my counter

ikut? silakan ^^v

Friday, July 1, 2011

Datum : KL @ Archidex


I am currently at DATUM : KL Architecture Festival.




So glad meeting friends and seniors, make new friends too. This is the place where I wish for so long. The conference was just great. Hope tomorrow will be more-and-more interesting.

The conference start at 9.30 am with introduction of the past and recent projects all over the world that called "then....... now..........."





When I almost sleep, this Venezuelan architect have awake me with his full of thoughts! I love his philosophy and common sense. He is actually focusing on the urban settlement and social distribution of a city in Caracas. "To be an architect, you must know the common sense and have the critical thinking." He really mean it.






He end his speech with a quote, "Only 5% of incredible images in magazines, 10% of it was because of the glossy paper, the rest is the quality of life and unsolved issues behind it.."

Its really thoughtful and have a big applause from the floor.





Goodie bag and souvenirs; PAM recycled notebook. A button named NOW:WHAT. Datum brochures for the whole session.



We met coincidentally and its just three-of-us.





Sim and me.





Sim and Naz; the independent photographer.






The limited edition Master Class programme (PAM Education Competition). Congrates for those who have been selected. All the best to you!





I am so restless today. Having alot of walk and talk. But meeting new peeps make me feels good. After the conference had finished, we went to Archidex Exhibition at the Ground Level. We really enjoyed the demonstration by each booth. To express how enjoy we are, we went home with hands full of paper bag!


Cant wait for tomorrow session. =)

Thursday, June 30, 2011

biar betul : biar betul-betul








Ingat senang ke nak buat keputusan?
Lagi2 dengan aku yang tak-berapa-nak-tekad-dan-sume-benda-nak-main-main-je
Hah... hambik..

Try and error memang aplikasi aku. Kebanyakkannya error dan ada je benda yang slack. Walau camtu aku boleh je hidup dan survive lagi.





Orang kata nasib.










Tapi nasib tu tak selalunya baik.







Dan aku pun tak bergantung sepenuhnya pada nasib. Aku perlu usaha.





Tapi aku rasa aku belum sedia untuk memikul tanggungjawab serius.
Walau aku rasa sebenarnya aku mampu.
Tapi dah tak larat dah... penat 1 tahun + 5 tahun straight belajar..
Walau aku rasa sebenarnya aku masih minat dengan bidang ini.
Tapi lagi best kot duduk melepak.....
Walau sebenarnya lagi best dapat gaji daripada lepak kosong.



AH kau Anis...
Banyak tapi2.
Nak seribu daya OK..






Tapi betul ke aku nak?











Apa arah tuju aku lepas ni. Practice atau study - Lagi?




Bermain dengan warna dan pensel. Mereka dan berimaginasi. Merancang dan membina.







Inikah yang aku nak?






Inilah kau, anis. Ini dunia kau.






Sebenarnya aku telah memilih bidang yang betul. Dan aku perlu teruskan hingga ke hujungnya.





May ALLAH bless.


Tuesday, June 28, 2011

Terang! lagi!


HAMPIR dua minggu event Terang! berlalu. Seronok, beronok-ronok bila bertambah kawan2 baru. Aku jadi fasi untuk budak2 UIA (sebutan: Uiya). Dorang sumpah cool, sporting and best sangat. Bila aku ngan Didi bawak dorang ke dewan, ke FAB square, sorakan cheers dari seorang cheerleader - "Aiyuha syabaaaab..." lalu disambut dengan sorakan ramai - "UIYAAA!!" sangat menggamatkan suasana. Aku bangga dengan semangat budak2 ni.
Tak kurang jugak dengan Group 7 yang aku ngan Didi perlu handle. Group 7 merupakan group daripada sesi ice breaking - campuran dari semua school. Dalam group ni ada budak2 Poli PD, KK Tapah, UIA, USM, UKM dan UiTM Shah Alam. Maka secara tak langsung aku kenal dengan ramai peserta. Sebagai pemerhati (jugak) aku rasa semua peserta Terang! sangat cool dan awesome. Memang Gila la Weh!! (tagline cheers Terang!)

Kalau citer pasal Terang xtaula bile nak abes. Banyak sangat kenangan manis, sedih pun ye (lagi pulak ni event terakhir sebelum aku BLAH dari UTM ni). Actually kemeriahan Terang ni juga mendapat perhatian daripada media press - UTUSAN:



dan juga mendapat pengiktirafan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melalui sebuah modul Terang @ JB. Kat modul ni semua peserta perlu complete 2 task; 1) heritage trail [ala-ala Amazing Race], 2) Installation Wire Mesh [street furniture]



Betapa Terangnya bandar JB hari tersebut! Kecoh! Riuh! Sampai Oppa kami (Mr. Director Boon Soon) pun ditemubual oleh TV AlHijrah.



Dan pagi tadi aku baca entri ni (tiba2 rasa bangga jap):


Dengar jugak peserta Terang yang nak sambung study di UTM. Anda semua amat dialu-alukan. Welcome to our school of architecture!


Betapa Terang!nya event ni maka dah Terangkan mata semua pihak. Akhirnya budak kos lain buka mata bahawa wujud komuniti budak Senibina yang 'macam-macam' kat bumi UTM ni.

Lega bila Terang dah selesai. Aku dapat rasakan event ni berjaya dan tidak kurang kalah dengan event Olympiarch yang dianjurkan UTM 5 tahun lalu. Maka dengan itu harap-harapnya super senior kami tak berasa malu dengan kesinambungan event ini.


UIYA Terang Family
*Photo credit to Izreen*



Group 7 *woww hebat!!*

Dan hubungan aku dengan budak2 UIYA dan Group 7 pun tak terhenti setakat di Terang. Bertalu-talu sambung kemeriahan di fb sendiri, fb Terang. Yang terbaru, warga UIA menjemput kami untuk menghadiri Heritage Studies Exhibition.


Recent event : Heritage Studies Exhibition

Venue : Kuliyyah of Architecture and Environmental Design, UIA, Gombak
Date : 28 June - 1 July 2011



Mari lebarkan jaringan kenalan. Mari luaskan pengetahuan!
Harap ukhwah berkekalan sampai bila-bila. =)

Sunday, June 5, 2011

TeranG! - 1st day

Rasa macam ada semangat baru bila nampak pintu gerbang UTM. Yep, kami kembali ke sini untuk Terang!. Walaupun penat perjalanan satu hari ni, tetap rasa seronok. Seronok sebab dapat berkumpul dan naik satu kete dengan besties-ku!

Bangun awal kot~ kul 5 pagi tadi. Pastu tunggu intan kat KL Sentral. Nasib baikla KL Sentral tu ada macam2. Mula2 lepak kat kedai buku. Bukan baca surat khabar, baca majalah Architect Concept. Leka kot. Tajuknya Yeang Stories. Kalau tak ngenangkan beg yang padat gila (1 beg deuter 1 beg pegang), memang aku beli je majalah tu. Best kot! Edisi baru agaknya. Tak pernah perasan pun sebelum ni. Lepas balik dari jb nanti nak singgah beli! *wishlist*

Hampir sejam gak ah kat situ. Mana nak pegi ni? Ohh, baru teringat belum brekfes lagi. Maka aku pun singgah la kat kfc (wah, brekfes kfc tu!) --- sebab ada wifi okay! (teringat ada netbook) Pekena la hot porridge ngan hot tea. Tunggu lama camni baru rasa jadi traveller. Tengok orang kiri kanan, sume pun muka boring tunggu (train, kawan, dan entah apa lagi). Gila bosan. Aku pun bosan tengok muka sorang2. Untuk buang masa lagi aku pun online dan main fb.

Elok je bukak, dapat msg dari intan. Oh, dia dah sampai. Adoi. Baru nak leka2. Msg yon pulak, dia nak masak2 dulu. Dia suruh lepak2 kat KL Sentral. Akhirnya aku dan intan naik komuter laluan ke Seremban pukul 9.57 pagi. Masuk koc wanita lah.

Sekali?

Warga lelaki Myanmar/Vietnam yang sumpah annoying gila. Bukan sorang dua, ada geng lelaki perempuan. Sepanjang jalan yang selama 45 minit tu buat pekak je tengok peel sorang2. Series. Memang annoying. Dahlah ramai kat situ, pastu sengaja duduk angkat2 kaki letak kat seat sebelah, memang geli. Aku suruh intan duduk. Tak teringin nak duduk pulak. Rupanya intan pun mengadu, "Uiii bau dorang. Berbau sangat!"

Okey.... nasib baik tak duduk.

Memerhatikan 3 orang kanak-kanak yang duduk kat depan aku lagi seronok. Si adik ngantuk sangat, tertidur. Kepala pulak ke kiri ke kanan ikut arah train bergerak. Terkena bahu si kakak, kakak pulak layankan aje. *Teringat Aliah, Amni dan Ayra kat rumah. Okey rindu sudah*

Yon amek kitorang dalam kul 11 lebih. Nasib baik tak bawak luggage! Penuh satu kete dah. Sampai kat seat belakang pun terpaksa duduk bersila. Tak kisahpun. Seronok ramai2.

Yon pecut 120-140km/hr, kejap je sampai JB. Dalam kul 3 lebih sampai. Pastu amek kunci kat Farah, sempat gak ronda studio tengok budak2 ni buat keje.

Sampai bilik, terus setup barang2, lepak!!! Penat.

Kul 6 lebih rasa lapar, terus gerak g Agus. Lapar punya pasal tau x ktrg order apa?

  • Fie -order roti Milo dan Bakso
  • Aku - order roti Milo dan Kuey tiau Hong Kong
  • Intan - order roti Milo dan nasi lemak ayam (minah ni tak penah2 pulak makan banyak. Macam tak caya)
  • Yon - order nasi lemak ayam rendang

Sume pakat amek roti Milo sebab teringin sangat. Hah, last skali Yon yang abeskan sume. Coihh~ tu la orang tamak selalu rugi. Tapiiii.... sume pun memang sedap sangat!

Wajah kesedapan yon. Nyum!!


Kuey tiau Hong Kong (jauh ni!)


Roti Milo! Ini serieeeesss sedap!
Wajib try bila anda sampai ke Skudai!


Kami pun balik membawa perut yang kenyang tahap maksimum!! (Ini tidak elok ok). Alhamdulillah, murah rezeki arini. Besok dah start ikat perut sebab dah mula buat kerja! Malam ni? Errrrrmmmmm nampak gaya tido dulu lah.

Orang kata, charge energy =]

Gudnite!

Friday, June 3, 2011

terang!

Lagi sehari je aku duduk kat rumah. Esok nak shopping, malamnya nak ke wedding kawan mak. Lusa aku akan bertolak ke JB. Baju sume dah packing, tinggal barang mandi, barang makeup (bukan full set pun), kamera (ha! jangan lupe nis!) pastu ape ek? (secara tak langsung aku me-list-kan barang2 yg masih belum masuk beg).

Okay.
Aku ke JB sebab dah terikat dengan Architech UTM untuk jadi fasi program Terang! Architectural Workshop yang akan berlangsung pada 12 Jun - 16 Jun 2011. Selama tiga minggu bercuti (kat umah) ni aku mendapat rehat yang terbaik. Kumpul energy, sampai sana nak kerja kuat pulak. Dah janji dengan adik-adik junior untuk sampai ke skudai 5hb. Kesian dorang. Aku update fb sekarang ni untuk tau progres dorang kat group je. Aku rasa fb ni dah xde makna since uni life aku pun dah habis. Tinggal lagi untuk keep in touch dengan kawan2 jela yang buat aku agak rajin untuk berfb.

Tak ramai pun yang tau aku ade blog. Aku update kat sini je cite terbaru.

So untuk sesiapa yang nak tau Terang! Architectural Workshop ni merupakan annual event bagi semua budak archi dari semua kampus (ipta, ipts, kolej komuniti, poli). Setiap tahun event ni diadakan di universiti yg berlainan. Dan kali ni UTM jadi host. Sebab tu la kitorang kerja kuat dari sem lepas untuk pastikan event yg terbesar ni akan berlangsung dengan baik. Aku dah tau figure sebenar. Terang! kali ni akan mengumpulkan seramai 400 orang peserta. Ni event student yang organize, antara objektifnya nak merapatkan semua pelajar senibina dan bina jaringan kenalan yang lebih ramai. Banyak faedah di masa depan nanti.


Sementara countdown, budak2 ni ade buat terabot (maskot terang!). Sume orang produce terabot sendiri dan letak di profile pic fb. Taulah budak2 ni, bila dah ramai tu macam2 la pesen terabot yang dihasilkan. Aku pun tak lepaskan peluang untuk design terabot versi aku sendiri. Hehe. Namanya? Aku namakan tera-cool.


amacam? cool tak?

Heheh. Pasal budak UTM famous dengan cool blog. So aku design cool blog ah. Dah jadi macam cool blog yang sponsor terang!. Haha. Belasah. (Sebenarnya aku rindu blueberry milk tea extra pearl! xpe nanti duk JB aku layann puas2!)

Tak cukup 1, rasa macam nak design lagi pulak. Kali ni aku terinspirasi daripada karektor favourite masa kecik-kecik dulu >> sailormoon! yeah! Tak sampai 1 jam pun. tera-moon dah siap! yeeeeha!


dengan kuasa bulan aku menghukummu!!


Amacam? Comel tak? Haha. Fun je buat benda alah ni. Lagi pulak dah lama tak usik Photoshop tuh. Itu software wajib untuk design board dan edit gambar2 projek studio (haishh apesal rindu nih). Ironinya, kalau buat design selalu je stres, xde idea lah, tapi kalau bab edit gambar, buat benda lain selain studio, amboiiiiiii...... memang lajuuu je buat.

Kat bawah ni few design budak2 lain. Layannn.



TERA-ptimus prime + TERA-ryuk shinigami (by huda)


hg kata hg tera..!! haha lawak! (by anep - penang mai!)

tera-hulk! (by hafiez)

tak best guna layout asal, ada gak yang berani ubah terabot sendiri....


tera-angry (by angah) haha.. pun boleh!

yang bawah ni aku suka la.. comel gila..


teratles! (by fadh)


teramisu! (by mee rul)

Bila banyak terabot, maka banyak design lah.
Nama pun jadi macam2. Sume nak ter-ter. Sampai eja teruk pun jadi ter-uk. Haihh. Sakit perut tengok sorang2 punya peel.

Haaa... leka kan kalau tengok! Banyak lagiii budak2 ni buat. Tak larat la nak upload satu2. Ter-banyaknye terabot ni sampai ade yang buat kompilasi bagai. Perhh.. budak2 aku ni sangat semangat. Sangat terang! haha.


Kompilasi terabot (by ecah)

Fuh..! Saja nak meriah2. Suka2. Meriahnya design terabot ni sampai nak buat poster. Bagus jugak. Bila buat camni ramai yang contribute. Nampakla masing2 sokong event ni.

Kalau nak tau lagi pasal terang!, ni official website kami. klik terang!

Wednesday, June 1, 2011

14 Ways to encourage your children to read

Menarik kan tajuk di atas? Got it from here. Lets READ!



If on average one person in Malaysia reads only two books a year, you should be worried. We have low statistics for reading, low enough to make Malaysians rethink living in a high performance culture.

But, if you want to do something different, here’s what I do to teach and nurture my children's love for reading.

1. Turn reading into a habit.
I get my children involved in activities that require books or reading materials. I practise this every day to make sure it becomes part of their life.


2. Be extremely excited when there’s a book fair.
I will tell them news about book events, like a book fair that’s happening every year. And, don’t get too excited when you receive an SMS about a sale at your favourite departmental store which has nothing to improve your child's reading level.

3. Cut off the Astro subscription or switch off the TV.
I can guarantee you that no one will cut off their Astro subscription. If you would, it would get your children off the couch and into new and more productive activities like reading.

One morning, I tried not to turn on the TV for my children. Guess what? At first, they yelled at me (of course, they got disciplined for that. I am a strict father who doesn’t go soft with his children.) But, then they started to play with their toys. They even went to get some books.

Everything changed after that. Now, they don’t even bother to turn on the TV when they are in the living room. They aren’t attached to the buzz of the TV anymore. Freedom. They have their toys and books, and they have each other to play with or for company.

I myself have not been a regular TV watcher for four years now.

4. Go to the zoo with an animal book.
For our first visit to Zoo Negara with my son, I bought a book about animals. So when we met the orang utan, rhinoceros, giraffe, or even elephant, I simply matched them with the animals in the book.

What happened after that was the enthusiasm of constantly showing me, in the book, the animals that he had seen. In our house, he keeps the book by his side. He keeps talking about how big the elephant was, compared with the one in the book.

5. Turn off the TV at prime time.
In our house, we turn off the TV at around 8pm and we sit with our books. For at least 30-60 minutes, my full attention is given to teaching them to read. Let’s forget about news and everything. The world isn’t going to end if you don’t watch the prime time news.

6. Buy an iPad or iPod book and interactive apps.
There are a lot of book and interactive apps for children. Most of the awesome apps are as cheap as US$0.99 – that is about RM3.50.

Some say, if we embrace the technology, we have an advantage over our competitors (well, consider other families as your competitors, in this case). These are the devices that will catapult the children's education miles forward.



7. Eat books, sleep books, drink books.
Change the rules of your family: We take a book with us everywhere we go, from every corner of the house to every place of interest we visit. Turn the reading habit into everyday routines.

8. Book, book, book.
Buy books, or something that indirectly contributes to reading a book. For a start, I bought books just for collection. Then I bought a book rack, then another large book rack. Eventually, I realised that my house was full of books. From there you can inculcate an interest for books among your children.

9. Birthday gift is a book.
I can imagine how much my children would frown if I were to buy them only books for their birthdays. So, instead, every year, I buy two special gifts: One is a book – the compulsory gift, and the other is a gift that is not a book.

The reason I buy a book for their birthday every year is that I want them to love books, and I want them to have books on their special day.

10. Buy them a cheap book for on-the-spot reading when buying groceries.
When they follow us to buy groceries at Tesco or Carrefour, I will buy a book for them. Then I ask them to read it in front of me. If both you and your wife are doing the grocery shopping, one person can concentrate on the groceries while the other tends to the children and turns the shopping experience into a learning one.

11. Book is the new toy.
Think of a new book as a new toy. You should prefer books over a remote control car or Play-Doh . I know that your kids’ life will be like mine. In my family, my parents would buy books first. As for toys, my father would only buy it if it was a tool for helping in my development and making me think.

12. You need to read every day, too.
I make it a point to read every day so that my children will, too. Remember, if you aren't interested in reading, then don’t blame your children who hate reading.

13. Write a book
Tired of stories that don’t follow your own interests? You can draw and write your own story. I am good in drawing and definitely my children's super heroes are the main characters of my stories. This is how I get them interested in reading stories.

14. Go to a bookstore every time you visit a shopping mall.
Why not make a regular visit to a bookstore every time you visit the shopping mall? I would definitely make a stop at MPH, Kinokuniya and Popular. The bookstore offers an expansion of books to read for hours. Plus, the people in the bookstore who are avid readers will inspire you and make you want to read, too.

Conclusion

We, parents, need to put in the effort to encourage our next generation so that they appreciate reading and know how important it is to build a knowledgeable society. Hopefully my suggestions will encourage our children to read.

Mohd Mujahid Ismail

Saturday, May 28, 2011

mari bersosial!

Setelah hampir 2 minggu terperap kat umah (kononnya), aku menyambut jemputan majlis perkahwinan anak En. Azmi dengan gembira. Sebabnya 1 je... kalau pegi wedding tu maknanya dapatla jumpa balik geng aku kat aRahDESIGN dulu >>> siti ngan emy! Sayangnya emy tak dapat join kali ni sebab pegi wedding kat terengganu.

Maka dengan itu aku pun ikut Siti. Siti amek aku kat umah. Arini aku x main lilit2, pakai bawal biasa. Baju pun baju recycle. Baju matrik dulu (haaaaaaaaa matrik! baju 5 tahun lepas!) So banyak ceritalah. Cerita kat ArAH, cerita bos aku En. Amzar pakai kereta barulah, macam-macam. Kami keluar pukul 11 lebih, pukul 12 lebih Pn. Aziah call ajak konvoi. Maka Siti pun parkinglah kat depan Raintree club, Ampang. Kami berdua naik kereta baru En. Amzar, kereta Hyundai Tuckson. wahhhh..

"Hai... anis! Apa kabar?" Aku salam Pn. Aziah. En. Amzar hanya sebut namaku.
"Hehe. sihat."
"Bila habis?"
"Baru je ni.. dah 2 minggu kat umah." Sungguh aku malu ter-jumpa dorang dalam keadaan camni. X ready kot!!!!!
"Tak apply keje ke?"
"aaa... tak lagi."
"Taknak masuk ArAH?"
"Boleh lagi ke?"
"Boleh........" Dua-dua jawab serentak. Uiii terharu aku. Dorang masih welcome aku lagi rupanya.
"Camne tu? email? Nak tunjuk portfolio?" soalku lagi.
"No.. u just come on Monday ke.. we discuss about it. Any keje yang u boleh buat.. then after u habis, we'll talk about other things la.." jawab En. Amzar. Aku suka dengan cara dia. Rilek je.
"So what's your thesis?"
"Thesis? Em.. converting shop office into shophouse." jawabku.
"I told you... you will never score in housing development." Dia memberi amaran. GULP!! Alamak! Dia pernah cakap ke ek? Macam tak pernah. Entah? Eh kau ni anis!
"You will score in museum design, gallery...." Sambil cekap mengawal stering kereta. Aku cuma mengangguk-angguk.
Aii... rindu pulak dengar term-term archi ni. Dan dikelilingi dengan warga archi.


Mendengarkan itu, buat aku rasa lega. Nasib baik tak mintak mana2. Cuma aku x ready untuk bekerja lagi sekarang ni. En. Amzar tau aku nak balik JB, so dia bagi pilihan untuk kerja sementara sebelum aku betul-betul grad.

Sepanjang perjalanan ke Hulu Langat banyak bercerita tentang ArAH dan situasi fresh grad sekarang. Aku dan Siti pun menjawab bila ditanya. Aku bukan banyak cakap pun. Segan kot. Depan bos kan. Tapi Pn. Aziah la yang macam biasa banyak cakap. Ada je cerita.

Sampai je kat dewan wedding anak En. Azmi, kitorang kua. Aku dan Siti tunggu kak Fatin. kak Fatin tu arkitek kat ArAH. Lepas aku abis praktikal tahun lepas, dia masuk pulak. So ni kira first time la jumpa dia. Ok je orangnya. Bole buat gurau jugaklah. =)

Masa jumpa En. Azmi, dia macam ingat-ingat lupa aku. Bila aku perkenalkan diri, dia gelak. Hehe. En. Azmi ni draughtman yang sangat berpengalaman tau! Orang kepercayaan En. Amzar dan En. Hanaz.

Sedap gak lauk-lauk kenduri. Boleh tak kenduri ade lauk masak lomak ayam cili padi? Osahla... tapi tak bape nak cili padi sangatla. hehe. Aku pun bukan main..... konon selesema sakit tekak, berteguk-teguk aku minum air sirap sejuk. Bukan main kau yeee anis! Masa makan-makan tu En. Amzar sempat gak korek pasal office kat kak Fatin. Dia tanya pasal site discussion. Aku pasang telinga jelah dengar. Hoho.

Disebabkan pengantin lambat datang dan hari pun gelap, maka kami pun gerak pulang. Sempat Pn. Aziah n En. Amzar pesan, "Korang ni kalau kawin, datang cepat sikit. Ni lambat, orang dah habis makan." Haha... yang kawin tu tentulah bukan aku. Siti terrr-sipu-sipu malu. Hailah. Orang yang dah kojo yolah buleh kawen kan. Boleh tak statement tu? Ahaks.

Otw balik ni x banyak sangat cakap. Hujan melimpah turun. Sume orang ngantuk kot sebab kenyang sangat. Bila sampai kat Raintree Club, Siti dah mula kuarkan kunci kereta, En. Amzar pulak masuk parking. Haikkk???

"Kita masuk dulu lah. Pergi washroom ke. Minum-minum dulu." Waaaa.... aku pandang Siti, Siti pandang aku. Kenyanggg kot!

Ni kali kedua aku masuk Clubhouse. Dulu first time Abg G bawak. Masuk-masuk je jumpa bowling area. Macam sunyi je. Takde orang. Ohhh lupa. Private kan!

Aku ngan Siti gi washroom, Pn. Aziah tunggu kat kafe.

Lepas kitorang kuar, kitorang pun terus ke kafe. Nampak tak nampakla aku dengan Pn. Aziah tu sebab kerusi kafe pun tenggelam! (kerusi lembut) Nasib baik dia lambai tangan. Tempat kami tu dekat dengan swimming pool. Saat aku duduk... fuuuu... gile cool tempat ni. Agak jakun la aku sebenarnya. Tapi control2 je. Hehs.

Di meja empat segi kecil tu, Pn. Aziah di sebelah kiri aku, Siti kat sebelah kanan aku, En. Amzar depan aku. Posisi aku ngan En. Amzar pulak boleh tengok tv kat depan. Siti je yang membelakangi tv. Sebelah tempat kami ade meja lain pulak. Ade la dua orang kat situ. Aku tengok perempuan tu sedap je makan. Mesti makanan kat sini sedap-sedap!

"Orderlah. Nak roti ke, ape ke.." Pn. Aziah suruh kami order. Fuhh! Aku dengan Siti dah sama menjeling. Sengih.

"Kenyanglah puan..."

"Ohh kenyang? Pilih la dessert." Pulak. Aduh. Pn. Aziah beria tunjuk bahagian dessert di menu yang aku pegang. So aku amek la ice lemon tea (amboiiii nisss bukan main kau yeee!) Siti pulak amek aiskrim.

"Aikk.. aiskrim pun nak share??" tegur En. Amzar. Haha... kitorang gelak je.

"Bagi sudu dua ye, untuk aiskrim." Pn. Aziah pesan. Waa baik gile! Terima kasih puan!

Aku pun tengok2la tv tu. Pertandingan badminton. Masa aku tengok tv tergantung tu mamat kat depan aku toleh belakang. Maka aku tertengok muka dia. Emmm.. macam kenal la.

"Eh Lin.... makan tu je??" En. Amzar tegur mamat ngan perempuan tadi. Lin? Bila dia toleh lagi, laaaa... Adlin Aman Ramli!

"Puan.. tu Adlin Aman Ramli kan?"

"Haah.. dorang member jugaklah tu.." Dengan rileknye Pn. Aziah menjawab. Pehh... rilek je dorang ni. Ohhh lupa. Ni kan private club. Haruslah member!! Hailahh aku ni pun.....!

Dan rupanya di sebelahnya Emilia Rosnaida. Ohh sangat santai. Emilia toleh gak pastu senyum kat aku. Cantik! Aku senyum balik la. Nampak ramah. Mungkin sebab dorang memang kenal En. Amzar dan isteri.

"Bila dorang nak datang Lin? Kau contact budak2 ni.." Dari nada aku dengar En. Amzar cakap dengan Adlin tu memang macam ngam gile.

Bila makanan kitorang dah sampai, separuh makan dahpun, En. Amzar tegur dorang lagi. "Eh Lin.. kau order apa?"

"Nasi putih.."
"Baik ko tanye dorang. Entah-entah buat nasi goreng. Bukan betul tu."
Emilia cepat-cepat lambai. Waiter pun datang, barula nak amek order. Tapi aku tengok dorang dua pun tak marah.

"Lambatnya Lin. betul ke nasi putih?" En. Amzar tegur lagi.
"Beli beras kot?"
"Hahaha...." Dua-dua gelak. Hoho. Memang makanan Adlin sampai lambat la. Tapi dia cool je.

Habis makan je, Pn. Aziah mintak tolong Siti hantar balik. Alang-alang tuh Siti hantar terus ke rumah. Maka dapatla aku tengok rumah Pn. Aziah dan En. Amzar buat pertama kali. Besar gak. Kat area Taman Melawati, area umah pak jang aku.

Siti hantar aku dalam pukul 4.30 petang. Disebabkan kami sama-sama belum Zuhur, maka aku ajak dia singgah solat di rumah aku dulu.

Aku rindukan ArAH rupanya....