my counter

ikut? silakan ^^v

Monday, December 1, 2014

Tie the knot : A + F

Assalamualaikum,

Hello December.

Thank Allah for life, and all the little ups and downs that make it worth living.

I am still here, been busy with matters of life and planning for future. Talk about future, I have a month or less to get ready to be a wife.

Allah has planned a beautiful storyline for me. I'm blessed, regardless of what I've been going through, He is there for me. He said the time will come. The right man will appear for me.

And the man is someone that I've never expect, someone that 15 years ago were close and quite near with me. I can feel his presence more once I made up my mind to get to know him.

All these.. are beyond my expectation. Can't believe we managed to get through it for like, 2 weeks of knowing, engaged 1 week after, and decided to get married in fews months time. Allahu Rabbi... He is the best planner of all.

The most difficult thing to do is to decide for your future. This gonna be for the rest of your life. Once in a lifetime, insyaAllah. I only put my trust on Him.

May Allah ease everything and bless our soon marriage. Time is running fast.

Allahu musta'an.

Thursday, October 17, 2013

Ragam Salesman Nepal Jual Tudung


"Hai..." Matanya melirik lain macam.
     "Awak cikgu ke?" Sayup-sayup je dengar soalan itu. Hampir nak tergelak tapi maintain senyap.
     Geleng. Ada rupa cikgu ke? Oh... sebab baju kurung kot. Amboi, asal baju kurung je cikgu eh.
     "Masih belajar?" Errrr.. nak geleng ke tak. Angguk jelah.
     "Belajar katne?"
     Eh awak ni.. sibuknya nak tau!
     "Uitm??" Soalnya. Beria-ia betul ni. Ah, layan je ah uitm pun.
     "Ada bawal kosong tau... cantik.. bla bla-"
     "Syria cotton?" soalku. Seorang perempuan Melayu di sebelahnya menjeling-jeling. "Hah? Apa? Syria cotton?" Ekspresi terkejut macam tak pernah wujud je tudung tu. Sinis sungguh.
     Lelaki Nepal itu terus bawa aku ke belakang. Dia tunjukkan tudung-tudung syria cotton. Takdelah cantik sangat.
     "Yang ni confirm cantik," katanya sambil tunjuk tudung ropol-ropol. Oh tidak. Not my taste.
     "Berapa ni?"
     "RM39.." Bila dia tengok aku tak berminat, dia cepat-cepat sambung, "Boleh kurang lagi... untuk awak." Wah taktik dia.
     "Takpelah. Takde yang berkenan."
     "Ok.. nanti datang lagi ye. Saya bagi harga special... untuk awak." Dia berbisik, cukup untuk aku dengar seorang. Rupanya dah bersandar pun peluk tubuh menghadap aku. Takutnya nak pandang mata dia. Mesti geli gila.
     Alahai.. tak perlu kot taktik macam tu.

Jumaat dan Kahfi

Salam Jumaat.
Al-Kahfi jum. (18:1 - 18:110)

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan semoga urusanku berakhir dengan baik hari ini."

Allahu musta'an.

p/s: entry meluang masa sementara kerja tak banyak.

Wednesday, February 6, 2013

Anda Akan Bosan Bila...

.....buat benda yang sama. Betul?

Setiap hari.
Setiap kali.
Setiap detik, senang cerita lah.

Tapi itu je kerja yang ada. Takkan nak duduk goyang kaki.

Cara untuk lawan kebosanan adalah melakukannya dengan metod yang berbeza. Ajak member join sekali ke, kalau lukis pakai pc kita buat pakai tangan plak ke. Main dengan warna kadangkala berjaya!

Tak susah. Mesti ada cara.

Selamat maju jaya!

Sunday, December 2, 2012

Makeup - your style of life


LAST two days we went to Festival City Mall because Parkson sale was ongoing. We call our activity as 'mendaro' (nogori slang) which similar to girls night out or ladies night out. Kakak was looking for a new purse so off we go to handbag level. I expect I can grab a new handbag too but am not happy with the price. Maybe thats why am more keen to unbrand item, can have it a lot at cheaper price.

        Because I was bored and I've already tawaf at the handbag area, I drop by to a skincare kiosk nearby. Its called Privia. The Chinese promoter girl greet me.

        "You ada cari apa-apa?"
        "No.." Senyum.
        "Ok.. if thats the case I show you our best seller product, boleh?"
        Angguk saja. Kakak, mak and adik looks busy choose the best one and I were left behind.
        "This is Peeling Gel. Pernah dengar tak? Its the same as face scrub. Can I have your hand?" She hold my hand and start putting the gels. She scrubbed it slowly.
        "Senang aje pakai peeling ni. Satu kali seminggu. Our product is natural. You see, ada biji kan." Yep. Ada biji yang keluar. Its got to be daki-daki yang melekat. Euw.
        "Now, you compare. Beza kulit kering and kulit yang baru lepas scrub. You can feel the moisture."
        "Do you have moisturizer?" I asked.
        "Yes.. this is the one." Dia tunjukkan moisturizer di sebelahnya.
        "I tak pakai moisturizer tau..." Her face was like... oh? Terkejut sikit. This will be the best part of the story.
        "You tidur dalam aircond ke kipas?"
        "Aircond.."
        "Hey.... kulit you kering tau? Semakin tidur dalam aircond, semakin kering kulit. Thats why you need to use moisturizer."
        Aku gelak bila dia tegur macam tu. Gelak bersalah sebab tak pandai menjaga wajah.
        "You pakai sunblock tak?"
        Geleng lagi.
        "Heyy..... you tak pakai sunblock?? Habislah you!" Muka dia dah terkejut habis. Dan perkataan 'Habislah you!' tu macam nak takutkan aku. Perlukah aku takut?
        "Erkkk.. do I have to?"
        "Mestilah! Sunblock wajib tau! Ok.. you bagitau I apa you pakai before keluar rumah."
        "I pakai toner, lepas tu bedak." Senang je cerita aku.
        "Lepas keluar, balik rumah, you basuh camne?"
        "Basuh dengan airlah." Aku gelak lagi.
        Dia semakin nak pengsan kot dengar cerita aku.
        "My dear... you tak boleh buat macam tu!" Dia ambil satu lagi produk di sebelahnya.
        "You kena guna makeup base. You tak pakai makeup base?"
        Aku yakin dia banyak tanya sebab she just met the only one customer yang super teruk ni.
        Geleng jugak. "I tak makeup."
        "Tak makeup pun, tapi you pakai bedak kan? So its a must to use makeup base. Lepas tu kena remove dengan makeup removal." Whoa? Aku macam baru tahu je info tu. Bedak pun kena remove pakai makeup removal eventhough I don't makeup?
        "Mesti pakai. Sebab bedak pun ada makeup content so you must remove. Haihh.." Pening dia dengar cerita aku.

        So, this story was very interesting kan? Free-free je dapat beauty consultation. I don't makeup seriously. Rasa rimas sebab got to follow few steps before and after. Nak remove pun leceh. Thats why I skip the process and just tepek bedak kat muka and use lip balm. Kalau rajin sikit pakai eyeliner. Thats all.
        Rupanya aku dalam bahaya. Thats not a good practice. Orang perempuan memang kena jaga kecantikan, sayangnya aku cuma jaga, tapi tak pandai gaya. I don't prefer heavy makeup. I prefer to keep me look naturally. Memang selalu pun orang tegur, "weh, muka kau ni tak berwarna. pucat." bla bla. Sampaikan mak pernah marah, "Gaji tu guna beli makeup!" Eheh.
       Walaupun sebenarnya aku ada collection of eyeshadows and lipsticks yang jarang berusik. Pakai bila ada formal event aje. Perempuan dan kecantikan. Suka jaga, tak pandai gaya. Is that a big problem?


Mendaroo... ado lak bujang sosek :p


       I like the simple me. Thats the only I comfortable with.
       But I have to do something. I need moisturizer and sunblock. Thanks to the promoter.

       One thing for sure, for Muslim ladies, you must use the halal product.  =)

Tuesday, November 20, 2012

Wednesday Blues



ITS been awhile since the last blog. These are two weeks back stories:


  1. LPM's project back on track, meetings, proposals bla bla (after a year okay)
  2. Been attached to the meeting even on my leave for Kuching Getaway : 2 November - 6 November 2012
  3. Two days after that was my bestfriend's wedding : Intan on 10 November 2012
  4. Preparation for another besfriend's wedding : Yon on 8 December 2012

     Not that much, ey? Oh, that 'much' counts on the entry which will be publish soon in separate entry definitely.

     The other half of me was having a bad fever. Pity him. Get well soon han.

Thursday, November 8, 2012

antara Ruang dan Waktu



"Oi."
        Dia pandang aku dan bibir mengukir senyum segaris.
        "Kau sorang buat model ni?" Nampak khusyuk dia touch up model Kuala Kubu Bharu.
        "Tak ah. Ada lagi budak lain."
        Aku stop kejap pada model itu. Simple dan kemas. Kontur Kuala Kubu Bharu agak rata, sangat berbeza dengan model Ringlet kami di Cameron Highlands yang sah-sah berbukit bukau. Nak buat model ikut kontur tinggi rendah, itu lebih mencabar.

        Aku lihat dia sebagai lelaki yang sempoi dan rileks tetapi mempunyai otak geliga. Idea macam-macam. Lebih rapat sebab masa thesis architecture final year (tahun 5) kami di bawah satu unit/studio iaitu Home Unit - supervisor Prof. Tajuddin Rasdi.

        Dalam apa-apa event Archi UTM, even archiweek / Terang Architectural workshop atau apa saja, dia sering terlibat. Selalu jugak join band budak-budak ni dalam Battle of the Band di kolej. Masa tengah boring buat thesis, selalu release stress dengan jamming. Gitar dia jugaklah yang aku selalu rembat sebenarnya. Tapi dia jenis tak kisah pun.

        Syok berkawan dengan dia ni. Kadang kita try to get to know better orang yg jenis simple, tak banyak cekadak, pastu berilmu lagi, sense of humor yg natural, I like this kind of person. We can talk about anything. Pasal budak tu, budak ni, masalah kau, masalah aku, because at the end of the day I know it was just ended there. Share, pastu habis kat situ. He is a good guy and nice companion.

       Paling menarik dan aku ingat sampai sekarang was this :-

       "Dalam satu team, mesti ade sorang ketua." katanya disambut gelak tawa kawan yang lain. Because he's a joker, apa2 yang dia cakap selalu disambut tawa juga.
       "Kaulah ketua!" Masa tu ada meeting dan kami sedang berbincang hala tuju event untuk archiweek.
       "Bukanlah... aku nak cakap.. dalam satu team, ada satu leader. Eh. Takde la ketua sangat. Seorang 'think tank'."
       Aku kerut kening. Think tank? Apakah itu?
       "Think tank, dia jenis orang yang bagi idea, means kepala dia memang tip top la!"


       Think tank, dan aku ingat tu sampai sekarang. He's the think tank, yang banyak idea, yang berupaya menggerakkan sesuatu hingga berjaya. He's the one.


       Now after a year graduating, he and his partner Atta won Berjaya Youth Competition. You guys memang power! Congratulations!



Smart kan? Simple video but got meaningful message. 


 

This is Atta.



          Congratulations once again. May glory be with you guys, Ruang Waktu.


P/S: This was just free entry, writing it for fun. Sebagai kawan, aku tumpang happy dengan kejayaan diorang. Support each other, its good kan? =)