my counter

ikut? silakan ^^v

Monday, October 15, 2012

Di Minda Saya



KAWAN-kawan kiri kanan depan belakang akan melangsungkan perkahwinan.
        Tumpang gembira.


        Aku sendiri telah di'book' atau ditempah (peliknya translate dalam bahasa) untuk menjadi bridesmaid pada bulan Disember untuk majlis Yon dan sebagai event manager (wah position macam hape je) di majlis pernikahan Intan. Dua-dua sahabat baik dan aku pun tak kisah sebab I will do anything for my dearest buddies on their special day. Thats what friends are for. Sampai aku warning siang-siang, "Pastikan korang ada bila sampai masa aku pulak!" Syoklah bila kahwin pastu masih ramai lagi kawan-kawan yang masih single. Boleh gila-gila bersama. Kalau dah kahwin, peratus kehadiran mungkin menjunam 50% ke bawah. Belum tentu datang. Aku mengharapkan diorang ada time aku punya majlis nanti. Ehhem. Entah bila tu.


        "Takutlah nak kahwin!"
        "Kan?" Dia pandang gelasnya yang berisi Frosty Lime Juice. Suasana Secret Recipe santai dengan alunan muzik 90an. Kadangkala bercampur dengan lagu moden.
        Aku pandang dia. Tak lama lagi akan jadi isteri orang. Dengan gadis ini, kami berkongsi makan, berkongsi bantal di hostel UTM dulu. Sangat rapat. Tak sangka sekarang kami dah meniti kedewasaan. Tak lama lagi nak kahwin!
        Macam mana ya berkongsi hidup dengan lelaki? Dapat lelaki yang baik, alhamdulillah. Dapat yang tidak, nauzubillah. Tapi siapa kita nak tahu kan?
        "Kenal bertahun-tahun pun tak jamin hidup senang. Masalah memang akan datang tak kira masa. Bersedialah. Yang buat kita bertahan, lelaki ni ada pendirian. Jadi kita tahu apa yang dia nak. Dia tahu apa yang dia nak." Rasional. Lelaki yang ada pendirian dan mempunyai rasionalnya sendiri. Akan mempunyai rasa tanggungjawab.  Betul.
        Sebenarnya aku masih mempunyai pilihan. Selagi belum diikat dengan sesiapa, aku masih boleh menyelami hati budi lelaki. Tengok abang yang dua orang tu sudah. Tapi aku masih menjadikan abah sebagai ikon.

        Agak-agak ada abah nombor dua untuk aku tak?
        Itulah lelaki yang sempurna bagi aku.


        Tapi Nis, kalau sempurna tak ada warna. Hidup ni memang begitu. Kita harus terima hakikat bahawa hidup ini tidak adil, ada pasang ada surutnya.


"Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu."


        Aku mempunyai sedikit kerisauan jauh di sudut hati. Sebab aku risau dengan realiti berbanding perkahwinan yang cuma sehari.


"Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamatkan ‘hati’ kita.   


        Bismillahi tawakkaltu 'allah laa haw laa wa la quwwata billah.

        Redha. Setelah berusaha, tawakallah.


Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”

Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.


        Maka aku perlu bersedia untuk menerima bakal suami. Kelebihan kekurangannya. Buat masa sekarang, berusaha mencari kualiti yang ada. Semoga Allah redha.


Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.” - GentaRasa


        Siapa yang nak gagal? Kita semua tiada pilihan tetapi gagal itu tetap dihadapi. Tak sekarang, besok lusa. Tak besok lusa, masa depan nanti. Akan adanya jatuh bangun. Kita tak boleh nak elak. Kadang-kadang aku rasa hidup ni umpama 'try and error'. Kalau tak cuba tak tahu. Nak kata tak mampu, sampai bila-bilapun takkan mampu. Betul tak?

        Satu je aku masih risau.

        "Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
        Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

        Hanya sebuah entri meluah rasa. Terima kasihlah sebab baca.



No comments: