my counter

ikut? silakan ^^v

Showing posts with label joys. Show all posts
Showing posts with label joys. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Makeup - your style of life


LAST two days we went to Festival City Mall because Parkson sale was ongoing. We call our activity as 'mendaro' (nogori slang) which similar to girls night out or ladies night out. Kakak was looking for a new purse so off we go to handbag level. I expect I can grab a new handbag too but am not happy with the price. Maybe thats why am more keen to unbrand item, can have it a lot at cheaper price.

        Because I was bored and I've already tawaf at the handbag area, I drop by to a skincare kiosk nearby. Its called Privia. The Chinese promoter girl greet me.

        "You ada cari apa-apa?"
        "No.." Senyum.
        "Ok.. if thats the case I show you our best seller product, boleh?"
        Angguk saja. Kakak, mak and adik looks busy choose the best one and I were left behind.
        "This is Peeling Gel. Pernah dengar tak? Its the same as face scrub. Can I have your hand?" She hold my hand and start putting the gels. She scrubbed it slowly.
        "Senang aje pakai peeling ni. Satu kali seminggu. Our product is natural. You see, ada biji kan." Yep. Ada biji yang keluar. Its got to be daki-daki yang melekat. Euw.
        "Now, you compare. Beza kulit kering and kulit yang baru lepas scrub. You can feel the moisture."
        "Do you have moisturizer?" I asked.
        "Yes.. this is the one." Dia tunjukkan moisturizer di sebelahnya.
        "I tak pakai moisturizer tau..." Her face was like... oh? Terkejut sikit. This will be the best part of the story.
        "You tidur dalam aircond ke kipas?"
        "Aircond.."
        "Hey.... kulit you kering tau? Semakin tidur dalam aircond, semakin kering kulit. Thats why you need to use moisturizer."
        Aku gelak bila dia tegur macam tu. Gelak bersalah sebab tak pandai menjaga wajah.
        "You pakai sunblock tak?"
        Geleng lagi.
        "Heyy..... you tak pakai sunblock?? Habislah you!" Muka dia dah terkejut habis. Dan perkataan 'Habislah you!' tu macam nak takutkan aku. Perlukah aku takut?
        "Erkkk.. do I have to?"
        "Mestilah! Sunblock wajib tau! Ok.. you bagitau I apa you pakai before keluar rumah."
        "I pakai toner, lepas tu bedak." Senang je cerita aku.
        "Lepas keluar, balik rumah, you basuh camne?"
        "Basuh dengan airlah." Aku gelak lagi.
        Dia semakin nak pengsan kot dengar cerita aku.
        "My dear... you tak boleh buat macam tu!" Dia ambil satu lagi produk di sebelahnya.
        "You kena guna makeup base. You tak pakai makeup base?"
        Aku yakin dia banyak tanya sebab she just met the only one customer yang super teruk ni.
        Geleng jugak. "I tak makeup."
        "Tak makeup pun, tapi you pakai bedak kan? So its a must to use makeup base. Lepas tu kena remove dengan makeup removal." Whoa? Aku macam baru tahu je info tu. Bedak pun kena remove pakai makeup removal eventhough I don't makeup?
        "Mesti pakai. Sebab bedak pun ada makeup content so you must remove. Haihh.." Pening dia dengar cerita aku.

        So, this story was very interesting kan? Free-free je dapat beauty consultation. I don't makeup seriously. Rasa rimas sebab got to follow few steps before and after. Nak remove pun leceh. Thats why I skip the process and just tepek bedak kat muka and use lip balm. Kalau rajin sikit pakai eyeliner. Thats all.
        Rupanya aku dalam bahaya. Thats not a good practice. Orang perempuan memang kena jaga kecantikan, sayangnya aku cuma jaga, tapi tak pandai gaya. I don't prefer heavy makeup. I prefer to keep me look naturally. Memang selalu pun orang tegur, "weh, muka kau ni tak berwarna. pucat." bla bla. Sampaikan mak pernah marah, "Gaji tu guna beli makeup!" Eheh.
       Walaupun sebenarnya aku ada collection of eyeshadows and lipsticks yang jarang berusik. Pakai bila ada formal event aje. Perempuan dan kecantikan. Suka jaga, tak pandai gaya. Is that a big problem?


Mendaroo... ado lak bujang sosek :p


       I like the simple me. Thats the only I comfortable with.
       But I have to do something. I need moisturizer and sunblock. Thanks to the promoter.

       One thing for sure, for Muslim ladies, you must use the halal product.  =)

Wednesday, October 17, 2012

Singles Day aka Bachelors Day



SO yesterday is my bachelors day. Ahak. Bachelorrrr lah sangat. The thing is, Emi's husband go outstation for 10 days so she asked me and Siti to stay for a night at her house. Any term can replace the bachelor word? :p We know that staying without do nothing is totally boring so we decided to bake something. I have tried this out for 2 times, now Im praying so hard the lasagna will be succeed!

          We left office at 5.30 pm. Reached Emi's home at 6 kot. Masing-masing bergelimpangan as if we have too much work lepas tu mata layan Asian Food channel. Padanlah muka terus lapar - laju-laju pergi dapur - capai segala bahan dan mula memotong. Semangat memasak tiba-tiba datang.

          The kitchen was abit small and all of us have our own task. Siti handle the onions, tomatoes, Emi and me handle the cooking. Emi opens the back door, so I saw a lady keep eyeing on us from her kitchen in front of Emi's house. Maybe she kinda weird what those girls do sampai memasak pun kemain berjemaah? Haha.

           It was pretty good. I love our togetherness in the making of lasagna. We also altered the meet sauce recepi, sebab tawar kan. Add this and that, then the flavour turns out great!

           When it comes to prepare the lasagna sheets, thats my worry. Emi helped alot since she was a big fan of food channel - maka selalulah watch mat salleh prepare westerns. "Tambah minyak!" Okay. The sheets was cooked just nice and it doesn't stick to each other. I siap-siap potong dengan riangnya mengikut saiz bekas. Lalala dalam dapur. Hehe.

           We're done at 8 something then rushed for Maghrib prayer. We got special guests - Emi's parents! Maka mereka pun merasa lah..... terasa lapar gila jugak! Bantai makan pelan-pelan atas meja bar Emi. Fuuuh. Nasib baik jadi.



ehsan: Ct's intagram pic


          Masak sama-sama baru tahu kegemaran masing-masing. Siti cepat muak maka solusinya adalah kena buat pedas lagi (maybe kena letak capsicum), Emi suka first batch sebab lembik2 panas makan sedap. Me suka rasa yang first, tapi suka texture yang second sebab bila potong masih padat dan tak jatuh.

          The first batch dah selamat pun dalam perut semalam. Me and Siti planned nak sahur, sekali bangun pukul 5.30 pagi, baru nak masuk suap ketiga lasagna second batch dah azan! Tak dapatlah nak menikmati lagi sekali. Tapi xpe. We will return to Emi's house after work and bring the lasagna home. Boleh makan masa berbuka nanti, insyaAllah.


          Thats my day. And it was a great day yesterday.


          Million thanks for the moment, friends! 

Friday, September 7, 2012

Weh, dia balas! :3



Was recently gila kat Tengku Adil. Have heard Babak Cinta song? You should! Best kot!
            Sangat gila sampai follow him on twitter. And he replied my twt. Suka of course! =p




Dengan gigihnya I made an effort to strum the song. You know the feeling when you listen to a song for the first time... and you likes it! That means the song was really good.


           Watch this. =)

Saturday, February 27, 2010

roommate outing day

OHH ANIS......
anda sangat enjoy hari ni ye? bukan hari ni je, hari-hari sebelum ini, dari khamis lepas lagi. enjoy sangat kamu? kerja xde ke??

-ada.... kerja sentiasa ada. takkan pernah habis. walau dah habis, ada lagi yang perlu disambung dan diteruskan. maka kerja itu sentiasa ada.

untuk beberapa hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan room-mate tersayang - aila. (oh saya memang ada roommate. saya jarang menceritakan tentang roommate saya kan) ok sambung balik. berkenaan masa lapang saya, saya rasa itu satu KEBETULAN kerana saya memang jarang mempunyai masa lapang. kalau adapun, masa-masa itu terisi bersama teman-teman archi kerana mereka sentiasa berada di sekeliling saya.

cuma, kali ini saya lebih senang invisible dan terperap di dalam bilik memandangkan kesemua kerja-kerja berkumpulan telah selesai. jadi, saya tidak perlu ke studio dan pulang lewat pagi.

bermula khamis lepas (setelah submission masterplan ditangguh ke isnin depan), saya mula lepak di bilik. semalam maulud nabi = cuti, juga saya masih berada di bilik. dan KEBETULAN roommate saya tidak pulang ke rumahnya kerana dia mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. oleh itu, kedua-dua kami mempunyai kerja sebenarnya, tapi kami mempunyai lebih masa untuk bersama.

semalam saya mengajak aila makan malam setelah beberapa bulan tidak makan bersama. (rasanya semester ini pertama kali kot) kami berbual dan tiba2 merancang keluar bersama keesokan harinya. kadang-kadang saya berasa tidak adil kerana saya jarang sekali menemani dan meluangkan masa untuk roommate saya. pernah saya berjanji untuk keluar dengannya, tapi tidak berjaya kerana saya mempunyai kerja yang perlu diselesaikan. sangat serba salah masa tu, tetapi keadaan benar2 tidak mengizinkan. kesian roommate saya. nak keluar dengan saya pun payah. nak buat appointment pun, silap haribulan terpaksa cancel juga kalau saya ada hal lain.

nasiblah sama-sama budak fakulti alam bina. aila town planner, jadi dia pun bz macam saya juga. cuma sekarang ni dia final year, kebanyakan masa di bilik jelah siapkan psm. mungkin sebab saya pun sangat jarang di bilik (melainkan waktu tidur dan mandi), hari minggu jika berkesempatan dia akan balik rumah. jika kena waktu bz saya, memang amat jarang jumpa. kadang2 saya balik pukul 4-5 pagi, kalau dia belum tidur nasiblah kami dapat berbual sekejap. saya bangun tidur dia pun dah ke kelas. nak jumpa dia tunggu awal pagi esoknya. begitulah.

hari sabtu yang ceria. kami sewa kereta daripada budak elektrik. aila drive sampai ke U-mall. kami plan nak tengok movie percy jackson & the lightning thief. dengar banyak feedback filem ni bagus. ala2 mcm harry potter. dan, ia memang tidak mengecewakan. saya dan aila terhibur biarpun seat kami berada di barisan depan.


di luar MBO cinema U-mall, Skudai


::percy jackson hall 5::

selepas movie, kami terus gerak ke danga bay. kami dinner special malam ni: ikan pari bakar n kerang bakar. sangat2 banyak dan kenyang. alhamdulillah. lepas tu rancangnya nak karaoke, tapi penuh. jadi kami hanya jalan2 tengok barang. pukul 11 malam, kami gerak balik.

sebenarnya..
saya tonton 2 movie yang bagus hari ni.
sebelum keluar, saya dan aila tonton filem om shanti om lakonan shah rukh.
saya rasa selepas kuch2 hota hai, dil to pagal hai dan yang sewaktu dengannya, inilah kali pertama saya menonton kembali filem bollywood yang sangat menarik jalan ceritanya.
kemudian layan percy jackson pula di wayang.

hailah.... banyaknya masa saya. lupa sekejap kerja yang ada.
tapi saya tak kisah. asalkan saya dan aila happy dengan masa kami. :)



p/s: tiba2 terasa ayat2 saya sangat skema dalam entri kali ni.. (^.^)v

Wednesday, February 17, 2010

roti sardin, laksa penang, sup tulang!

sehari selepas pulang dari PD.
letih x ilang lagi.
tapi ada perkara paling penting yang memerlukan perhatian dariku : lappy!

abah ajak terus bawak lappy ke damansara tanpa telefon dulu. kebetulan aku chatting dengan amy, die suggest hantar ke hp centre di low yat. mane tahu boleh service kat situ je. jadi aku dengan abah naik motor pergilah ke low yat. sampai2 je kami disambut oleh staf di situ, bertanya apa yg boleh dibantu. aku ckp nk hantar service laptop. then dia tanya kalau beli kat situ, baru boleh service. hmmmm.....

kemudian, kami terus ke hp tower di bukit damansara. disambut mesra oleh staf di situ, yg meminta aku mengisi borang tentang masalah yg berkaitan dgn produk hp. agak lama jugak tunggu. seorang lelaki cina yg duduk di depan kami mula berbual dan bercerita - sehinggalah gilirannya tiba dan dipanggil. dan yg paling x sangka, dia mengajak aku dan abah mengikutnya ke kaunter, bermakna dia mengajak kami menumpang gilirannya. thanks bro!! kamu sungguh baik hati!

selepas dia selesaikan urusannya, dia pun pergi. dan staf di kaunter itu pula yang melayan aku.
"u pun dealer ke?" soalnya.
"oh tak... personal." aku senyum.
"oh,,, turn lain2 eh? dia nak tolong u lah tuh,," staf cina itu pun senyum. terus dia menyoal masalah lappyku.
"u dah check power adapter dgn agent test kita?"
"belum.." geleng.
"u pegi check dlu. pastu datang sini balik." dia memberikan aku power adapter untuk diperiksa di bahagian test area.

lepas check, baru aku tau power tu yg x boleh berfungsi. staf cina tu pun meminta aku membawa laptop untuk diperiksa sementara dia mengeluarkan power adapter baru bagi menggantikan yg rosak.

dan... lappyku itu boleh berfungsi rupanya. hailah...... mati2 aku ingat motherboard rosak. bermakna power adapter je yg rosak. hmm........

aku dan abah keluar dari bangunan hp tower dgn senyuman. dah selesai! lappyku x perlu anta service!

otw balik umah, hujan mula turun lebat. abah berhenti kat hospital tawakal dan mengajak aku minum di restoran yusof haslam sementara tunggu hujan reda. aku pesan teh o ais n roti sardin, abah pesan air suam n roti canai. dah habis makan, hujan makin lebat. x tunjuk langsung tanda untuk berhenti. aku pandang makanan yg dihidang di dalam. macam menarik. macam ternampak paru goreng.

"nak paru x?" aku tanya abah.
"ambik la.." abah membenarkan. aku bangun dan mengambil paru goreng. sempat aku melihat hidangan yg tersedia di situ. ada mee jawa, nasi lemak, lauk pauk... dan, laksa!! fuhh laksa tu! macam best je!

"abah, ade laksa....."
"ambik la..." abah senyum je sambil ngunyah paru yg aku ambil tadi.
kakak tadi yg ambil order datang balik untuk tulis dalam resit makanan yg aku baru ambil.
"nak tak..? laksa?" abah tanya aku.
aku senyum2....
"laksa 1 ye."

huwaaaaa..... hailah abahku. semua yg aku mintak, abah kasi. xtahu ke anak abah ni kuat makan. kenapa abah kasi makan. kan dah x boleh stop.

laksa tersedia depan mata. fuh, ade nenas lagi! sedapnyeee!!! memang rapat ke mulut aku makan. sambil berborak dgn abah, abes laksa aku. sampai abah yang mintak nak rasa laksa sebelum habis aku kerjakan.

dan hujan, masih x berhenti.

abah bangun, berjalan ke tempat hidangan. x lama kemudian kakak tu menghantar sup tulang!!

fuhh.... sedap sedap!! penuh dengan isi sup tulang tuh. abah mkn sikit je, aku jugak yg perabiskan.

akhirnya.... secara keseluruhan, aku yg paling banyak makan! hailah nis.... ni bukan minum petang namanya. ni mencekik!

seperti yg aku harapkan, hujan mula berhenti.
alhamdulillah, kami pun berhenti makan. kalau x, makin banyak yg kami order. :p

terima kasih abah!!

Thursday, November 26, 2009

selamat hari raya haji!

a day before raya.
arini off jaga kids. aliah n amni ikut abg mir blk kuantan. dorg beraya kat sana. well before i forgot, best wishes to my dear bro amir : *happy birthday! may God bless u.*

mak dan abah awal2 lg dah pegi umah andah kat wangsa maju. bergotong royong msk lemang, rendang dan wajik durian sempena raya besok. dgn menu2 tuh ade la rasa mood raya. but raya haji is for those who had done their hajj, and fortunately mak dan abah dah pegi, so the raya is actually for them. alhamdulillah. insyaAllah klu diizinkan bila dh mampu nnt nak pegi wat haji. but hopefully going with my future hubby.

so arini x bleh tdo lambat. esk pagi nk g solat sunat raya kat surau dgn mak abah. before that, i got some pictures to share with.

*dah lama x mkn pizza. tetibe kaknim ajak.*


pizza di malam raya! :p

mia n mak :D

yummy! sotong, udang grg n fries!


p/s: this is the moment i miss most ~ lepak n makan2 dgn family. release segala tension :D