my counter

ikut? silakan ^^v

Friday, July 27, 2012

Diari Ramadhan (i) : Merapat Kembali Ukhuwah


JAUH di sudut hati aku begitu teruja dengan Ramadhan kali ini. Seakan ada sesuatu yang menolak aku untuk menjadi lebih baik. Aku rasa tahun lepas tak macam ni. Kenapa ya? Tahun 2011 adalah tahun pertama aku pulang selama-lamanya ke pangkuan keluarga setelah duduk di selatan selama 5 tahun. Tapi keterujaan itu lebih sedikit tahun ini.
          Bertarawih merupakan aktiviti 'wajib' bagiku sebab hanya itu saja yang membezakan bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain. Bila lagi aku solat berjemaah, solat fardhu pun biasanya solat seorang. Melainkan kalau ikut mak dan abah ke surau setiap Khamis, mungkin dalam seminggu ada sekali solat berjemaah. Allah...
          Setiapkali menyusuri jalan kecil ke surau, melewati rumah-rumah jiran, nostalgia lalu menerpa. Tengok tempat ini, oh, main dengan Syamim. Tengok tempat itu, oh, itu rumah kak Ain, dulu selalu datang rumah, balik sekolah agama sama-sama. Soalan yang sama menerpa di minda, "Mana dorang sekarang ya?" Lama gila kot tak jumpa. Banyak kenangan aku di Setapak Jaya ini adalah kenangan masa kecil. Aku pun bukan jenis melepak di luar. Mak suka tengok anak-anak duduk rumah. Ada depan mata, tak susah hati katanya. Maka aku pun terpisah dengan rakan-rakan jiran. Hanya kenangan yang tinggal kini.
          Di surau itu. Dari kecil, dari buruk, sampai jadi cantik dan besar sekarang. Masa surau itu kecil dan buruk, di situlah tempat aku berlari-lari tunggu mak merewang dengan kawan-kawannya. Ingat lagi kerusi kayu rendah. Ingat lagi posisi papan hitam, bilik air yang seram (sebab gelap), ingat lagi ruang solat yang alahai... kecik sangat. Di surau itu aku sekolah tadika agama. Syud cakap aku kuat nangis tiapkali kena tinggal dengan mak atau abah. Takut nak bersosial. Haha. Oh, maknanya aku kenal Syud sejak tadika lagi. Syuhada, anak cik Pah kawan mak. Dah kahwin pun baru-baru ni. Alhamdulillah aku masih keep in touch dengan kawan sekolah rendah dan menengah.
          Bolehkah aku katakan, Ramadhan kali ini bermakna kerana aku bertemu kembali dengan rakan-rakanku? Solat punya solat.. sekali tengok sebelah Miah. Jiran barisan rumah depan. Pusing belakang nampak Ayin dan kak Hidayah. Aku tak tahu kalau kak Hidayah masih kenal aku atau tidak. Mak cakap dulu aku selalu jalan kaki balik sekolah agama dengan kak Hidayah dan kak Zetty. Aku lebih rapat lagi dengan kak Zetty. Kakak cantik yang sampai sekarang tak pernah jumpa dah. Lembut orangnya. Budak yang mak jaga dulu, Amy, pun dah besar sekarang. Form 4. Tetiba aku rasa cepatnya masa berlalu! Dulu Amy ni kecik kurus sangat... mak jaga dia, adiknya lagi dua orang tu Wani dan Wawa, semua pun dah besar. Tembam. Hehe. Comel je.
          Malah aku semakin kenal kawan-kawan mak. Mak memang jarang bawak anak-anak ke surau, diorang pun tak kenal aku anak mak yang mana satu. Ramai juga yang aku kenal muka, sebab kebanyakannya memang penduduk asal sini. Its good to be home. Aku sayangkan kawasan perumahan kami. Cuma sekarang kawasan kami sudah diteroka dan menjadi jalan utama ke Semarak, Wangsa Maju dan sebagainya. Tempat yang selamat ini sudah jadi bahaya. Kalau dulu aku boleh berlari-lari dan main basikal laju-laju masuk lorong rumah ke satu lorong rumah yang lain, kali ni kalau main alamatnya memang kena langgar dengan kereta. Aku rindukan zaman 90an dulu. Taman Setapak Jaya yang aman tenteram.
       
           Setiap apa pun akan berubah. Zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang. Sama dengan iman. Setiap masa berubah. Kadangkala naik kadangkala turun. Semuanya bergantung atas kita untuk berterusan mempertingkatkan amalan.



Doa Agar Teguh Iman dan Tetap Taat kepada ALLAH (sumber)


ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا لَّا يَرْتَدُّ ۞ وَنَعِيْمًا لَّا يَنْفَدُ ۞وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْ أَعْلَى جَنَّةِ ٱلْخُلْدِ ۞ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ ۞ فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ۞


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang tidak akan lepas, nikmat yang tidak akan habis, dan menyertai Nabi Muhammad S.A.W di syurga yang paling tinggi selama-lamanya (HR Ibnu Hibban no.2436). Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kurniaan-Mu dan rahmat-Mu kerana tidak ada yang memilikinya kecuali Engkau (HR Ibnu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya’)


ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنَ ٱلْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ۞ ٱللَّـهُـمَّ إِنِّىْ أَسْأَلُكَ ٱلْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ ٱلنَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ۞ وَ أَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِىْ خَيْرًا۞


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu seluruh kebaikan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari seluruh kejahatan, baik yang sekarang maupun yang akan datang, yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan yang diminta oleh hamba-Mu dan nabi-Mu. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan nabi-Mu berlindung kepada-Mu darinya. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari neraka dan apa-apa yang dapat mendekatkan aku kepadanya, baik berupa ucapan maupun perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan seluruh ketetapan yang Engkau tetapkan bagiku merupakan suatu kebaikan (HR Ibnu Majah no.3846, dan Ibnu Hibban no.2413).

Wallahu'alam. 

No comments: