my counter

ikut? silakan ^^v

Monday, August 27, 2012

Masuk Opis Lepas Raya














I got pileeeeesss of weeerrkk!

Thursday, August 16, 2012

Diari Ramadhan (iii) : Memupuk Sifat Mahmudah



SIFAT mahmudah atau bahasa ringkasnya perkara yang baik, terpuji dan cantik pada pandangan mata dan hati manusia secara fitrah.
Mahmudah lawannya mazmumah, iaitu perkara yang buruk, dibenci dan dihina oleh segenap lapisan masyarakat. (sumber Ahli Sufi)


Pada yang sudah tahu, baguslah.
Anda tahu, tetapi adakah diamalkan?


Kita berpuasa tetapi adakah kita berpuasa dengan sebenar-benarnya? Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. Yang paling selalu kita buat setiap hari juga harus diambil kira - cara berhubungan sesama manusia. Cara kita bergaul semasa berpuasa. Cara kita menghadapi situasi serabut di tempat kerja. Semuanya mengajar kita menjadi sabar.

Sabar.

"A person who is a master of patience is master of everything else."

Begitu kata orang bijak pandai.


Aku tulis entri ni sebab terdengar 'teguran' menerusi slot Tarbiyah ikim.fm yang bertajuk Memupuk Sifat Mahmudah. Muhasabah diri sendiri. Banyak yang aku check antaranya :-


  1. Tak sabar especially bila driving. Marah bila orang masuk jalan kita tapi boleh pulak cilok masuk jalan orang. Marah orang masih langgar lampu isyarat tetapi sendiri langgar jugak bila dah lampu merah.
  2. Bila kawan di tempat kerja marah tak pasal-pasal. Hentak-hentak barang atas meja. Adakah aku pun macam tu juga?
  3. Walaupun tak suka orang tu, nada bercakap masih kena jaga. Layan orang baik-baik, supaya orang layan awak baik-baik juga. What you give you get back.


Apa-apa perkara yang baik, yang terpuji, amalkan.
Apa-apa perkara yang tidak baik, yang dihina, sila jauhkan.
Kerana, kebaikan hari ini akan merezekikan kebaikan pada esok hari.
Atau bahasa lainnya, kebaikan itu menuntun kebaikan yang lain.
Apabila berbuat baik, kita akan sentiasa mendapat faedah kebaikan.
InsyaAllah.



May Allah bless.

Wednesday, August 1, 2012

Diari Ramadhan (ii) : Al-Quran dan Tajwid


Sumber: Google



MEMBACA AL-QURAN ada peraturannya. Ada tatacaranya. Ada lagunya. Aku akui aku tahu membaca, tapi tidak mengamalkannya. Masa banyak dihabiskan dengan hal duniawi, sedangkan ilmu agama yang berharga itu andai tidak diamalkan, maka lupalah segala yang dipelajari. Rugilah orang yang membaca tetapi tidak faham hukum tajwidnya. Tidak tahu mana berhentinya. Tidak tahu panjang pendeknya. Syukur alhamdulillah aku tersedar dari kejahilan itu. Ramadhan kali ini salah satu matlamatku adalah kembali melagukan ayat-ayat suci Al-Quran, dan kembali mengulangkaji hukum-hukum tajwid yang telah lama aku tinggalkan. Bukan untuk Ramadhan sahaja, azamku ingin meneruskan pembacaan pada bila-bila masa saja waktu yang terluang selepas ini, insya Allah.


          Satu perkara yang aku sedari. Lancar membaca tidak menjamin betul salahnya. Maka dengan itu aku mengambil keputusan untuk ikut mak menyertai kumpulan tadarus - antara pengisian di bulan mulia ini. Kami bertadarus usai sahaja bacaan tahlil di setiap akhir solat witir, menandakan berakhirnya solat tarawih berjemaah pada setiap malam. Kumpulan tadarus wanita terbahagi kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan membaca juzuk yang berbeza. Aku satu kumpulan dengan mak. Tujuan bertadarus adalah untuk menyemak bacaan setiap ahli pada masa yang sama mengenali hukum-hukum tajwid. Amat bertepatan dengan tujuanku menyertai tadarus.


           Akan tetapi, membaca sahaja tidak bermakna jika tidak tahu apa ertinya. Umpama anda sudah pandai berbahasa Arab, tetapi tidak tahu apa maksudnya. Rugi bukan? Tafsir Al-Quran adalah teman terbaik untuk memahami maksud di sebalik setiap ayat. Apabila membaca tafsir, hati ini serasakan tenang. Kitab Al-Quran amat suci. Setiap ayatnya mengandungi pengajaran yang bukan sedikit, malah banyak menyentuh tentang peraturan hidup sebagai orang Islam. Allah telah menjelaskan setiap ayat bersama pengajaran pada umat-umat terdahulu. Ya Allah! Maha Suci Engkau yang memberi aku petunjuk untuk  kembali mendalami agamaku yang suci ini. Semakin aku tahu semakin aku mencintai agamaku. Benar, seperti janji Allah, barangsiapa yang berpegang pada kitab Al-Quran, akan benarlah jalannya, Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang benar. Allahul musta'an.


Seperti orang lain, aku ingin Ramadhanku berakhir dengan cemerlang.


Sekadar renungan.

1 juz 1 hari, atau berapa hari sekalipun.
"Bulan Ramadhan bulan untuk membentuk tabiat, bukan bulan untuk tunjuk hebat."

Bersederhanalah.
Istiqamah, yang penting.

Insya Allah.

=)

Barakallahu fikum.