my counter

ikut? silakan ^^v

Tuesday, July 26, 2011

bla bla selasa

MAK kata, dalam family, aku la yang paling teliti. Paling serius. Paling banyak fikir. Sebab tu kalau ada masalah, punyela dalam aku fikir sampai sakit2 badan, sakit2 kepala. Padahal kalau take it easy benda tu pun boleh setel. (Dalam hal ni kak anim paling positif. Orang cakap apepun, dia boleh ambil mudah. Positif. Sangat!)


Dan sebab tu bila Mia habis spm, cepat2 mak kata, ambil la course apepun asalkan JANGAN senibina. JANGAN jadi macam kak anis kau. Sakit mak tengok kak anis kau buat kerja. Tak tido, tak makan. Mak pun jadi susah hati. (Kesian mak. Minta maaf mak, tengah2 malam telefon mintak ketenangan. Punyala serabut hidup dalam senibina ni)


Ingat seronok ke tengok2 bangunan? Tengok kena sampai 'tembus' tau. Kena kaji macam mana bangunan tu beroperasi, dari segi struktur dan pembinaan. Semua berkenaan teknikal dan praktikal.


Aku seronok. Jujur. Dalam tempoh yang hampir sebulan ni aku enjoy dengan pekerjaan aku. Aku cuba tingkatkan prestasi setiap hari dan mengamalkan toleransi dengan officemate yang lain. Saling belajar. Bos aku sendiri selalu tekankan, be knowledgeable. Buku banyak, maka baca. Internet ada, maka cari. Pelbagai kemudahan dah disediakan dan aku berpuas hati setakat ini.


Jarang sekali aku berasa seronok dalam dunia senibina ni. Jujur. Selama ni belajar, setiap projek disempurnakan mengikut dateline. Proses yang diamalkan kadangkala tidak lengkap dan kurang sana sini. Semata-mata untuk siap. Tetapi, apabila praktis dalam realiti yang sebenar, aku belajar menyempurnakan projek dengan sempurna. Dengan proses yang betul. Dengan kaedah yang betul. Ini yang dikatakan pengalaman sebenar.



Bersedia untuk esok. Meeting projek Lembaga Peperiksaan Malaysia di Putrajaya. Sambil2 tu aku kena jumpa client untuk projek renovation rumahnya. Dua projek satu masa.





**Buat drawing ni, teringat masa kecik dulu. Zaman darjah2. Aku beli kertas mahjong (masa tu xtau saiz A0) pastu lipat 4 kali (kalau nak banglo 4 tingkat). Kalau nak banglo 3 tingkat, lipat 3 kali je. Pastu aku akan bahagikan mengikut kebesaran ruang. Contoh:- Ruang tamu, dapur pastu ada tangga naik tingkat 2... kemudian aku akan lukis perabot2 yang ada kat dalam tu - guna katalog Courts Mammoth (Mak abah dulu suka shopping perabot kat situ). Lastt sekali, bila lukisan rumah dah siap, aku akan guna barbie doll kertas tu jadi penghuni rumah tu. Hehe. Itulah permainan aku masa darjah 5-6. Kreatif tak? HAHA. Kecik2 dah tau lukis Lukisan Keratan tau! HAHAHAHA *gelak guling2



Ok tu je. =)




May ALLAH bless.

No comments: