my counter

ikut? silakan ^^v

Tuesday, September 11, 2012

Tahniah Yonnie..


AKU suka tengok dia.
Pertama kali bersua ketika Minggu Haluan Siswa atau lebih dikenali sebagai MHS.

"Eh, apa ni?"
"Mm.. mp3."

"Banyak ke lagu?"
"Banyak jugak."
"Haa... bolehlah nanti pinjam!" Selamba dia menutur. Aku tarik muka. Baru kenal dah nak pinjam? Kena hati-hati ni. Sayup-sayur dengar pesan mak dan kakak supaya pandai bawak diri di universiti.

Oleh sebab kami ditempatkan dalam satu studio workbase atau unit, aku lebih senang bersamanya ke mana-mana. Orangnya sempoi macam aku. Lasaknya sama macam aku, cuma berdikarinya lebih sedikit berbanding aku. Sebagai anak sulung, dia lebih bijak mengurus hidup. Background pun bagus, ex budak Sains Muar. Memang bijak orangnya. Tiap-tiap sem pun selalu je dapat dekan.

Dek kerana selalu saja bersamanya ke mana-mana, orang mula cap kami seperti adik beradik. Berkaca mata, ketinggian hampir sama, dress up pun lebih kurang; lebih menggemari jeans dan tshirt. Di mana ada Yon di situ ada Anish. Aku bukanlah kaki sosial. Dengan Yon, aku lebih mudah bergaul dengan orang lain sebab Yon lebih mesra dan kecoh.

Satu sahaja yang aku rasakan dia unik, bab hal perasaan. Seramai-ramai kawan lelaki tiada seorang pun yang 'melekat' dengannya. Ada la satu dua, tapi sekadar main-main mungkin. Sebab dia jenis yang setia, punya sejarah silam yang pada aku sangat boleh dimaafkan dan dilupakan. Tapi dia masih ingin setia dengan orang yang belum tentu kembali padanya.





Now you are taken sayang. Alhamdulillah, one step further.
Sandarkan kasih pada yang berhak.
Oleh itu, hubungan bukan terletak pada betapa lamanya kenal hati budi. Cinta selepas kahwin lebih indah. Bersangka baiklah.

Jodoh umpama satu perjalanan.
Ada yang lancar, ada yang tersangkut, lampu merah, jalan rosak, berliku-liku.
Semuanya adalah ujian.


Barakallah. =')

No comments: