my counter

ikut? silakan ^^v

Monday, June 18, 2012

Kehilangan..


*Cerita Dua Minggu Lepas dari tarikh 16 Jun, 2012*


"CEPAT....cepatt... say cheeeeeesee!" Semua orang mengambil posisi dan buat gaya masing-masing.
           1...2....3......click!
           "Ok.. gambar lompat satuuuuu!" Dah kedengaran mak-mak dan bapak-bapak bising kenapa nak lompat-lompat. Dalam huru-hara dan gelak tawa anak buah, masing-masing terus memberikan pose terbaik.
           1.....2.....3........click!

Gambar Dalam Kenangan
Usai Majlis Pertunangan Sepupu, abang Alam di Johor, 26 Mei 2012


***

"MACAM mana dah isi borang?" Paklong duduk memandang kami adik beradik mengisi borang putih untuk masuk ke Singapura.
           "Nah, contoh. Isi macam dalam borang ni." Abang Boy guide kami untuk isi borang putih. Perancangan kami ke Singapura juga telah dirancang awal. Abang Boy dan Kak Iza awal-awal lagi memang bersiap sedia bawak kami jalan-jalan ke Singapura. Memang teruja sangat walaupun dah banyak kali aku masuk Singapura. Kali ni night view.. rasa keterujaan tu lain macam. Paklong ketawa tengok kami yang seronok sangat.
           "Kak iza, Abang Boy... lain kali kita datang dua family! Masuk USS! Bawak paklong n maklong, kitorang bawak paklang n maklang. Mesti best gila!" Kami dah berpakat nak jalan lagi next time. Kak Iza dan Abang Boy mengiakan, dorang pun memang dah lama nak bawak paklong dengan maklong tapi tak berkesempatan lagi.

Menonton 'Laser Show' di sepanjang Marina Bay, Singapura

Dalam lif Esplanade, Singapura

This is called excitement!! Esplanade, Singapore

Terima kasih daun keladi kerana membawa kami merasai Sup Tulang Merah yang sumpah sedap!!
*Kedai Deen Tiga Rasa, Beach Road Garden, Singapore*

***

Cerita Bulan-Bulan Sebelum 16 Jun 2012


"Ehh...makan lagi. Nah, buah jambu air. Ambil kat belakang tadi." Paklong meletakkan sepinggan buah jambu air di atas meja, berserta kuah rojak. Nyums! Paklong memang pandai menarik perhatian kami.
            Paklong memang suka je mempelawa dan menghidangkan kami hidangan yang sedap-sedap. Biarpun dirinya tidak berapa sihat, dia masih meraikan kedatangan kami ke Johor Bahru.


***

Jumaat, 15 Jun 2012

           Aku mendapat berita tidak baik daripada keluargaku selepas pulang dari kerja. Paklong sakit. Masuk Hospital Sultanah Aminah. Teringat dua minggu lepas ketika kami semua berkumpul di Johor Bharu untuk menghadiri Majlis Pertunangan Abang Alam. Aku teringat short trip yang diketuai Abang Boy dan Kak Iza ke Singapura, teringat paklong menyaksikan aku, kakak, Mia dan abang G mengisi borang putih di hadapannya. Aku teringat paklong duduk, aku teringat paklong meletak dulang air. Aku teringat semuanya tentang paklong.
           Sekarang paklong sakit.....
           Aku dan keluargaku mengambil keputusan untuk bertolak ke Johor malam itu juga. Biar jauh, biar sampai tepat pada masanya, biar sempat melawat paklong yang keadaannya 50-50.
           Aku menemui Kak Iza yang matanya lebam. "Abah tak sihat. Abah masuk ICU. Abah dah demam dua hari. Abah tak makan. Abah tak kenal kitorang! Abah agresif sangat. Abah tak pernah macam tu. Abah tak kenal kitorang.... Abah macam merajuk..."
           Kak Iza menceritakan keadaan paklong yang demam bermula hari Rabu, 13 Jun 2012. Kak Iza memandikannya seperti biasa. Hari Khamis, paklong mula mengadu sakit kepala. Kak Iza mengurut. Hari Jumaat, paklong dah tak kenal orang. Matanya bulat memandang setiap yang ada di sekitarnya, memandang maklong, Kak Iza, hatta cucunya yang baru 2 bulan lahir, Adelia, hanya memandang kosong!
           Paklong mula membuang air besar, mula tidak boleh berjalan, langsung menghubungi ambulans bawa paklong ke Hospital Sultanah Aminah.
           Di situ paklong mula meracau-racau, tak boleh cakap, sangat agresif. Hari Jumaat malamnya paklong dipindah masuk ke ICU. Aku sempat melihat keadaannya yang berselirat wayar. Lebam sana-sini akibat rawatan Dialisis. Paklong kurus..... wajah paklong cengkung, macam wajah arwah Uwan sebelum meninggal.. Aku sangat sedih melihatnya. Hanya doa dapat kuiringkan supaya Allah menyelamatkannya dan benar, janji Allah itu pasti. Tepat jam 10.10 pagi hari Sabtu, 16 Jun 2012, Allah menjemputnya pulang. Paklong telah tiada. Alasannya adalah jangkitan kuman di otak. Buah pinggang tidak lagi berfungsi.

            Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita dikembalikan.

            Semalam kita boleh bergelak tawa bersama. Kita boleh bergurau. Kita boleh berbual. Kita boleh bergaduh. Hari ini kelibatnya hilang, takkan lagi kita temui sampai bila-bila.
            Aku kehilangan 3 orang ahli keluarga awal tahun 2012 sehingga bulan Jun 2012. Arwah Cik Man (adik ipar mak; suami mak itam) - Januari 2012, arwah Along (sepupuku, keluarga belah abah, sebaya adikku Mia) - Mac 2012, dan arwah pak long (abang mak) - Jun 2012. Ketiga-tiga insan ini begitu dekat denganku. Arwah Cik Man menghidap kanser darah putih. Arwah selalu datang rumah dengan Mak Itam di hari-hari terakhirnya. Satu gurauan yang aku amat rindui adalah, "Mana kek tiramisu? Nak rasa ni!" Kebetulan masa arwah datang, aku sedang memukul bahan-bahan tiramisu dalam mixer. Tiramisu bukan boleh dimakan terus, perlu disejukkan dulu sekurang-kurangnya 6-8 jam. Baru rasanya mesra dan sekata.
              "Ala Cik Man, besok datang ehh. Boleh makan." Aku menjawab guraunya. Boleh aje aku bagi separuh dan suruh Mak Itam sejukkan sendiri. Entah kenapa tak terlintas idea di fikiran saat itu.
              Dan beberapa hari kemudian Cik Man masuk hospital Ampang, dan meninggal dunia selepas itu.


Arwah Along, terlibat dengan kemalangan jalan raya di depan Carefour Wangsa Maju. Motornya bergesel dengan kereta, terjatuh dan mengalami pendarahan teruk dalam badan. Beberapa minggu sebelum tu arwah datang ke rumahku dengan wajah yang begitu bersih, segak dan sempat bergurau-gurau denganku.
               "Eh Long. Lama tak jumpa." tegurku sambil menghulur tangan untuk bersalam. Along sengih. Handsome jugak sepupuku ni. Bukan takde rupa, ada. Along merupakan sepupu yang suka memberontak, berkawan dengan mat-mat rempit, bermasalah dengan pelajaran. Kali terakhir itu arwah datang dengan wajah dan peribadi yang sungguh bersih.
                "Ha'ah, dah lama tak jumpa kak Nis jugak." Sopannya masih ada. Sempat aku berbual-bual tentang pengajiannya di kolej, kursus yang diambil. Masa itu juga kakakku baru saja melahirkan anak keduanya, Aydin Syamil. Arwah Along lekas mencium baby Aydin yang baru beberapa hari.
                "Ehh. Muka Aydin macam Paklong lah. Handsome!" kata kakakku sambil meletakkan gelaran Paklong untuk Along. Aku pun mengiakan.
                "Hehe... yeke? Mana ada lah Aydin macam Paklong....." Arwah tergelak. Kacak sungguh beliau ketika itu. Memang Aydin ada irasnya.

                Dan tak sangka, beliau pergi dua hari sebelum hari lahirnya. Aku melihat sepupuku itu membesar dengan adikku. Arwah baik. Arwah pandai. Aku seperti tidak percaya dia terbaring kaku di hadapanku. Wajahnya yang bersih. Macam senyum dalam tidur. Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh........


"Nis, kau ingat tak masa kecik dulu.... paklong suka kendong kau kat belakang dia." kata abah.
                Abah selalu je menceritakan kenangan itu kepadaku berkali-kali. Tentang paklong yang berkenan sangat denganku.
                "Yeke? Anis tak ingat..." Dan itulah selalunya yang aku jawab. Memang tak ingat.
                "Masa kau umur setahun lebih. Paklong suka sangat kendong kau kat belakang dia." Abah ulang lagi.
                "Apa tak ingat... asyik kutip nasi je..." Abang Amir menambah dan mengutukku. Hrmm.. semua itu hanya tinggal kenangan. Yang pergi tetap pergi.


***

"ABANG Boy...." Aku mendekatkan diri kepada abang Boy yang leka memegang iPad. Majlis tahlil baru saja selesai. Kami sekeluarga berkumpul di rumah arwah.
                  "Wahh... ipad!" Aku sengaja berlakon teruja. Aku ingin menarik senyum Abang Boy. Tapi Abang Boy masih berlaku kaku.
                   "Bila Abang Boy beli ipad ni?" Aku ingin mengajaknya berbual. Ingin menemaninya di saat kesedihan begini.
                    "Ari Rabu lepas."
                    "Baru ni?"
                    "Ha'ah, beli kat KL. Kebetulan ada conference. Pastu singgah Sunway beli iPad ni. Untuk abah tapi tak sempat....." Ayat terakhirnya buat aku mati kata.
                    Untuk paklong... untuk arwah paklong...
                    Dan aku pasti iPad itu sebagai hadiah sempena Hari Bapa.

                    Airmata menitis. Kehilangan adalah sesuatu yang menyakitkan.




                    AL-FATIHAH..

No comments: