my counter

ikut? silakan ^^v

Friday, May 27, 2011

Noktah.

Salam.

Kemaskini blog dengan entri terbaru selepas beberapa bulan bukan semudah yang disangkakan. Lagi-lagi plak dengan stail aku yang suka sangat bebel banyak. Memang sangat banyak cerita..... dari happy moment hingga ke sedih. Banyak event..... dari event akademik hingga ke family event.

Ni la ala-ala summary yang boleh aku kongsikan:
Event akademik
  1. Pre-final thesis assessment (P-FTA). Lepas melalui saat-saat genting dari Thesis Crit 1 - Crit 4, kami harus menghadapi PFTA. Sepatutnya masa pre ni lebih ramai panel dijemput. Untuk group aku, sebanyak 5 panel ditetapkan: 3 org panel wajib, seorang panel profesional, seorang panel pensyarah group lain. Nak dijadikan cerita, di saat hostel blackout, dan kami terpaksa menumpang rumah orang untuk buat kerja, elok je esoknya pre-final, boleh tak aku pitam? padahal dah print (aku berhabis rm40+ untuk drawing printing), malah dah siap2pun untuk ke studio dan present. sekali pitam.......... aku dapat MC dan yang bestnya pre-final aku TERGANTUNG. orang lain ade marks aku je xde marks.
  2. Final thesis assessment (FTA). Setelah banyak kali aku soal En. Aza bila nak buat pre, akhirnya dia dan lecturer bersepakat untuk bawak marks aku pre-final dan final sekaligus (50%-50%). Maknanya aku dinilai 100%. Masa ni aku sangat salute sebab family aku sanggup datang JB untuk bagi semangat. Ikutkan setiap hari aku call mak, call abah, mengadu kesusahan yang dihadapi. Sungguh aku berterima kasih pada mereka, dengan semangat itulah, aku berjaya siapkan thesis dan hantar tepat pada masanya, dan present dengan baik. Sebenarnya seorang lecturer failkan aku, tapi disebabkan 4 orang panel lagi bagi marks yang ok, maka result overall ok.
  3. CAAEM. CAAEM stands for Council of Architecture Accreditation Education Malaysia. CAAEM akan datang 5 tahun sekali untuk menilai semula program architecture 5 tahun di UTM. Oleh itu kami warga2 architecture bertungkus lumus menghasilkan yang terbaik kerana untuk melayakkan kami mendapat akreditasi tersebut, kami perlu menunjukkan prestasi yang cemerlang, dari para pelajar, pensyarah, staf akademik dan sehinggalah ke kemudahan fakulti. Semua diambil kira.
  4. STRANO farewell. Ini event sedih. Strano berkumpul buat kali terakhir di KFC Jusco, Taman Universiti.
  5. Move out. Packing up. Abah datang dengan aliah je. Nasib baik jugak. Dalam sikit-sikit tu banyak sebenarnya barang aku. Hrmm... sedih nak meninggalkan bilik 210, G10 ni. Aku duduk sini 2 tahun berturut-turut. Sebelum ni dengan Aila, budak town planner, lepas dia grad aku roommate pulak dengan kak aida. Budak kos aku. Dan kak aida takkan duduk lagi bilik ni sebab dia pindah blok lain. Lepas serah kunci, hanya keychain yang jadi kenangan G10.
Family events...
  1. Family gath- JB. Belum lagi balik. Walaupun aku, abah, mia dengan aliah je yang ade, acik suruh kitorang tido JB semalam. Maka dengan itu kami keluar dinner sama-sama. Acik bawak makan steak kat Hutan Bandar. Family pak long pun join. Merasa gakla walaupun tak best sangat bila family aku x cukup korum. Haa... masa ni banyak gak racun suruh aku apply keje di JB.
  2. Family gath- KL Sesampainya di KL, x sempat panas duduk, abg kakak aku ajak makan di Flaming Steambot, Danau Kota. Sungguh penat sebenarnya. Layan jelah. Selalu aku tengok gambar dorang makan kat fb je, kali ni aku melantak bukan main. Ketam dan udang, steambot last. Balik tu aku kuarkan barang2 dari kete. Mak geleng kepala bila barang2 aku susun bertingkat kat bawah. Mak memang x suka ruang tamu semak.
  3. "Ye.. anis tau semak." Musim percutian bermula dengan sesi KEMAS BILIK. x cukup sehari, makan seminggu gak untuk selesai. Setiap hari ade je kemas. Tak aku, mia. Banyak tempat dikosongkan semata-mata untuk letak barang2 belajar aku. Buku-buku, baju. Sampaikan terpaksa pejam mata buang baju-baju sekolah, baju kurung... "Buat apa simpan. Bagi orang." kata abah. Aduhh... baru lagi tu... baju pengawas, baju pengakap... huuuu...... baju taekwondo aku simpan. *abah tak tau* syhhhh!
  4. Tak habis penat kemas, kak anim ajak jalan pulak. Kalau jalan dengan dia n abg G, memang merata. Pegi Harvey Norman kat Ikano beli HOME THEATRE, pegi IKEA beli barang, pastu g putrajaya hantar barang, pastu balik rumah di setapak.
  5. Gerak pegi Putrajaya sebab orang Harvey Norman nak datang pasang HOME theatre kat umah kaknim. Mak pulak datang nanti. So memandangkan cuti Wesak, haaaa... kami sekeluarga berkumpul di Putrajaya.... inila waktu yang sangat syok. Yes, I'm a FAMILY-TYPE person.
  6. saya jadik BIBIK. jaga budak dua orang tu (aliah dan amni) memang mak suruh aku. suap makan, buat susu, tidokan, hah... dorang makan saman bila aku jaga. kalau dengan atuk wan, memang mengada-ngada. tapi kejap je... sebab----
  7. kak dila balik dari arab!!!! dah lama kak dila tak balik. kakak ipar aku ni keje di riyadh dah 2 tahun. taun lepas raya je dia balik. kali ni, dia balik lama. taun depan start balik. so, aku tak perlu lagi jaga aliah dan amni. maka lagi rilek lah aku...

Yeap.. itulah event-event yang membuatkan aku sangat busy untuk mengupdate entri. Tapi, event-event tu semua sebelum aku tamat belajar. Lepas ni, dah xde event sangat. Aku akan rindukan uni life. Life dengan kawan-kawan. Kebersamaan yang ada buat aku sangat sukakan uni life. Bukan setakat belajar. Ia lebih daripada itu.

Alhamdulillah. Tahniah anis. Dalam kepayahan kau berjaya melalui 5 tahun pengajian. Kalau aku singkap balik masa-masa lalu, ya, aku banyak menangis dek kerana kesusahan dalam pelajaran. Aku tahu inilah berkat doa mak abah. Berkat doa semua, alhamdulillah, dalam kepayahan Tuhan melapangkan jalan untukku.

Aku rasa lega bila melihat mak abah gembira melihat tesisku dijilid. Sebuah ijazah untuk mereka..

Terima kasih mak, abah. Kalian adalah kekuatanku.

Kali ini betul-betul the end. Titik. Noktah.

No comments: