SAAT aku menunduk menekan off pada suis soket, kedengaran bunyi menandakan satu message masuk.
"Singgah kedai beli serai 2 batang, 1 biji kelapa."
Kalau bab mengirim bahan masakan tak lain tak bukan memang maklah
orangnya. Mak memang arif waktu aku pulang kerja. Dia macam tahu tepat
pukul 5.30 petang aku sudahpun tercegat tepi pintu, tersengih pada kakak
admin meminta izin pulang.
Pejabat ini
bukannya ada ramai pekerja. Boleh sangat dihitung dengan jari. Maka
dengan itu kami tidak perlu bersesak-sesak, berebut siapa mahu turun
dahulu. Malah sistem punch card pun takde, sebab kakak admin boleh tahu
siapa datang cepat atau lambat. Untunglah semua staf dalam pejabat ni
saling berkomunikasi dan saling memberitahu kalau-kalau ada sebab perlu
cuti dan sebagainya. Untung juga pejabat kecil, perhubungan sebagai
teman pejabat agak rapat. Sampai bos pun boleh kenal keluarga staf.
Turun sahaja tangga single itu, mata dahpun melirik pada kereta yang
sedia menunggu untuk berkhidmat. Untuk mendapatkan lot parking ni aku
perlu datang seawal 8.30 pagi sebab waktu tu orang pejabat atas pulang
(ada antara mereka yang shift malam). Agak berebut jugakla. Tapi kalau
takde parking tu nasiblah, carilah mana-mana. Andai nasib tak baik, DBKL
rush memang kena samanlah jawabnya. Buat masa ni aku tak pernah terkena
saman lagi. Masuk lot dan bayar parking pada waktunya, insyaAllah
selamat.
Hailah.... sape pulak yang block
kereta ni? Aku buka pintu kereta dan duduk sebentar. Usai menghidupkan
enjin, aku menekan hon 2-3 kali. Ada orang yang lalu-lalang melihat
kereta aku. Memang aku sedang mencari tuan punya kereta ni. Sila alihkan
kereta anda boleh tak?
Seorang lelaki
berbaju kemeja bergegas keluar dari satu premis, cepat-cepat mendapatkan
kereta Rextonnya. Kala itu kelibat cik Siti pun kelihatan, dia menegur
aku yang masih memanaskan enjin.
"Amboi kuatnya hon!"
"Yeke?" Aku angkat kening. "Boleh slow-slow ke?" Sengih.
Siti buat muka. "Malu aje aku duk situ ko hon kuat-kuat. Dahlah handsome orang tu."
"Yang ko diri situ buat ape. Mane kereta ko?"
"Situ ha. Hujan ni." Kala itu hujan baru rintik-rintik.
"Mehlah aku hantar ko ke kereta." pelawaku.
Siti pun masuk.
"Handsomelah weh.." katanya lagi.
"Aku perasan gak tadi. Heh, dah tu kalau handsome tak bole hon ke? Tunggu tahun depan baru aku boleh balik?" Aku membebel sambil menukar gear.
"Ko ni...." Siti malas layan.
"Orang mana tu? Tak pernah nampak pun." Aku masih di topik yang sama.
"Entah... office sebelah kot."
Sekejap
saja aku menurunkan Siti berhampiran keretanya. Sambil meneruskan
perjalanan aku masih memikirkan orang handsome tadi. Amboi aku ni pun!
Aku memandu dengan rasa kosong. Berkali juga fikiran terganggu, ada
saja yang menerap masuk buat aku berfikir lain. Boleh menyebabkan
pemanduan terganggu. Cepat-cepat aku kembali fokus di atas jalan. Lagu
Yuna bermain melalui USB yang aku pasang. Aku suka slow music. Buat rasa
relaks. Kadang-kadang waktu perjalanan yang selama 15 minit aku
genapkan jadi 20. Banyak juga traffic light.
Sampai di kawasan letak kereta di surau, aku memakirkan kereta dengan
berhati-hati. Satu kemajuan lagi hari ini ye. Aku berjaya parking dengan
baik. Heh. Sempat aku capai botol air yang wajib aku bawa tiap-tiap
hari ke tempat kerja. Pergi berisi, balik jadi kosong. Jangan tertinggal
dalam kereta sudah. Perlahan aku jalan menyusuri laluan pejalan kaki di
tepi surau. Saat aku memasukkan kunci dalam beg, aku memandang semula
ke jalanan. Pandangan jatuh pada seorang lelaki yang baru keluar dari
keretanya. Dia turut memerhati aku. Pandangan itu tidak bermaksud
apa-apa. Bukan untuk menegur pun.
Aku seluk poket beg tangan lalu mencapai handphone. Saat aku melangkah lagi, aku tepuk dahi. Serai dan kelapa mak!
Aku cuma membawa pulang cerita bertemu lelaki-lelaki handsome.
"Kau tak kelip mata?"
"Tak sempat mak."
skip to main |
skip to sidebar
ikut? silakan ^^v
Thursday, December 1, 2011
aReN|z
hello-hello ;D
Popular Posts
-
Salam. How you guys doing? May the things get easier to you and have a nice day =) http://instagr.am/p/ Mn1S0cvAXp/ Last Tuesda...
-
I am currently at DATUM : KL Architecture Festival . So glad meeting friends and seniors, make new friends too. This is the place where I wi...
-
View topic - Honeycomb housing: an alternative to terrace or row houses - ArchitectureWeek DesignCommunity
label @ kategori
- 1 (7)
- anishpregnancy (1)
- ArAH (9)
- arch's software (1)
- archi-life (51)
- archilife (1)
- cerpen (1)
- cerpen ALSHA (2)
- family (13)
- fotogambar (1)
- friendship (1)
- guitar (2)
- joys (6)
- kMnS (1)
- life~ (40)
- nothing (8)
- ramadhan (4)
- school (1)
- terang (2)
- tips (1)