*7 - 8 Januari 2012*
MEMANG pantang diajak la kalau buat trip ke
mana-mana. Lagi-lagi dengan besties, memang aku join aje. Kali ni trip
amat bermakna sebab aku akan bersama dengan ex-roommate di Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan dulu, budak bilik C1-2-14. Lepas habis
matrik kami berempat tak jumpa, kecuali Seha sebab aku dan Seha
sama-sama masuk UTM.
Selain aku dan Seha, dua orang
lagi roommate kami iaitu Yana dan Seet Yee. Dalam bilik tu Yana kitorang
gelar kaklong, sebab sangat kakak dan caring. Haha. Bebel dia yang aku
rindu sangat tu. Aku dengan Seha tak banyak beza sebab kami selang
sehari je birthday, jadi perangai lebih kurang sama. Aries kan memang
selalu coool aje. Hehee. Seet Yee pulak suka gelar diri sendiri adik -
paling muda lah konon. Muda bulan aje. Tapi budak ni la yang paling
saiko antara semua dalam bilik tu. Dia la top scorer, budak buku 24jam.
Tapi baik gila. Lembut je. Aku paling tersaiko dengan dia pasal katil
dia depan katil aku je. So bila aku balik kelas, keluar dari bilik air,
apepun yang aku buat, mesti masa tu dia tengah study. Tension tak
tension wa cakap lu. Yang paling aku teringat sekali, exam UPS iaitu
peperiksaan awal semester 1, di mana aku hanya mendapat pointer 0.83
aje. BAYANGKAN! Nak gila rasa. Macam.... apa yang aku belajar kat sini
sebenarnya? Bodoh sangat ke? Masa tu la ramai jugak orang keluar dari
matrik tu sebab tak yakin boleh buat. Aku takde pilihan lain, terpaksa
teruskan je. Akhirnya kami semua berjaya keluar dari matrik dalam masa
setahun yang seksa sangat tu. Syukur alhamdulillah. Macam tak caya pun
ye jugak.
Jadi... selepas 5 tahun tak
berjumpa.. kali ni reunion di Melaka! Sayangnya Seet Yee tak dapat
contact, so kami bertiga jelah. Plan asal nak ke JB jenguk Seha, siap
plan nak ke Singapore lagi. Last2 ke Melaka. Aku panggil ni destinasi
bajet. Okla untuk masa yang sekejap dan banyak tempat boleh jalan. Aku
dan Yana gerak dari KL jam 9 lebih manakala Seha gerak dari JB jam 8
lebih. Lepas ambil Seha kat tol kitorang pun terus gerak ke bandar
Melaka. Cuaca panassss sangat. Bleh plak la aku cepat lapar, so kitorang
berhenti di area Menara Taming Sari, park kat situ pastu jalan kaki
cari tempat makan sedap. Abang beca suggest makan kat Kedai Asam Pedas
Selera Kampung. Jummm!
|
Ambik gambar satu! | |
| |
|
|
|
|
|
|
Antara yang menarik perhatian... big prawn @ RM20 per piece! Perghhh |
|
Yana dan Seha |
|
|
Lauk yang kami ambil tu lauk ikan pari asam pedas (menu wajib), kerabu
mangga, gulai daging salai dan ulam-ulaman. Semua ni harganya dalam
RM32. Murah tak? Ok kot.. asam pedas tu pada aku bolehlah tahan sedap.
Tapi tak wow sangatlah. Kerabu mangga aku suka.. gulai daging salai the
boom.. sedap..
Lepas makan, barulah ade energy nak jalan kan! Kami pun puas la jalan kaki, bergambar, naik panjat tangga.....
......untuk
sampai ke tempat ni. =p Dapat port baik, kitorang pun bergambar
sakanlah. Saja melepas lelah sambil layan angin kuat tepi bukit. Feeel
sangatt..
|
Suka betul background bangunan Dutch ni. Horror look.. |
|
Background pilihan Yana... serius cantik! |
Lepas round area Menara Taming Sari, Muzium Melaka dan Bangunan
Stadhuys, kami pun bergerak check in di Hotel Sunflower di Jalan Ujung
Pasir. 5-10 minit dari bandar. Sampai je... pengsan semua. Haha. Penat
kot. Walaupun tv citer Hindustan yang best. Pukul 6 petang bangun,
solat, kitorang pun bersiap untuk jalan-jalan cari makan seafood. Puas
la aku cari dan tanya orang mana tempat makan yang sedap. Akhirnya kami
memilih untuk makan di gerai seafood di Sekam.
|
Harga standard seafood |
|
Terasa kami masih muda remaja =p macam tak caya je dah 5 tahun keluar matrik.. |
|
Pemandangan gerai Sekam... tapi banyak nyamuklah.. maghrib kan.. |
|
Lauk kami... sambal ketam, sotong masak tepung, ikan pari bakar.. sedap! |
Semua yang kitorang makan tu.. harganya RM44. Amacam murah? Ketam 3 ekor, ikan pari seekor, sotong 3 ekor.
Lepas dah kenyang, patah balik ke bandar. Aku teringiiiiiiin sangat nak
berjalan di Jonker Street. Pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa. Sedih
punya pasal, melepak je tepi sungai tengok orang naik Melaka River
Cruise.
|
Senyum gakla walaupun tengah kecewa =p |
Jam 10 lebih kitorang pun bertolak balik. Boleh tak on the way tu terjumpa Jonker Street? Rasa macam... tuuuttt. Dah lewat jugak tu.
Takut balik lewat nanti jadi macam-macam. So, balik awal boleh layan
drama melayu tv3 sambil mengimbau kenangan di matrik. Aktiviti pillow
talk la ape lagi kan.. sob sob
Esoknya check out hotel jam 11 pagi. Seha duk
sebut-sebut nasi lemak.. pusing area hotel tu terjumpa pulak gerai tepi
jalan.
|
Nasi lemak...nampak je biasa tapi sedap! RM1.50 + ayam goreng = RM3.00 |
|
Jalan-jalan sambil layan Coconut Milk Shake (tapau kat gerai makan tadi) |
|
Kami yang sangat happy yayy! | |
|
|
Pokok apelah ni... suka betul aku |
|
|
|
|
barulah nampak Melaka.. haa
|
|
lagi sekali
|
|
Bila dah dapat camera, abis laa. Shot ni macam cover album sangatt haha |
|
|
|
|
Mengukur ketinggian..! hehee
|
Lepas puas jalan dan bergambar, kitorang pun ke Melaka Sentral untuk hantar Seha naik bas balik ke JB (ujung2 ni yang part sedih ni). Dengan itu... maka berakhirnya jejak kasih kami di Melaka. Sangat
bersejarah ok!!
Ingat daku dalam doamu kawan-kawan. HUGS!
May ALLAH bless.
No comments:
Post a Comment