my counter

ikut? silakan ^^v

Sunday, September 12, 2010

dari jauh kupohon ampun maaf

2 syawal.

mood raya yang spoil semalam sudah terubat.
hari ini, kami pulang ke negeri sembilan dengan perancangan seperti tahun2 sudah. kebiasaan beraya. meninggalkan kuala lumpur yang lengang, negeri sembilan pula menyambut dengan kesesakan. raya kali ini bukan lagi memanjat bukit putus; malah sudah menggunakan highway Lekas. rindu pula nak pusing-pusing bukit putus seperti kebiasaan. itulah laluan biasa sebelum highway Lekas wujud.

tiba di kampung. singgah kampung arwah uwan; kampung sebelah mak. hanya 2-3 biji kereta yang ada. rupa-rupanya saudara yang lain - orang perak, orang kl sudah pulang ke destinasi masing2. tak dapat lagilah merasa kemeriahan berkumpul. kampung saya ni dah berbeza wajahnya. ada perabot baru dan tikar baru. yang amat saya rindukan, pemandangan kampung - rumah Minangkabau berusia lebih 50 tahun, halaman luasnya dan kawasan hijaunya, pokok2. cuma satu je yang bukan lagi menjadi kerinduan saya; sungai di belakang rumah. sungai itu sudah cetek, penuh sampah sarap dan entah apa-apa lagi bendasing. kalau tidak, ketika saya masih kanak-kanak, adalah rutin saya dan sepupu-sepupu berlari keliling rumah, berjalan dalam sungai dan bermain air. mendengar bunyi air sungai, unggas dan makhluk hutan bersahut-sahutan amat mendamaikan.

selesai beraya di kampung mak, kami ke kampung sebelah abah di galau. acik esah (adik abah) tiada di rumah. lalu kami beraya di rumah uwan alang. dalam perjalanan pulang acik esah sudah ada di rumahnya, kami pun singgah sekejap bertemunya. tahun ini saya bertemu dengan sepupu yang sudah bertahun tidak berjumpa. umi, kak ngah, along firman, alif. anak2 acik esah. saya tidak menyangka pertemuan ini merungkaikan sebuah kisah. bertemu umi dalam keadaan memegang barang-barang bayi, dengan dirinya yang cukup vogue bergaya. bayinya nasyriq sangat tembam dan sihat; kini berusia 6 bulan.

ada hikmah di sebalik semua ini. sungguhpun anak itu tidak dijangka, saya masih bersyukur kerana umi sayangkan bayinya dan mahu membelanya. umi mengharapkan aidilfitri kali ini akan merapatkan jurangnya dengan pakcik. insyaALLAH. ALLAH Maha Mengetahui. saya cuma mampu mendoakan kehidupan sepupu saya ini diberkati dan dirahmati-Nya. kita manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan. kepada ALLAH jua disandarkan taubat.

dalam suka ada duka.
yang bahagia belum tentu lagi bahagia.
ya Tuhan. limpahkan rahmat-Mu buat saudaraku.

kami pulang setelah jalan ke kuala pilah masih sesak. tidak jadi ke rumah atuk acik.


motif gambar ni: ku menunggu kemaafanmu di hari raya..

Saturday, September 11, 2010

RaYa rAyA!


gambar ini diambil dari album Drama Sebabak [RaYa] di fb saya. sekadar iklan untuk ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yg mengenali saya. Ramadhan sudah meninggalkan kita, kini Syawal pula berlabuh memberikan sinar dan harapan yang tidak berbelah bahagi. semoga bertemu lagi ya Ramadhan.

bercerita tentang Ramadhan. ini adalah Ramadhan terakhir saya di UTM insyaAllah; jika pengajian saya berjalan lancar dan tidak sangkut. selama 5 tahun menyambut Ramadhan jauh dari keluarga, saya menganggap ia adalah sebahagian daripada kehidupan belajar yang menggembirakan dan membahagiakan. walaupun sebenarnya saat-saat bersama keluarga itu sentiasa membahagiakan.

tahun ini, pertama kali seumur hidup, jujur saya katakan, raya kali ini tidak semeriah tahun-tahun sudah. kebiasaan Syawal pertama; pagi mandi sunat hari raya, kemudian solat sunat hari raya berjemaah di surau, pulang ke rumah, bermaafan bersama keluarga, pulang ke kampung di negeri sembilan dan beraya di rumah atuk saudara (atuk dan uwan saya sudah lama meninggal dunia), dan beraya di rumah2 saudara mak abah yang lain. tetapi tahun ini; sudahlah keluarga saya tak cukup korum (abang dan kakak ipar beraya di kuantan, kakak dan abg ipar pula beraya di selayang), kami yang tinggal ni hanya duduk di rumah menonton tv. menanti kakak dan abg ipar saya pulang dari selayang. tunggu punya tunggu, diorang balik malam. saya rasa kecewa tunggu bukan main lama. pula tu, mak saudara saya (andah) sms, "kat mana tu? bila nk sampai? tak nak main bunga api ke?" aduhh.. saya dapat rasakan meriahnya kampung kami saat ini. semua saudara berkumpul tapi kami tiada di situ.

saya terlepas cakap pada mak, "boringlah. macam bukan raya. kenapa kita duduk kat rumah ni.." saya betul2 jauh hati.
kemudian adik saya bawa turun gitar.
"haaa tengok mia pandai je main gitar. kau bosan2 tu mainlah." mak cuba berseloroh. saya diam. sedih.
"ni tunggu diorang tak balik-balik. kita duduk sini. diorang seronok jalan, kita tunggu macam apa." saya mula bising. tak puas hati.
"kau cakap camtu. nanti kau dah kawin, tahulah." saya serba salah dengan mak. mak terasa ke? iskkk saya ni pun satu!
"mak ngan abah ni, nanti bila kau orang semua kahwin, tinggallah berdua. anak2 pergi beraya rumah mertua. sekarang ni kau dengan miah ada, seronoklah jugak ada depan mata." aduhh... saya betul2 menyesal bising pada mak. baru je bermaafan dengan mak, saya dah melukakan hatinya. itulah padahnya. ikutkan perasaan sangat. nak mak je faham saya, sedangkan saya tak tahu apa yang bergalau di hati mak.

kata-kata mak buat saya terfikir. lama. bila saya dah kahwin, apa yang tinggal pada mak dan abah. menanti menyambut kepulangan kami di aidilfitri. apabila masa itu tiba kelak, saya tidak boleh mengelak. apa yang kakak saya buat akan saya lakukan juga nanti.

sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

nikmati dan hargai masa yang ada.
berbahagialah dengan apa yang ada.

Monday, July 12, 2010

welcome semester 9!

sedar tak sedar... diam tak diam....
FINAL YEAR sudah...
dan gelaran up lagi menjadi super senior.. huhu.. org len sume dah grad2.. kitorang je yg 'suka sangat lama2' d sini..
tapi lama2 itu mempunyai kenangan y amat sukar diungkapkan
pahit manis, jatuh bangun
stress, sakit dan semuanya dikongsi
sikap ambil berat y walaupun kadangkala selalu busybody tapi cukup untuk menunjukkan 'teman y sentiasa d sisi bila2 diperlukan'
student life ini akan berpenghujung tak lama lagi
dan design thesis baru je bermula..
baru je...
dan waktu itu sesungguhnya cepat berlalu, dan takkan pernah menoleh.

ALL THE BEST!
may ALLAH bless

Friday, May 28, 2010

lazy. mode.

malas. malas. ape mau jadi.
cuti salah. x cuti salah.
aku masih belum mendapat momentum untuk meneruskan kerja. YA, KERJA. sesungguhnya ada kerja walaupun hari ni bukan hari bekerja.

aku ni suka nak berjalan je. alahai nis. ada masa ni rajin2la sikit.

1) proposal tesis - ni memang amek masa nak mengarang. biarpun x panjang berjela n beratus-ratus mukasurat macam kajian topikal tu, tapi masih mengarang. sedap mengarang kalau ada point.

2) report - isnin ni MESTI mintak kat Pn. Aziah company profile. sudah kena start sebab dah masuk bulan 6.

3) logbook - ini pun MESTI lengkapkan n mintak Ar. Hanaz sign. awal2 dulu Pn. Aziah dah pesan logbook jangan biar lama2, nanti banyak pulak bos kena sign. dulu2 tu aku takmo kasi sebab projek baru satu je. dua minggu pertama projek canseleri UM sahaja. pastu barula campur sikit dengan projek dewan besar UM, yang terbaru ni Ar. Amzar mintak aku join projek TV Al-Hijrah kat Kompleks Pusat Islam. so diam x diam adela 3 projek. ha! tu pun macam dah banyak dah tu. jadi jangan lupa2 mintak Ar. Hanaz sign nnt tau nis.

aku aware dengan benda2 penting ni tapi masih~ masih~ tiada momentum. hm. perlu motivasi sikit ni biar ada kesedaran n baru nk start.

kesedarannya?
mudah.

hoi, result dah dapat. ingat bagus sangat ke result ko? impian nak menggapai 1st class dah tinggal jauh beb. memang. jatuh sikit keputusan semester 8. studio urban yang menggila n disaster. memang payah score tapi aku cukup bersyukur sebab lulus. apelagi. ha, kajian topikal. subjek yang ngeri jugak. entah apa yang aku karang, berjaya juga dijilidkan dan diluluskan. lagi? binaan kompleks. huu. kelas Ar. Hong yang sempoi. pun syukur. dalam kepayahan aku berjaya mengatasi kesukaran.

segala kesukaran itu telah dibayar.
apa lagi yang kau nak?

hadap yang sekarang.
yang sekarang ni.. teruskan dan sempurnakan!

Tuesday, April 20, 2010

the end of semester 8

salam.

wah~ looking at the previous entry date : 27 march! its almost a month i havent updated my blog. surprisingly there r new followers here.. thanks alot n welcome! :)

im currently at home. after all the hard months in utm.. now its time for me to rest. ALHAMDULILLAH.. this semester is same like before, very tough and challenging. just imagine 2 days before the portfolio review, my design was rejected! portfolio is an exhibition day of architecture works - from 1st year until 5th year. this is where all lecturers are coming and accessing our work. if you are lucky, your grade will be upgraded but if it doesnt, you'll be downgraded. i was frustrated with my design.. im totally down and nearly give up.. i keep asking why all this happen when portfolio is just around the corner. why it dont happen long weeks ago? at the early stage of designing?? i hate myself for my weakness.

*be good at ppl and you'll get something good in return* I always say this before.

syukur... when I was down and hv trouble, there still got ppl to help me. this ppl r called 'friends'. this fella has tried her best to support me. she asked me to re-design which I know its all started from zero - and its in only two days!! we sketch together, get the idea, the concept, how this thing being implement into design, until I get the overall 3D views. these two days are totally suffering.. I dont sleep.. we eat less, the energy becoming worst.. but she's there beside me eventhough she got work to do. at the end of the day, the two days are really worth, when the lecturers satisfied with my upgraded work. ALHAMDULILLAH.. million of thanks to yon.. i love you so much!

those hardtimes are so meaningful to me. even the grade wasnt good, at least i learn something. talk about the grade, it helps me to proceed to the thesis year next semester. thesis buddies!! its a climax of my 5 years study. let bygones be bygones. i wanna be better than before. this thesis or so-called individual journey will shows my ability to work independently. the keyword here is simple - rajin. kalau rajin semua pun jadi. at least, i dont regret later.

for a start, i've met Prof. Tajuddin and discuss with him about my thesis project. im thinking of to use my topical study work for the thesis. we just chit-chatting and for me its great to meet up with him since he have so many ideas in discussing the current issues of social interaction in housing estates. finally, yup, i got the ideas. i hope my decision was right.

may Allah bless.

Saturday, March 27, 2010

blog pertama selepas 3 minggu

3 minggu yang banyak pancaroba. dugaan datang mencurah-curah. dan aku hampir lemas, tidak tahu berbuat apa. jatuh semangat, putus asa, marah, kecewa, kesudahannya menangisi apa yang berlaku~ semua ini bukanlah penyelesaian.

aku tak tau dari mana kekuatan ini datang. setelah 3 minggu aku cuba bangun walaupun payah, hari ini aku mendapat semangat baru.

orang yang aku paling sayang seolah2 cuba 'melihat' aku jatuh!

dan aku takkan biarkan!

Sunday, March 7, 2010

my week 12

salam...
first of all hv a great weekend guys.
for me i'll make use the 'great' words by completing all assignments, mini thesis n projects. i love to be alone in my room. sometimes we need time for ourselves after having too much time on others.

OK.. lets just rewind what i hv done this week.
monday~ final assessment for masterplan project. no studio at night. we all enjoy after the submission. :p
tuesday~ no class. had a long rest before start the individual project
wednesday~ preparing certs for the college application
thursday~ send the application. working for studio project
friday~ studio time. hv a crit with Ar. Normal. my community college now hv become agro R&D centre (part of the community college). i know designing a college its a big project. lets make it more specific and manageable. its a 3 WEEKS project. need more research n justification. in fact, now hv to start design the ground floor plan.. fuh! speed up anis!

somehow a good friend of mine called me asking to do a freelance job at landscape firm in taman universiti outside utm. weehoo~ so lets working!

saturday~ i start work at 3 pm. kak ija give me a folder with 3 pics ~ roughly i know their project was for sultan johor at the taman istana. the bos need to present it to sultan this monday. they hv to prepare design proposals n video. so me and fie doing all editing works in photoshop. it has been so long i dont render using photoshop. all this while im just doing a simple editing. most of my projects are rendered using artlantis n sketchup. well no worries. the staffs r very kind n helpful. u can simply ask n they will tell u how to do it.

act this is my 1st experience doing freelance job. i dont demand the payment coz i know my works got alot of weakness. ive tried my best btw. i hv new good friends, good environment, the bos r very kind too.. he even treat us for the dinner at wakaf singgora taman universiti. rm63.00 for 5 persons~ siakap 3 rasa, telur bungkus, kailan ikan masin, tomyam, otak2. i really love it (especially when it comes to eat matters) :p

we hv dinner at 9.30pm.. then back to office continue our work. stay up until 2 am n finally ive complete my job. :)

just share some working experience~

the project requires upgrade or restore the old thing in istana park.


now does it look upgraded? *wink


looks simple but it may takes up to 2 hours to complete.
got other 3 pics but no need to show. im not an expert. but rendering need u to be patient until u get what u want.
work for 15 hours for rm90.
its ok than never. :)