my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, June 3, 2012

Teknologi dan Kehidupan


Kereta diparkir dan kami semua bersiap sedia untuk keluar. Suasana persekitaran stesyen LRT Sri Rampai seperti biasanya lengang. Sejak tempat itu dibuka, jarang sekali aku nampak orang ramai. Adapun seorang dua yang keluar masuk.

"Makteh!" Aliah menggamit dan cepat saja tangan kecilnya bersatu dalam genggamanku. Kejap pegangannya. Kadangkala aku kasihan dengan anak ini. Ibunya jauh di Tanah Arab. Abahnya (abangku) pulak agak sibuk bekerja, lalu dia dan adiknya Amni sering menghabiskan masa di rumah kami.

"Kakak nak kahwin dengan maktehlah." Selamba dia menuturkan.
"Hahh??"
"Kakak nak kahwin dengan maktehlah!" Dia menguatkan suaranya dan ucap satu persatu.
"Hahh??" Sengaja aku bergurau. Aku masih mengekalkan wajah yang tidak faham dengan ayatnya. Aliah semakin geram nampaknya.
"Makteh ni!! Tak dengar pulak..." Dia menarik muka. Amboii... muncung. Sejak ibunya kembali di KL dahulu, dah pandai dia main merajuk-merajuk ni.
"Boleh ke...?" Aku masih berada di topik yang sama.
Aliah yang menarik muka pada awalnya kembali senyum senang.
"Mana bolehlah, makteh. Mana boleh perempuan kahwin dengan perempuan." Dia meletakkan logik dan rasionalnya. Pada usia 6 tahun begitu, dia kelihatan sangat matang! Oh anak-anak sekarang...... cerdik sungguh!
"Kenapa pulak?" Aku uji lagi.
"Perempuan.... kena kahwin dengan lelaki." Kenyataan yang tiada siapa pun boleh pertikaikan. Lumrah alam. Setiap ciptaan-Nya punya pasangan yang telah ditentukan. Aku senang mendengarkan. Anak-anak pada usia sebegini, tak boleh ditipu sesuka hati. Sebagai orang dewasa, kita harus memberitahu perkara yang nyata kerana mereka sudah pandai berfikir dan akan menerimanya sebagai fakta.

Mengimbas usiaku 6 tahun dahulu, aku tak rasa aku seperti mereka. Aku tak banyak mendengar orang-orang tua berbual. Aku hanya melayan fitrahku pada usia begitu, bermain dan bermain. Adapun pasal kahwin ni.... main kahwin-kahwin je kot?

Teringat main pondok-pondok. Batu seremban. Tutup botol. Tarik upih tidak pernah. Anak-anak sekarang? Ipad.. laptop... xbox.... betapa bijaknya mereka meng'hadam' semua itu dengan begitu cepat sekali. Refleks membayangkan bagaimana budaya hidup bakal anakku nanti.


Semakin melalui arus permodenan, semakin harus berhati-hati. Jangan berlebih, jangan sampai menjadi hamba kepada teknologi. Kualiti hidup diabaikan.






Pada aku, teknologi, teknologi jugak. Kadang kelakar tengok pe'el orang sekarang yang hidup bergaya dengan gadget. Slide sana sini, tak kira tempat. Dalam satu meja, masing-masing ada Ipad, Tab dan smartphone sendiri, lebih seronok melayan gadget tanpa perlu bercakap sepatahpun dengan orang keliling; paling tidakpun mereka adalah satu keluarga.

Sungguh suasana itu sedih.

No comments: