my counter

ikut? silakan ^^v

Tuesday, September 25, 2012

Panggilan Sahabat


"BABE."
"Yo."
"Ko free tak jumaat ni?"
"Rasenye tak. Nape?"
"Aku nak try wat laksa. Ko kan hantu laksa. Nak soh ko makan. Pastu komen." 
"Oyeke. Hahaha. Bole lak camtu. Pastu kalau sedap? Bukak kedai? Ekekeke."
"Aku ingat nak wat open house raya haji. Like before. Biar takde mak aku pun aku leh handle kot. So aku ingat nak try dulu sebelum open kat orang ramai. Hahaha."
"Bagusla Pisha..... ok gak tu... so kira test makan la jumaat ni? Haha. Ok2.. try la ajak Ayin sekali.. kalau dapat join aku join.."
"Ok aku wasup dia.."


-Biar takde mak aku pun leh handle kot.-


Sayu kejap bila membacanya.
Last aku jumpa dia masa tahlil arwah ibunya pada awal Ramadhan yang lalu. Masa raya tak sempat aku nak beraya rumah dia, dia pun takde nak beraya kat rumah aku. Aku takut berhadapan dengannya. Sengaja membiarkan dia stabil sendiri. Rumah dia dengan aku takdelah jauh sangat, cuma dipisahkan dengan jalan besar dan surau. Lagipun, boleh je bila-bila aku nak singgah alang-alang parking kat surau. Boleh jalan kaki.


Kalau diletakkan diri ini di tempatnya, sedih itu tetap akan ada. Emak kot. Bila hilang seorang ibu tempat bergantung dan bermanja, serasa semuanya hilang. Dunia rasa gelap. Ada hikmah di sebaliknya. Dia bukan ditinggalkan seorang, masih ada lagi seorang ayah dan dua orang abang. Lebih baik menjaga dan kekalkan hubungan dengan mereka, selagi mereka masih ada. Kan?


Al-Fatihah.

No comments: