my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Datang Lagi.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..


Ramadhan datang lagi. Tiada yang lebih indah selain menyambutnya dengan keluarga tersayang. Lebih dari itu menyambutnya dengan perasaan gembira, kerana masih dipanjangkan umur dengan izin-Nya jua. Sesungguhnya diri ini sudah jauh terleka dengan mainan dunia, mainan perasan dan entah apa-apa lagi. Sehingga boleh dikira berapa amal yang dilakukan, walaupun setiap hari menunaikan solat fardhu yang belum tentu sempurna atau tidak, belum dicampur lagi dengan hubungan antara orang sekeliling. Wallahua'alam..


Sesungguhnya aku ingin menjadi lebih baik lagi dari waktu-waktu lalu. Ramadhan adalah masa terbaik untuk aku bertaubat di atas segala apa yang pernah ditinggalkan. Bukanlah kerana Ramadhan, baru hendak berubah. Tidak. Tetapi aku ingin mengambil kesempatan di bulan mulia ini, menambah baik diri supaya menjadi lebih solehah. Semoga Allah menerima taubatku..


Sudah hari ketiga Ramadhan, tanpa kita sedar. Sudah tiga hari berpuasa. Apakah setiap hari kita gunakan waktu dengan bermanfaat?


Sekadar berkongsi dari apa yang kubaca dari blog langitilahi.com :-



Semoga ibadah kita diterima-Nya insyaAllah.

No comments: