my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, January 22, 2012

MerekaKeMelaka!

 *7 - 8 Januari 2012*

MEMANG pantang diajak la kalau buat trip ke mana-mana. Lagi-lagi dengan besties, memang aku join aje. Kali ni trip amat bermakna sebab aku akan bersama dengan ex-roommate di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dulu, budak bilik C1-2-14. Lepas habis matrik kami berempat tak jumpa, kecuali Seha sebab aku dan Seha sama-sama masuk UTM.

              Selain aku dan Seha, dua orang lagi roommate kami iaitu Yana dan Seet Yee. Dalam bilik tu Yana kitorang gelar kaklong, sebab sangat kakak dan caring. Haha. Bebel dia yang aku rindu sangat tu. Aku dengan Seha tak banyak beza sebab kami selang sehari je birthday, jadi perangai lebih kurang sama. Aries kan memang selalu coool aje. Hehee. Seet Yee pulak suka gelar diri sendiri adik - paling muda lah konon. Muda bulan aje. Tapi budak ni la yang paling saiko antara semua dalam bilik tu. Dia la top scorer, budak buku 24jam. Tapi baik gila. Lembut je. Aku paling tersaiko dengan dia pasal katil dia depan katil aku je. So bila aku balik kelas, keluar dari bilik air, apepun yang aku buat, mesti masa tu dia tengah study. Tension tak tension wa cakap lu. Yang paling aku teringat sekali, exam UPS iaitu peperiksaan awal semester 1, di mana aku hanya mendapat pointer 0.83 aje. BAYANGKAN! Nak gila rasa. Macam.... apa yang aku belajar kat sini sebenarnya? Bodoh sangat ke? Masa tu la ramai jugak orang keluar dari matrik tu sebab tak yakin boleh buat. Aku takde pilihan lain, terpaksa teruskan je. Akhirnya kami semua berjaya keluar dari matrik dalam masa setahun yang seksa sangat tu. Syukur alhamdulillah. Macam tak caya pun ye jugak.


                Jadi... selepas 5 tahun tak berjumpa.. kali ni reunion di Melaka! Sayangnya Seet Yee tak dapat contact, so kami bertiga jelah. Plan asal nak ke JB jenguk Seha, siap plan nak ke Singapore lagi. Last2 ke Melaka. Aku panggil ni destinasi bajet. Okla untuk masa yang sekejap dan banyak tempat boleh jalan. Aku dan Yana gerak dari KL jam 9 lebih manakala Seha gerak dari JB jam 8 lebih. Lepas ambil Seha kat tol kitorang pun terus gerak ke bandar Melaka. Cuaca panassss sangat. Bleh plak la aku cepat lapar, so kitorang berhenti di area Menara Taming Sari, park kat situ pastu jalan kaki cari tempat makan sedap. Abang beca suggest makan kat Kedai Asam Pedas Selera Kampung. Jummm!


Ambik gambar satu!





Antara yang menarik perhatian... big prawn @ RM20 per piece! Perghhh


Yana dan Seha

              Lauk yang kami ambil tu lauk ikan pari asam pedas (menu wajib), kerabu mangga, gulai daging salai dan ulam-ulaman. Semua ni harganya dalam RM32. Murah tak? Ok kot.. asam pedas tu pada aku bolehlah tahan sedap. Tapi tak wow sangatlah. Kerabu mangga aku suka.. gulai daging salai the boom.. sedap..
              Lepas makan, barulah ade energy nak jalan kan! Kami pun puas la jalan kaki, bergambar, naik panjat tangga.....




......untuk sampai ke tempat ni. =p Dapat port baik, kitorang pun bergambar sakanlah. Saja melepas lelah sambil layan angin kuat tepi bukit. Feeel sangatt..


Suka betul background bangunan Dutch ni. Horror look..


Background pilihan Yana... serius cantik!

                Lepas round area Menara Taming Sari, Muzium Melaka dan Bangunan Stadhuys, kami pun bergerak check in di Hotel Sunflower di Jalan Ujung Pasir. 5-10 minit dari bandar. Sampai je... pengsan semua. Haha. Penat kot. Walaupun tv citer Hindustan yang best. Pukul 6 petang bangun, solat, kitorang pun bersiap untuk jalan-jalan cari makan seafood. Puas la aku cari dan tanya orang mana tempat makan yang sedap. Akhirnya kami memilih untuk makan di gerai seafood di Sekam.


Harga standard seafood
 

Terasa kami masih muda remaja =p macam tak caya je dah 5 tahun keluar matrik..



Pemandangan gerai Sekam... tapi banyak nyamuklah.. maghrib kan..



Lauk kami... sambal ketam, sotong masak tepung, ikan pari bakar.. sedap!

               Semua yang kitorang makan tu.. harganya RM44. Amacam murah? Ketam 3 ekor, ikan pari seekor, sotong 3 ekor.
               Lepas dah kenyang, patah balik ke bandar. Aku teringiiiiiiin sangat nak berjalan di Jonker Street. Pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa. Sedih punya pasal, melepak je tepi sungai tengok orang naik Melaka River Cruise.


Senyum gakla walaupun tengah kecewa =p

                  Jam 10 lebih kitorang pun bertolak balik. Boleh tak on the way tu terjumpa Jonker Street? Rasa macam... tuuuttt. Dah lewat jugak tu. Takut balik lewat nanti jadi macam-macam. So, balik awal boleh layan drama melayu tv3 sambil mengimbau kenangan di matrik. Aktiviti pillow talk la ape lagi kan.. sob sob

                  Esoknya check out hotel jam 11 pagi. Seha duk sebut-sebut nasi lemak.. pusing area hotel tu terjumpa pulak gerai tepi jalan.


Nasi lemak...nampak je biasa tapi sedap! RM1.50 + ayam goreng = RM3.00


Jalan-jalan sambil layan Coconut Milk Shake (tapau kat gerai makan tadi)

Kami yang sangat happy yayy!

Pokok apelah ni... suka betul aku




barulah nampak Melaka.. haa
 


lagi sekali


Bila dah dapat camera, abis laa. Shot ni macam cover album sangatt haha 




Mengukur ketinggian..! hehee

                 Lepas puas jalan dan bergambar, kitorang pun ke Melaka Sentral untuk hantar Seha naik bas balik ke JB (ujung2 ni yang part sedih ni). Dengan itu... maka berakhirnya jejak kasih kami di Melaka. Sangat bersejarah ok!!






              
                   Ingat daku dalam doamu kawan-kawan. HUGS!



                  May ALLAH bless.


No comments: