my counter

ikut? silakan ^^v

Friday, June 3, 2011

terang!

Lagi sehari je aku duduk kat rumah. Esok nak shopping, malamnya nak ke wedding kawan mak. Lusa aku akan bertolak ke JB. Baju sume dah packing, tinggal barang mandi, barang makeup (bukan full set pun), kamera (ha! jangan lupe nis!) pastu ape ek? (secara tak langsung aku me-list-kan barang2 yg masih belum masuk beg).

Okay.
Aku ke JB sebab dah terikat dengan Architech UTM untuk jadi fasi program Terang! Architectural Workshop yang akan berlangsung pada 12 Jun - 16 Jun 2011. Selama tiga minggu bercuti (kat umah) ni aku mendapat rehat yang terbaik. Kumpul energy, sampai sana nak kerja kuat pulak. Dah janji dengan adik-adik junior untuk sampai ke skudai 5hb. Kesian dorang. Aku update fb sekarang ni untuk tau progres dorang kat group je. Aku rasa fb ni dah xde makna since uni life aku pun dah habis. Tinggal lagi untuk keep in touch dengan kawan2 jela yang buat aku agak rajin untuk berfb.

Tak ramai pun yang tau aku ade blog. Aku update kat sini je cite terbaru.

So untuk sesiapa yang nak tau Terang! Architectural Workshop ni merupakan annual event bagi semua budak archi dari semua kampus (ipta, ipts, kolej komuniti, poli). Setiap tahun event ni diadakan di universiti yg berlainan. Dan kali ni UTM jadi host. Sebab tu la kitorang kerja kuat dari sem lepas untuk pastikan event yg terbesar ni akan berlangsung dengan baik. Aku dah tau figure sebenar. Terang! kali ni akan mengumpulkan seramai 400 orang peserta. Ni event student yang organize, antara objektifnya nak merapatkan semua pelajar senibina dan bina jaringan kenalan yang lebih ramai. Banyak faedah di masa depan nanti.


Sementara countdown, budak2 ni ade buat terabot (maskot terang!). Sume orang produce terabot sendiri dan letak di profile pic fb. Taulah budak2 ni, bila dah ramai tu macam2 la pesen terabot yang dihasilkan. Aku pun tak lepaskan peluang untuk design terabot versi aku sendiri. Hehe. Namanya? Aku namakan tera-cool.


amacam? cool tak?

Heheh. Pasal budak UTM famous dengan cool blog. So aku design cool blog ah. Dah jadi macam cool blog yang sponsor terang!. Haha. Belasah. (Sebenarnya aku rindu blueberry milk tea extra pearl! xpe nanti duk JB aku layann puas2!)

Tak cukup 1, rasa macam nak design lagi pulak. Kali ni aku terinspirasi daripada karektor favourite masa kecik-kecik dulu >> sailormoon! yeah! Tak sampai 1 jam pun. tera-moon dah siap! yeeeeha!


dengan kuasa bulan aku menghukummu!!


Amacam? Comel tak? Haha. Fun je buat benda alah ni. Lagi pulak dah lama tak usik Photoshop tuh. Itu software wajib untuk design board dan edit gambar2 projek studio (haishh apesal rindu nih). Ironinya, kalau buat design selalu je stres, xde idea lah, tapi kalau bab edit gambar, buat benda lain selain studio, amboiiiiiii...... memang lajuuu je buat.

Kat bawah ni few design budak2 lain. Layannn.



TERA-ptimus prime + TERA-ryuk shinigami (by huda)


hg kata hg tera..!! haha lawak! (by anep - penang mai!)

tera-hulk! (by hafiez)

tak best guna layout asal, ada gak yang berani ubah terabot sendiri....


tera-angry (by angah) haha.. pun boleh!

yang bawah ni aku suka la.. comel gila..


teratles! (by fadh)


teramisu! (by mee rul)

Bila banyak terabot, maka banyak design lah.
Nama pun jadi macam2. Sume nak ter-ter. Sampai eja teruk pun jadi ter-uk. Haihh. Sakit perut tengok sorang2 punya peel.

Haaa... leka kan kalau tengok! Banyak lagiii budak2 ni buat. Tak larat la nak upload satu2. Ter-banyaknye terabot ni sampai ade yang buat kompilasi bagai. Perhh.. budak2 aku ni sangat semangat. Sangat terang! haha.


Kompilasi terabot (by ecah)

Fuh..! Saja nak meriah2. Suka2. Meriahnya design terabot ni sampai nak buat poster. Bagus jugak. Bila buat camni ramai yang contribute. Nampakla masing2 sokong event ni.

Kalau nak tau lagi pasal terang!, ni official website kami. klik terang!

2 comments:

sue. said...

yay...!!abg sue ada buat show di utm nanti..

areniz^16 said...

really??? group ape tu ek? sue x join skali ke?