my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, December 13, 2009

jb.... im back!

satu habit yg ideal dgn aku : careless. ppl need to remind me over and over again until i remember and finally im doing it. satu kejayaan klu aku lakukannya. dan macam biasa, mencari barang pada pagi pemergian aku adalah situasi yg biasa. kali ni, menjelang tahun keempat semester dua pengajian, aku tercari2 usb external h.disk. mane aku letak. rasa2nya da simpan dalam beg laptop. 'rasa2nya' ada terselit kat situ, kat sini, dan persoalan 'rasanya' itu berpanjangan sampailah abah duduk di sebelah dan mencari2nya juga.

alahai nis.. dah besar pun nyusahkan abah lg. untung kau dpt abah yg penyayang dan amik berat, cuba dpt kat org jenis x kisah, rasakan.. tanggung sendiri cari barang smpi jumpa! tu pun.. kalau jumpa. biasanya memang x pernah jumpa! hailah nis..

dan aku tinggalkn rumah dgn pesanan dari abah: "klu ade usb dlm beg kau, bagitau ek." sifat caring abah yg tidak pernah berkesudahan. patutnya aku yg sibuk berpesan, sekurang2nya ckp "xpelah.. xyah cari dah.." tapi abah pulak yg pesan camtu - ertinya dia sangat prihatin dengan kepentingan usb tu bagiku. memangpun! bila2 masa pun aku nk guna external.. klu dah xde usb, mane nk bukak??

padanlah muka sendiri. biasanya klu situasi ni terjadi dan aku gagal temui barang tu, aku akan selesaikan sendiri.

dalam bas, aku call muiz. teringat aritu muiz gtau dia nak g pcfair kat persada. moga2 nak la dia tolong aku..

berurusan dgn mamat ni jarang mengecewakan. pernah rapat sewaktu sama2 jd high committee batch strano mase 2nd yr dlu. memang dia seorg kawan yg baik.

dan yaa..... pujian aku tidak sia2 bila muiz call semula tanya: "nis, usb kau macam mana?" dan kemudian call lagi, "nis, 12 ringgit. ok?" "ok! thanks muiz!" sayang kau!

selesai masalah usb. dah lama x balik naik bas, lenguh pulak kaki aku wlupn duduk kat single seat. sedap layan tido wlupn jiran aku mamat 2 org. lantaklah. tido bukan pandang diorg pun. sehinggalah tiba di machap pada pukul 12.40 tghri. aku turun pun pegi toilet je.

bas gerak semula pukul 1 tghr. kali ni xboleh tido. fikiran asyik menerewang ke mane2 tah. satu yg pasti, aku rasa berdebar melangkah ke semester baru. semester yg klu dilihat pada batch senior yg lepas, agak tragedi dan disaster. aku sendiri dah lihat betapa disasternya semester highrise yg lepas, adakah kali ni begitu juga? urghh... terlalu fikir pun susah juga. lebih2 lagi klu xde penyelesaian. konklusinya? hadap sajalah! belum cuba belum tahu kan! yeahhh~ begitulah nis..

UTM!! aku kembali!
seperti biasa ke pejabat kolej ambil kunci bilik. kemudian berjalan perlahan2 menuju ke blok. pandang jugak kawasan sekeliling kolej - kafe sabina yg nmpknya baru mulakan perniagaan. eh, zaheila bistro?? nampak kelam - bankrap ke? pandang sikit laluan ke blok. penuh daun kering. nampak sgt xde orang bersihkan sewaktu cuti.

dan aku makin berdebar2 mendekati bilik.

bismillahirrahmanirrahim..
aku pulas kunci dan biar pintu terbuka luas. mata meliar mencari bendasing. bau? xde bau. biasa je. tingkap tertutup, langsir pun. cahaya dari tingkap atas terbias malu2 menerangi bilik.

aku tekan dua suis di tepi kanan. lampu dan kipas serentak berfungsi.

lepas lelah sekejap dan memerhatikan lagi bilik. ada apa2 yg perlu kubersihkan? aku mendekati sangkar hamster. bau semakin kuat. hamster! aik? kenapa.. pintu sangkar terbukak? hamster aku hilang ke? aku mula jengketkan kaki. goncangkan sikit sangkar - barulah hamsterku yg seekor keluar dari rumahnya dan menuruni gelongsor.

TAPI! kenapa makin kecik??
bulunya luruh? dia macam tau2 tuannya balik, terus aktif dan minum air tanpa henti. hrmmm... air pun x luak. sebulan aku tinggalkan, kenapa x luak?

sah.. aku mesti bersihkannya. tentu dia x selesa dan takut kerana bersendirian selama sebulan. kesiannya....

bermula sesi kemas bilik. habuk2 berterbangan sana-sini, kotak bwh katil aku keluarkan dan sapu, dan ya! aku akhirnya menjumpai bangkai lipas - tapi di bawah pintu! aishh.. ni lah bendasing yg aku cari2 seawal tiba td. takut betul aku dgn benda tu. untung dah mati. ada lg ke dlm bilik ni?? alahai.. jgnlah.. jgnlah bertelur dan beranak dlm bilik ni!

sempat aku lap lantai dan sekalian perabot stadiku - rasa rimas dgn habuk kecil yg terlekat di tapak kaki. kemudian sesi membersihkan sangkar hamster - juga aku mandikannya kerana terlekat mcm2 bendasing di badannya. apalah yg dia buat agaknya masa ketiadaan aku. aku jarang belai dia, tapi aku tahu yg dia tahu bahawa dia bertuan dan dijaga. selesai mandikannya aku urut perlahan2, dia pun duduk diam menggigil2 kesejukan.. kesian.. tapi awak kotor tau. sbb tu saya mandikan awak. sorry buat awak sejuk. sorry saya tinggalkan awak sebulan..

aku letakkan makanannya, spray sangkarnya supaya bau segar. dan.. nah,, hiduplah kau macam biasa. aku dah ada ni. jangan takut2 lagi ok!

lepas makan ngan intan, aku kembali sambung urusanku - basuh telekung, cadar, dan baju. manual ok! malas nk pakai mesin. lagipun sikit je. sikit2 pun penuh 1 bilik ampai kot aku guna. halal ye kawan2 aras!

la ni.. baru dpt lepak. terasa ngantuk - tp xnk tido. sempat aku layan blogger boy kat 8tv.com td sambil main fb. elok2 internet laju jd lembab plak. haih.. sume org da blk ke jd lembab ni?? haishh...

xpela.. xdpt tenet pun xpela. siap2 utk esok. first day yg tentunya dh dpt projek. semoga aku hadapi hari esok dgn senyuman dan kejayaan.

bermula kehidupan yg jauh dari mak abah dan keluarga.
kehidupan yg 100% diurus sendiri.
jatuh, bangun, terhantuk, terngadah semuanya dihadapi sendiri.
belajar adalah lebih daripada itu.
dan masa, adalah saksi kejadian ke atas apa yg telah dilakukan.
aku ingin menjadi pemburu masa.
bukan lagi yg tertinggal dan terjatuh.

may Allah bless.

No comments: