung sebelah mak. hanya 2-3 biji kereta yang ada. rupa-rupanya saudara yang lain - orang perak, orang kl sudah pulang ke destinasi masing2. tak dapat lagilah merasa kemeriahan berkumpul. kampung saya ni dah berbeza wajahnya. ada perabot baru dan tikar baru. yang amat saya rindukan, pemandangan kampung - rumah Minangkabau berusia lebih 50 tahun, halaman luasnya dan kawasan hijaunya, pokok2. cuma satu je yang bukan lagi menjadi kerinduan saya; sungai di belakang rumah. sungai itu sudah cetek, penuh sampah sarap dan entah apa-apa lagi bendasing. kalau tidak, ketika saya masih kanak-kanak, adalah rutin saya dan sepupu-sepupu berlari keliling rumah, berjalan dalam sungai dan bermain air. mendengar bunyi air sungai, unggas dan makhluk hutan bersahut-sahutan amat mendamaikan.

selesai beraya di kampung mak, kami ke kampung sebelah abah di galau. acik esah (adik abah) tiada di rumah. lalu kami beraya di rumah uwan alang. dalam perjalanan pulang acik esah sudah ada di rumahnya, kami pun singgah sekejap bertemunya. tahun ini saya bertemu dengan sepupu yang sudah bertahun tidak berjumpa. umi, kak ngah, along firman, alif. anak2 acik esah. saya tidak menyangka pertemuan ini merungkaikan sebuah kisah. bertemu umi dalam keadaan memegang barang-barang bayi, dengan dirinya yang cukup vogue bergaya. bayinya nasyriq sangat tembam dan sihat; kini berusia 6 bulan.

ada hikmah di sebalik semua ini. sungguhpun anak itu tidak dijangka, saya masih bersyukur kerana umi sayangkan bayinya dan mahu membelanya. umi mengharapkan aidilfitri kali ini akan merapatkan jurangnya dengan pakcik. insyaALLAH. ALLAH Maha Mengetahui. saya cuma mampu mendoakan kehidupan sepupu saya ini diberkati dan dirahmati-Nya. kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. kepada ALLAH jua disandarkan taubat.

dalam suka ada duka.
yang bahagia belum tentu lagi bahagia.
ya Tuhan. limpahkan rahmat-Mu buat saudaraku.

kami pulang setelah jalan ke kuala pilah masih sesak. tidak jadi ke rumah atuk acik.


motif gambar ni: ku menunggu kemaafanmu di hari raya..

No comments: